Sembilan
Seharian tak tidur. Semua assignment punya pasal. Tapi tu bukanlah perkara yang pelik bagi pelajar universiti. Ada tu, sampai dua tiga hari tak tidur sebab nak siapkan assignment tapi ada juga yang goyang kaki tidur dan lepak, assignment orang lain yang tolong buat. Macam si Mikhail tu! Kalau jenis yang suka buat kerja last minute tu memang tak tidur malamlah jawabnya. Yang ni kes lain. Kes pensyarah yang ikut kepala sendiri. Terpaksa korban tidur. Adrina berlari menuju ke bilik Prof Haslinda. Sepuluh minit lagi pukul tiga petang. Adrina macam biasalah, lepas je solat zohor dia terus lena dibuai mimpi dengan kain telekung yang belum ditanggalkan. Siap lena atas sejadah lagi! Bila jam dah berbunyi pukul dua, dia tunda, bunyi lagi dia tunda, bila tengok dah dekat pukul tiga petang kelam kabut dia bangun siap-siap nak pergi kampus. Aryana awal-awal pagi lagi dah ke kelas. Kalau tak, Aryana lah jam loceng bergerak Adrina. Umairah ada kawad harini. Nadrah pula... Entahlah. Dia keluar bukan bagitau pun. Adrina bertembung dengan Ziyad. Ziyad nampak cool. Rilex je berjalan dengan lenggang-lenggoknya bersama si gila kuasa, Lufti.
"Yad.. Kau dah hantar assignment Prof Has?"
Soal Adrina tercungap-cungap. Ziyad dan Lutfi berpandangan disusuli ketawa kecil. Dah apa hal mamat dua orang ni?
"Kau tak baca whatsapp ke?"
Soal Ziyad. Adrina menggeleng. Dia melihat assignment Prof Haslinda yang siap dicetak masih ditangan Ziyad dan Lutfi. Segera Adrina membuka zip begnya, mencari telefon bimbit.Prof Has : Salam. Maaf, saya ada meeting di luar harini.. Saya tunda assignment awak. Semua hantar minggu depan. Saya pertimbangkan semula, 30 page sahaja. Tak perlu sampai 50 page. Tq.
Adrina mengeluh panjang. Punya gila semalam tak tidur siapkan benda alah ni. Sekarang Prof tunda, 30 page? Ini satu hal pula nak edit balik.
"Seronok kan diperlakukan sebegini?"
Ujar Lufti.
"Aku tak tidur kot semalam siapkan dia punya assignment ni.."
Tutur Adrina. Memang nampak penat walaupun dia dah tidur lepas zohor tadi. Matanya sembab. Macam mata panda! Tudung pun compang-camping!
"Kau ingat aku ni cukup tidur ke.. Aku lagi tak cukup tidur.."
Tambah Ziyad pula.
"Dah laa Jom balik, sambung tidur..."
Adrina menutup mulutnya yang menguap.
"Aku tak boleh, aku kena join program PRS dengan budak Sekolah Sentosa Damai tu.. Korang baliklah dulu.. Bye..."
Lufti berlari anak berlalu dari situ. Dah lambatkan tu! Adrina melambaikan tangan dalam keadaan mengantuk. Dia melambaikan tangan ke arah Ziyad dan terus berlalu.Naufal yang baru sahaja selesai memberikan salam pada rakaat terkahir terperanjat melihat sekujur tubuh yang lena tidur di katil sebelahnya. Fuhhh. Hidup aku memang penuh dengan kejutan. Apsal semua orang buat aku terkejut ni?! Cepat tua aku macam ni asik terkejut je! Izzaq ni bila balik? Tiba-tiba je muncul lena atas katil. Ke aku solat khusyuk sangat? Naufal berkata-kata di dalam hati. Nyenyak betul Izzaq tidur. Berdengkur satu bilik. Tapi sebenarnya dia pergi mana? Naufal masih tak puas hati.
Sudahlah panas, kena pakai uniform ni seharian pula tu. Banjir dah satu badan. Bau tak usah cakaplah. Berpeluh teruk dah ni. Macam tulah tiap-tiap hari Rabu. Pelajar-pelajar yang join suksis ada kawad kaki. Nasiblah kalau panas. Tanggunglah. Cuma satu je yang diaorang semua suka, masyuk kot. Elaun boleh buat duit lebih. Macam biasa juga, Emir akan cuba untuk mengayat Umairah. Umairah macam biasalah, dia mana ada masa nak layan tu semua. Memang Emir bercakap dengan kayulah jawabnya.
"Dah baca surat aku?"
Soal Emir. Umairah malas nak layan. Terus bangun dan berlalu pergi.
"Amboi.. Sombongnya..."
Emir mengesat peluh yang mengalir di dahi.Geram Nuqman melihat perilaku Mikhail itu. Rasa nak tumbuk muka dia sekarang juga. Mikhail sedang berbual dengan Syuhara yang datang memberikan tugasannya yang siap ditaip. Melampau betul Mikhail ni. Aku dah cakap awal-awal jangan dipergunakan budak ni. Si Syuhara ni pun satu. Bendul. Ikutkan je si Mikhail ni. Mikhail ni bukannya taste perempuan macam kau. Dia high taste. Percaya sangat. Sebaik sahaja Syuhara berlalu, segera Nuqman membuka bicara.
