Lapan
Suasana dalam bilik sunyi dan sepi. Adrina sedang nyenyak dibuai mimpi. Sekejap berpusing ke kanan sekejap berpusing ke kiri. Mimpi apa pun taktaulah. Umairah pula sedang melipat baju bajunya yang baru sahaja diangkat dari jemuran. Uniform suksisnya digantung pada penyangkut baju kemudian digantung ke dalam almari. Aryana pula fokus menaip pada komputer ribanya, menyiapkan tugasan. Nadrah memerhatikan seorang demi seorang. Tiada sesiapa yang mahu bercakap dengannya. Mungkin marah pasal semalam kot.
"Korang...."
Nadrah memanggil perlahan. Pantas Umairah memintas percakapannya.
"Oooo ada orang.. Selalunya suara ni jarang aku dengar kat bilik ni..."
Ujar Umairah, menutup pintu almarinya dan terus memanjat katilnya, di tingkat atas.
Nadrah diam. Alamak. Kena la pula sebiji. Pedih jugaklah hati tapi nak buat macam mana salah sendiri.
"Aku nak minta maaf.."
Ujar Nadrah lagi. Suasana masih diam. Nadrah mengintai Umairah di katil atas. Umairah berselubung. Menutup seluruh tubuhnya dengan selimut. Nadrah mencebik. Dia menoleh pula ke arah Aryana. Dari tadi tekun menaip. Dia dengar ke buat-buat tak dengar ni?!
"Yana.. Dengar tak aku cakap ni?"
Soal Nadrah. Aryana masih membisu. Sesekali dengar Aryana menyanyi dan badannya berlenggok-lenggok mengikut nyanyiannya. Nadrah memerhati Aryana yang membelakanginya itu. Amboi. Dia sengaja tak dengar sambil menyanyi-nyanyi ye.
"Yana.. Oooo yana.."
Nadrah memanggil lagi. Aryana menoleh sambil mencabut earphone yang disumbat ke telinganya. Aryana memang macam tu. Kalau buat kerja, mesti nak dengar lagu. Kalau tak kerja dia tak jalan! Nadrah mendengus perlahan. Mati-mati ingat Aryana sengaja berkelakuan sedemikian.
"Kau cakap dengan aku ke Ara?"
Soal Aryana.
"Takde apa la.."
Nadrah tak jadi nak minta maaf. Hilang mood. Nak gelak pun ada.Safiyya menghampiri Syuhara yang kelihatan sibuk itu. Setahu Safiyya, Syuhara baru sahaja menghantar tugasannya pagi tadi. Malam ni dia sibuk buat tugasan apa pula. Tak pandang kiri kanan langsung.
"Syuha.. Kau buat assignment apa lagi.. Kata dah free assignment semua dah hantar?"
Soal Safiyya.
"Ni aku tolong Mikha buat assignment dia.. Kesian Mikha.. Busy.. Latihan bola lagi, assignment lagi.."
Balas Syuhara. Safiyya melopong.
"Kau buatkan? Assignment dia biarlah dia buat.. Dah dia yang pilih nak main bola dia kenalah pandai seimbangkan.."
Bebel Safiyya. Nak cakap lebih-lebih tak boleh juga sebab.....argh! Mana boleh bagitau sekarang. Korang bacalah nanti.
"Takpelah Ya.. Aku tolong je. Esok-esok dia pula tolong aku.."
Balas Syuhara. Safiyya sekadar mengangguk. Innocent betul budak ni. Susah ni kalau orang tipu ke orang pekena dia ni. Safiyya menjawab panggilan telefon yang berdering dari tadi. Syuhara menoleh beberapa saat kemudian kembali menaip. Dia mencuri dengar perbualan Safiyya di telefon. Safiyya menjauh sedikit ke arah tingkap biliknya itu.
"Nanti lah saya hantar duit kat kampung.. Awak ada kat kampung tu.. Tengokkan lah dia.. Minggu depan giliran saya pula.."
Giliran apa pula ni? Dahi Syuhara berkerut. Ada apa sebenarnya dengan Safiyya ni? Macam pelik je. Jari-jemari Syuhara berhenti daripada terus menaip. Dia memasang telinga. Membuka luas gegendang telinganya.
