Tips pertama,
Cuba untuk menegur dengan selamber. Tapi ingat! Jadi diri sendiri tau, jangan tergedik-gedik pula. Lelaki tak suka perempuan gedik-gedik ni! Cari topik untuk mulakan perbualan.
Umairah dah hadam dah tips pertama tu semalam. Perkara pertama yang dia kena buat kalau nak tackle pensyarah handsome tu. Hari ni, rasa semangat lain macam nak masuk kelas Encik Hadif. Tak sabar rasanya nak duduk dalam kelas, tatap Encik Hadif kat depan. Umairah masuk kelas setengah jam awal. Nak tunjuk yang dia pelajar paling berdisiplin. Dengan cara tu, mana tau Encik Hadif boleh jadi suka. Emir pula menyibuk haritu. Sejak bila entah dia pandai masuk kelas awal. Emir macam biasalah ambil tempat duduk sebelah Umairah walaupun Umairah tak layan.
"Awal betul hari ni..."
Sapa Emir. Umairah sekadar mengangguk-angguk. Bukan taste Umairah nak layan orang sebaya ni. Dia lagi suka orang yang berumur sikit dari dia. Yang sebaya ni Umairah anggap macam adik-adik je. Poyo kan Umairah ni!Naufal yang baru sahaja selesai menunaikan solat zohor, menghampiri telefon bimbitnya yang sedang dicas di hujung katil itu. Dari tadi berbunyi tak henti. Nasib baik aku khusyuk tau waktu solat tadi. Haaa, yelah tu Naufal! Whatsapp dari group rumah dibuka.
Ayien : Salam.. Korang, aku minta tolong sedekahkan Al-Fatihah kat mak aku.. Mak aku baru je meninggal lepas aku sampai tadi. Alhamdulillah. Sempat aku berbual dengan dia sebelum dia hembuskan nafas terakhir..
Emir : Allahu.. Salam takziah Yien.. Moga kau terus kuat..
Nuqman : Yien.. Kau okey kan? Takziah Yien.. Kirim salam pada family..
Izzaq : Al-Fatihah..Itu kali pertama Izzaq muncul dalam group rumah setelah berbulan-bulan mereka duk huha-huha dalam group. Naufal menaip laju.
Takziah Yien.. Jangan sedih-sedih.. Sedekahkan Al-Fatihah banyak-banyak.. Teruskan perjuangan kau kat sini.. Belajar sungguh-sungguh untuk dia..
Astargfiruallahadzim.. Kesian Nazrin. Lama Nazrin tak balik kampung sebab nak save duit. Sekarang-kurangnya dia sempat jumpa mak dia. Kita yang masih ada mak ayah ni pandai-pandailah hargai sebelum terlambat ya!
Hari ni, Adrina rajin sikit. Bertapa di perpustakaan bersama Aryana. Teman Aryana cari bahan. Entahlah, tiba-tiba rasa bosan and otak tak berfungsi asik tidur je dua puluh empat jam. Duduk library pun syok jugak dapat hirup aircond yang sejuk ni. Duduk bilik pun panas je, berpeluh. Aryana sedang cari buku. Adrina termenung sorang sambil menyelak buku di hadapannya dari satu muka surat ke satu muka surat yang lain. Padahal buku dia tu terbalik! Main bedal jelah! Perpustakaan agak penuh hari tu. Dua orang gadis, batch yang sama dengan Adrina datang menghampiri minta untuk duduk di situ sebab dah takde meja yang kosong. Adrina pelawa saje. Lagi pun dia berdua je dengan Aryana, apa salahnya bagi diaorang duduk. Diaorang pun bayar yuran juga.
"Adrina eh?"
Soal seorang gadis memakai shawl ala-ala Hanis Zalikha tu. Menyampah pun ada tengok. Pakai tudung macam taknak pakai tudung. Belit tengkuk saja, yang lain semua nampak. Tapi, muka dia nampak baik je. Orang kata dont judge book by it's cover. So, try jelah sembang dengan dia kejap.
"Haah Adrina.. Kita same batch kan? Lain course?"
Apa salahnya sekali sekala ramah.
"Haah.. Kami course accounting.."
Balas yang sorang lagi. Yang ni pula, biasa je. Pakai bawal crepe and berkaca mata. Taktaulah dia rabun betul ke tak. Spek mata bukan main besar lagi. Ala macam spek budak-budak sekarang pakai. Kebanyakannya pakai nak berfesyen je. Tapi nampak kaca dia tu tebal je, rabun betullah kot.
"Ooooo...."
Adrina mengangguk-angguk. Taktau nak cakap apa lagi. Mengangguk adalah jalan terbaik untuk memberikan jawapan.
"Awak.. Awek Ziyad ye?"
Soal gadis yang pakai shawl ala-ala Hanis Zalikha tu. Macam nak tergelak besar pula Adrina dibuatnya. Habislah, Ziyad dengan aku dah jadi gosip pula ni. Aku nak jawab apa? Apa hal pula dia boleh nak cakap aku dengan Ziyad? What!? Takkan disebabkan duduk berdua haritu terus diaorang cop pasangan couple. Takde masalah aku nak layan cintan-cintun ni.