"Kau buat apa Mikha.. Melampau kau kan.. Aku dah cakap kan jangan aniaya anak orang.."
Bisik Nuqman. Mana boleh cakap kuat-kuat dalam perpustakaan!
"Ini peluang bro. Kita kena grab. Kita buat baik je dengan semua orang, selagi boleh pijak kepala kita pijak. Lepas habis study say goodbye laa.."
Balas Mikhail dengan senyuman sinis.
"Kalau bapak kau tau perangai kau macam ni.. Naya kau tau.."
"Kalau bapak aku tau.. Takde orang lain bagitau selain kau and kalau aku tau kau yang bagitau siap kau!"
Mikhail memberi amaran tetapi Nuqman tak takut pun.
"Buat apa nak takut kau yang buat salah. Bukan aku.."
Balas Nuqman selamber.
"Alaaa rilex lah. Aku belajar ni pun sebab nak ijazah je. Ingat aku nak hadap assignment semua ni, serabut otak.."
"Kau ni buang duit mak bapak jelah.."
Nuqman menggeleng kepala.Pintu kaca bank itu ditolak oleh Nazrin. Dia menghembus nafas lega. Selesai transfer sejumlah wang kepada keluarganya di kampung. Duit gajinya diberikan separuh kepada bapanya untuk menayara kehidupan di kampung. Hujung minggu ni rasa nak balik kampung tapi takut bajet lari. Susah betul belajar jauh-jauh ni! Tapi nak merungut pun tak boleh. Ini rezeki. Dah tuhan bagi rezeki kau belajar jauh, kau redha jelah! Nazrin menghayun langkah kakinya. Langkah kakinya terhenti apabila melihat susuk tubuh seorang lelaki yang amat dikenalinya sedang berbual dengan seorang gadis di warung seberang jalan. Itu kan Izzaq? Bukan tadi dia baru balik ke? Sekejap je dia menyelusup hilang dari rumah, dari bilik. Nazrin mengeluarkan telefon bimbitnya, mengambil beberapa keping gambar. Dia cuba mengecam gadis itu tetapi tidak dikenali lebih-lebih lagi gadis itu membelakanginya. Yang paling menghairankan, seorang bayi kecil ada bersama mereka. Bertukar-tukar tangan. Izzaq dan gadis itu. Bayi itu menangis tak henti-henti. Boleh dengar sampai ke sebarang jalan ni haaa! Selesai mengambil gambar, Nazrin menghayun semula langkah kakinya berlalu dari situ.
Dapat tidur setengah jam pun okeylah. Tidur lama-lama pun buat benak otak je. Naufal mengeliat. Bangun dari tidur. Dia melihat katil di sebelahnya. Aik? Dah kosong? Baru je tadi aku tengok dia lena tidur sekarang dah hilang? Naufal menggaru kepalanya. Haish, nasiblah dapat roommate misteri macam ni. Aku pun boleh gila tau!
Latifah dan Hasanah menghulurkan dua keping wang kertas berjumlah seratus kepada Safiyya. Safiyya menyambut wang itu dan disimpan ke dalam beg sandangnya.
"Ini last.. Aku dah tak buat kerja ni.. Lepas ni pandai-pandailah korang.."
Ujar Safiyya, memandang ke kanan dan ke kiri.
"Alaa mana boleh.. Susahlah kitaorang macam tu.. Ambil lah lagi. Untuk sem ni je.."
Rayu Latifah.
"Tak.. Aku dah berhenti.."
Balas Safiyya.
"Alaaa bolehlah.. Sampai habis sem ni je.. Please.."
Hasanah pula merayu.
"Takde.. Takde.. Sebelum aku dengan korang tertangkap baik kita stop..."
Safiyya terus menghayun langkah kakinya pergi meninggalkan dua Minah acah hipsturrr itu dalam kegedikan.Malam itu mereka berkumpul di bilik paling hujung sekali. Bilik Nuqman dan Nazrin. Bergosip tentang Izzaq. Masing-masing melihat gambar pada telefon bimbit Nazrin itu. Bertukar-tukar tangan. Bermula dari Nuqman, Naufal, Ziyad dan diakhiri Emir.
"Aku tak cam perempuan ni.."
Ziyad menggeleng.
"Maybe kita tak kenal perempuan ni kot.. Perempuan luar.."
Ujar Naufal pula.
"Izzaq.... Jual baby ke wei?"
Emir membuat andaian.
"Haishh jauh sangat kau fikir Mir.. Tapi tak mustahil kan..."
Sahut Nuqman pula.
"Walau apa pun cara kau kena cari jalan Pal. Tanya dia, cuba bercakap dengan dia.."
Ziyad menepuk bahu Naufal.
"Aku dah cuba masalahnya dia selalu takde, hilang tiba-tiba.."
Balas Naufal.
"Kita kena siasat ni..."
Ujar Emir. Suksis kan! Acah-acah polis lah tu!
YOU ARE READING
Budak Degree
RandomIni bukan kisah cinta semata-mata. Ini kisah suka duka mencapai segulung ijazah. Kisah pahit duka pengalaman demi segulung ijazah. Kisah kawan-kawan, pensyarah yang tak semuanya indah. Kisah-kisah yang tak serupa dan berbeza latar belakangnya. Nuqma...