"Minggu depan balik.. Saya bawa duit lebih.. Saya tengah kumpul ni.."
Duit lebih apa pula ni? Memang something Safiyya ni.
"Nanti apa-apa bagitau saya. Saya pun banyak kerja nak buat ni nak cari duit lebih lagi.."
Safiyya mematikan panggilan telefon. Syuhara kembali menaip. Tidak mahu aktiviti pasang telinganya tadi ditangkap oleh Safiyya.Kopiah diletakkan di atas meja. Al-Quran pula disimpan rapi ke dalam laci meja. Naufal menuju ke arah katilnya. Memandang katil Izzaq di sebelah. Ke manalah si Izzaq ni. Tiap-tiap minggu hilang. Dah la tak habaq nak pi mana. Balik balik bilik dah takde. Aku kena jalankan aktiviti investigation ni. Yela, risau jugak kalau-kalau roommate aku ni penagih dadah ke, pengedar dadah ke.. Tak ke naya aku.
"Pal!!!"
Kepala Emir menjulur di depan pintu biliknya. Pintu bilik terkuak sedikit. Naufal terperanjat. Dia menggosok-gosok dadanya. Terkejut! Tiba-tiba je muncul macam tu. Kalau ada sakit jantung dah lama arwah ni!
"Astargfiruallahaldzim.. Kau tak boleh bagi salam ke?!"
Ujar Naufal. Emir menyengih. Dia berjalan masuk ke dalam bilik Naufal itu.
"Man dengan Yad ajak makan kat kedai Ayien kerja.."
Kata Emir.
"Ooo.. Ingatkan apa laaa. Lain kali panggil elok-elok la.."
"Sorry laa.. Ingatkan sweet panggil macam tu.."
"Lagi sweet kalau bagi salam.."
"Dah laaa Jom siap.. Man dengan Yad tengah siap tu.."
"Okey.. Bagi aku lima minit.."Hari pertama Nazrin bekerja di warung Pak Mail itu. Warung tepi jalan yang menjadi kegemaran ramai pelajar kerana itulah warung yang paling dekat dan murah berdekatan universiti mereka. Situ saja kerja kosong yang ada. Nak tak nak, Nazrin terima jelah. Lantak lah orang nak cakap apa. Kerja halal. Bukannya merompak pun. Nak cari duit lebih je pun. Nazrin senyum melihat empat sekawan itu menuju ke arah warung Pak Mail. Segera dia mencapai pen dan buku nota kecil menghampiri rakan-rakannya itu yang masing-masing sedang melabuhkan punggung di atas kerusi.
"Minum bro.."
Ujarnya, bersedia untuk menulis pesanan.
"Air love you ( i love you )"
Emir bergurau.
"Kau jangan i love you, i love you sangat, aku cium kang.."
Ujar Nazrin.
"Jangan... Nanti orang tau kita gay..."
Balas Emir disusuli ketawa. Bergurau. Bukan gay okey!
"Teh ais.. Nasi goreng ayam."
Nuqman membuat pesanan sambil menatap telefon bimbitnya. Scroll Facebook!
"Aku.. Nak sirap limau dengan nasi goreng pataya.."
Ziyad memerhatikan sahaja Nazrin yang sedang mencatat pesanan.
"Aku nak kopi ais dengan nasi goreng pataya juga..."
Emir membuat pesanan terakhir.
"Okey bro.. Metar deh..."
Nazrin berlalu ke dapur. Keluar dah loghat Kelantan di tu!Adrina yang dalam keadaan mamai perlahan-lahan membuka mata membaca group whatsapp kelasnya itu. Dari tadi berbunyi. Entahlah apa dibincangkan rakan sekelasnya. Selalu senyap. Ni tak lain tak bukan kelas batal. Adrina melihat jam di telefon bimbitnya. Baru pukul sepuluh setengah malam. Ingatkan dan subuh tadi. Apa benda diaorang ni. Adrina mengesat matanya. Membuka whatsapp dan membaca setiap pesanan yang masuk. Sebaik sahaja membaca pesana daripada Prof Haslinda itu, matanya terbuka luas. Biar betul?! Gila!