"Eh... Bukan.. Saya takde boyfriend.."
Balas Adrina sambil mengenyih.
"Tapi korang nampak rapat je.. Selalu berdua.."
Tambah gadis bertudung bawal itu pula. Bila masa pula selalu berdua? Setahunya, aku kalau dengan Ziyad bila ada hal pasal assignment je. Tidak sempat Adrina menjawab, Aryana tiba. Aryana meletakkan buku-buku yang selesai dicarinya di atas meja lalu melabuhkan punggungnya bersebelahan Adrina.
"Hai..."
Sapa Aryana mematikan perbualan antara Adrina dan dua orang gadis di hadapan mereka itu. Fuhhhh, selamat!Kesemua atlet harapan Universiti itu sudah pun naik ke dalam bas. Mikhail saja yang masih terkial-kial berbual dengan Syuhara di luar bas. Nuqman mengintai dari tingkap bas. Apa lagi si Mikhail ni. Setelah beberapa saat berbual, Mikhail naik ke atas bas. Nasib baik Cik Azrai tak bising. Kalau tak, semua kena bebel. Bak kata pepatah, marahkan nyamuk kelambu dibakar. Syuhara di bawah melambaikan tangan ke arah Mikhail. Ahli pasukan yang lain memerli Mikhail dengan menyuarakan bunyi-bunyi perlian. Mikhail peduli apa. Dia sekadar senyum melihat ke tempat duduk belakang. Memberikan pandangan sinis kepada mereka yang memerli. Nuqman di sebelah sekadar menggelengkan kepala. Mikhail tu kalau dinasihatkan pun bukan nak dengar. Malas dah nak nasihat. Suka hatilah kau nak buat apa!
Habis sahaja kelas, Umairah terus mengekori Encik Hadif ke biliknya. Emir mengejar dari belakang. Umairah menoleh beberapa saat lalu memberi isyarat supaya Emir berhenti mengekorinya. Dia terus mengejar Encik Hadif. Setibanya di bilik Encik Hadif, dia melihat pintu bilik Encik Hadif yang penuh dengan Sticker bunga-bunga tu. Mat Bunga betul! Umairah mengetuk pintu perlahan-lahan.
"Masuk..."
Laju sahaja Umairah menolak daun pintu. Sebaik sahaja pintu terbuka luas, kawasan dalam bilik Encik Hadif lagilah menarik perhatian! Penuh dengan bunga! Bunga ros, bunga orkid, bunga raya! Bunga plastik, bunga hidup semua ada! Erk.. Macam pelik je Encik Hadif ni. Umairah masuk dan duduk di hadapan kerusi kosong berhadapan meja Encik Hadif.
"Ya.. Awak.. Ada apa ya?"
Soal Encik Hadif.
"Saya....."
Mata Umairah meliar ke arah frame gambar di atas meja Encik Hadif. Gambar Encik Hadif dengan seorang lelaki. Dua-dua kacak. Cumanya kawan Encik Hadif itu nampak lagi jambu daripada Encik Hadif. Pakai baju warna pink pula tu.
"Saya.. Tak faham apa yang Cik Hadif ajar tadi.. Boleh repeat tak kat saya?"
Sambung Umairah.
"Oo... Okey sure... Awak tak faham yang mana tu?"
Soal Encik Hadif. Maka bermulalah perbincangan mereka yang konon-kononnya Umairah tak faham apa yang diajarkan oleh Encik Hadif sebentar tadi. Padahal dia sengaja nak berjumpa dengan Encik Hadif.Nampaknya apa yang diperkatakan oleh Nazrin bukannya mainan. Naufal ke bank petang itu nak cucuk duit. Kering sangat dah poket ni. Penat dah makan maggie dengan nasi bujang siang malam. Kadang-kadang tu makan sehari sekali je. Dia nampak Izzaq dengan sorang gadis di kedai seberang jalan. Kedai yang sama macam dalam gambar yang Nazrin tunjuk hari tu. Betullah! Izzaq dukung baby. Perempuan tu membelakangi Naufal. Naufal tak dapat nak cam siapa perempuan tu. Dia memang amik port tempat duduk yang sama ke setiap kali jumpa? Posisi dia sebiji dalam gambar haritu. Naufal bukan calang-calang orang. Dah nampak macam tu, dia terus pergi sergah. Nak tunggu apa lagi. Sebelum ni, asik tertanya-tanya je. Kali ni betul-betul kena dapatkan kepastian. Takut juga kalau sebilik dengan orang bukan-bukan. Naufal menghayun langkah kakinya menuju ke kedai makan itu.
"Assalammualaikum..Izzaq.."
Naufal mengenyih. Duduk tanpa dipelawa. Izzaq menoleh ke arah Naufal. Perempuan itu turut menoleh. Izzaq dan perempuan itu saling berpandangan. Alamak! Kenapa Naufal ada kat sini.....
YOU ARE READING
Budak Degree
RandomIni bukan kisah cinta semata-mata. Ini kisah suka duka mencapai segulung ijazah. Kisah pahit duka pengalaman demi segulung ijazah. Kisah kawan-kawan, pensyarah yang tak semuanya indah. Kisah-kisah yang tak serupa dan berbeza latar belakangnya. Nuqma...