Prof Has : Saya minta semua pelajar menghantar tugasan saya Isnin lepas esok sebelum jam tiga petang. Kalau lewat jawabnya masuk tong sampahlah. No excuse. I just want you all submit tugasan you all esok. Macam yang i cakap, lebih 50 page. Siapa buat kurang i tolak 50% markah. That's all. Tq.
Gila ke apa Prof Haslinda ni? Dia baru bagi tugasan tu dua hari lepas. Okey. Dua hari lepas. Dah la nak page banyak-banyak. Aku baru buat sepuluh page. Haritu suruh hantar dua minggu lagi. Adrina membaca rayuan daripada rakan sekelasnya pula.
Aufa : Haritu Prof kata hantar dua minggu lagi..
Laila : Haah Prof. Mana sempat kami nak but Prof..
Faris : Prof bagilah masa lagi.. Kami banyak lagi tugasan lain kena buat.. Prof cakap haritu kena hantar dua minggu lagi..
Prof Has : I dah cakap no excuse kan, means no excuse laa. Esok sebelum pukul 3. Titik!Adrina tidak membalas apa-apa. Dia tahu, Prof Haslinda itu tetap pendirian orangnya. Dia tidak akan termakan dengan pujuk rayu pelajar-pelajarnya. Siapa kata masuk U seronok? Salah satunya benda macam ni lah! Pensyarah yang tak dapat diduga. Kejap cakap macam ni, kejap cakap macam tu. Yang jadi mangsanya siapa? Siapa lagi! Student lah! Adrina bingkas bangun. Menuju ke kamar mandi. Mencuci wajahnya dengan air supaya lebih segar. Dia terus menuju ke meja belajar membuka laptopnya, bersedia untuk menggoreng 40 muka surat lagi!
Ziyad menepuk dahi. Baru nak bersenang-kenang dengan sahabat-sahabat gay ni! Sekali lagi gurau, bukan gay. Hehe. Esok dah lah takde kelas. Baru ingat nak lepak je kat hostel. Sekali Prof Has boleh buat perangai unpredictable dia tu. Aku lagilah langsung tak taip apa-apa.
"Korang aku balik dululah.. Kalau korang nak lepak, lepak jelah.. Prof Has ni tiba-tiba minta assignment dia esok.. Aku tak buat apa lagi beb sebab dia cakap kena hantar dua minggu lagi.. Aku banyak lagi assignment nak hadap tau.. Kacau lah.."
Ziyad membebel. Nuqman ketawa kecil. Emir enak menikmati saki baki makannnya sambil menoleh ke arah Ziyad yang sedang membebel itu. Naufal masih cool.
"Prof Has biasa laa dia tu.. Macam tak kenal dia.."
Ujar Nuqman.
"Eloklah kau balik dulu.. Siapkan assignment tu.."
Tambah Naufal pula.
Ziyad bingkas bangun. Menuju ke arah motosikalnya dan terus menunggang pergi.
"Nasib baik Prof tu tak mengajar aku weii.."
Tutur Emir yang selesai menghabiskan makanannya. Licin!
"Kau jangan.. Nanti sem depan kau dapat kelas dengan dia baru kau tau.."
Ujar Nuqman.
"Pal.. Kau doakan aku tau aku tak nak dia mengajar aku.."
Tutur Emir.
"Eh.. Kenapa aku pula. Doa sendiri lah."
Balas Naufal.
"Aku jarang berdoa pal.."
Emir mencebik.
"Engkau ni.. Kau doa lah sendiri. Lepas solat doa lah..."
Nuqman ketawa kecil sambil menggelengkan kepala.
YOU ARE READING
Budak Degree
Ngẫu nhiênIni bukan kisah cinta semata-mata. Ini kisah suka duka mencapai segulung ijazah. Kisah pahit duka pengalaman demi segulung ijazah. Kisah kawan-kawan, pensyarah yang tak semuanya indah. Kisah-kisah yang tak serupa dan berbeza latar belakangnya. Nuqma...