Bab 25

169 10 7
                                    

Sibuk. Itulah satu perkataan yang paling sesuai untuk Lutfi. Pulang bercuti di rumah? Oh no... Banyak program dan tugasan yang perlu dia handle. Tak menang tangan. Kalah perdana menteri. Lutfi sedang buntu di bilik mesyuarat. Tiada yang rela hati mahu join programnya di perkampungan orang asli. Masih tak cukup ahli. Nampaknya semua sedang seronok bercuti di kampung. Pintu bilik mesyuarat ditolak perlahan. Lutfi dan ahli yang lain menoleh ke arah pintu. Kepala Nurani menjenguk ke dalam.
"Eh.. Nurani.. marilah jemput masuk join kami.. tak balik kampung ke.."
Sapa salah seorang ahli yang dikenali sebagai karung kerana badannya yang kurus seperti cicak mengkarung. Nurani perlahan-lahan masuk. Lutfi jadi curiga. Nak terima ke tak dia ni? Dah la dia jahanamkan group kami hari tu. Ingat lagi dia bagi peta lukisan sendiri kat Ed dengan Yad. Gila apa minah ni. Nurani melabuhkan punggungnya di atas kerusi kosong itu.
"Boleh ke kalau Nura nak join?"
Soalnya dengan senyuman maut memandang ke arah Lufti. Tersentak Lufti dibuatnya. Macam berhadapan dengan dukun. Lufti menelan air liur. Matilahnakkkk. Agenda apa lagi minah ni. Karung sekali lagi dengan ramahnya menjawab..
"Mestilah..."
Laju Lufti menyiku. Memberi isyarat supaya Karung diam. Karung yang ala-ala lelaki sopan itu terus mencebik dan zip mulutnya.
"Sorrylah Nura.. dah cukup orang.."
Balas Lufti.
"Ooo yeke takpelah.."
Nurani bangun. Senyum jahat dan berlalu. Apa ke gila tengah hari macam ni pakai kebaya. Putih pula tu. Seram sejuk Lutfi dibuatnya.
"Epi.. kita tak cukup orang kenapa tak terima je dia.."
Karung membuka suara. Yang lain mengangguk-angguk.
"Dia tu pelik.. psiko.. takpayahlah.."
Balas Lutfi. Karung sekadar mengangguk.

Surat layang sampai di rumah. Mikhail membaca surat itu tanpa hati dan perasaan. DIBERHENTIKAN. Oh ya, who cares kan. Aku bukan hadap pun dengan degree tu. Takde degree pun boleh berjayalah apa. Macam aku, berjaya membuang masa di rumah. Mikhail memperonyok surat tersebut dan dihumban ke dalam tong sampah.

Minggu ini, Ziyad, Nuqman dan Nazrin berjanji berjumpa di sri pentas nak support member katanya. Izzaq tak dapat join. Komitmen family. Lagi lagi Safiyya asyik curiga je dengan dia sekarang. Emir pula macam biasa sibuk dengan kem dia. Seronok beb dapat tengok Rosyam Nor depan mata. Kecil je orangnya. Waktu paling mendebarkan kini telah tiba. Sesi penyingkiran. Mata Naufal tertumpu ke arah rakan-rakannya. Dupdapdupdapdupdap. Naufal berjaya ke peringkat separuh akhir! Kalau berjaya ke final Naufal terpaksa extend pengajiannya. Semuanya bergantung pada rezeki minggu hadapan. Cuti semester pun tinggal lagi dua minggu sahaja. Sekiranya tidak layak ke final, Naufal akan kembali menyambung pengajian seperti biasa. Naufal turun bertemu dengan rakan-rakannya.
"sahabatku.. ada sihat ke?"
Soalnya sambil bersalaman.
"Wah.. Dai Naufal.. kacak bro sejak masuk tv.."
usik Nuqman.
"Naufal memang sejak azali kacak, terima kasih pada maha pencipta.."
Balas Naufal disusuli ketawa.
"Rindulah aku kat Izzaq dengan Emir.."
Tambah Naufal.
"Emir tak dapat join tengah prob dengan bini dia.. Emir memang senyaplah busy kat kem.."
Balas Ziyad.
"Masalah rumah tangga tu perkara biasalah kalau dah kahwin.. eh aku pergi belakang dulu.. tak boleh lama ni.."
Balas Naufal.
"Swafoto dulu satu.. nak masuk ig.."
Nazrin mengangkat telefon bimbitnya . Masing masing memandang skrin telefon bimbit sambil menyengih.

Adrina sedang membaca buku dikamar. Itulah rahsia Adrina yang ramai tak tahu. Kalau kat kelas memang dia malas tapi waktu waktu cuti macam nilah dia pulun belajar. Selesai membaca, dia menuju ke arah laptop pula. Assigment perlu dilunaskan. Cuti sudah tak lama. Tiba-tiba ibunya mengetuk pintu bilik dari luar. Adrina menghampiri pintu bilik lalu membuka.
"Kenapa bu? Kan dah letak tanda tu kat pintu Ed nak siapkan kerja.."
Adrina memuncung ke arah pintu hadapan bilik. Sticker papan tanda dilarang masuk 🚫 dilekat pada pintu bilik.
"Kawan Ed datang. Tiga orang.. lelaki.."
Ujar ibunya, Puan Dahlia.
"Haaa? Siapa bu?"
Melopong Adrina dibuatnya. Siapa pula yang datang malam malam ni. Tiga orang lelaki?
"Diaorang kata rakan satu U Ed.. ibu dah jemput masuk dah.. ada kat bawah tu.."
Balas Puan Dahlia. Sekali lagi Adrina melopong. Bahaya ibu aku ni kalau perompak menyamar memang naya. Pakai jemput je orang masuk.
"Ibu.. bahaya tau.. mana tau perompak ke apa ke.. Lain kali jangan main jemput je.."
Bebel Adrina sambil menuju ke arah ruang tamu. Tiga orang lelaki yang dikenalinya sedang seronok berbual, bergelak tawa sambil menjamah biskut dan jus oren. Yang ayah pun sama. Layankan aje mamat tiga ekor tu.
"Nasib baik betul kawan Ed.. ibu lain kali janga main jemput je tau.."
Pesan Adrina.
"Diaorang siap tunjuk kad pelajar ibu percayalah tu yang bagi masuk.."
Balas Puan Dahlia.
Nazrin dan Nuqman menyiku Ziyad yang duduk di antara mereka berdua itu. Adrina berjalan menuju ke arah mereka.
"Rajin korang berjalan sampai ke sini.. buat apa?"
Soal Adrina melabuhkan punggung bersebelahan ayahnya, Encik Rizal.
"Kitaorang baru lepas tengok Naufal tadi.. Naufal kan masuk dai.."
Balas Nuqman. Ziyad terkaku diam. Dah kenapa mamat tu. Terus jadi bisu?
"Oh.. yang Naufal tu kawan kamulah? Kawan Ed ye?"
Encik Rizal menyampuk.
"Haa laa ayah Naufal tu satu U dengan kitaorang.."
Balas Adrina kini mengalih pandangan ke arah tiga jejaka itu pula.
"Yeke wei.. aku tak tau pun.. serius ahh.. aku tak tengok tv lah.. kerja aku tido je cuti ni..."
Bicara Adrina.
"Ayah undi dia tadi tau.. dapat semifinal dia.."
Encik Rizal menyampuk lagi.
"Hebat kan pokcik.. sahabat kami tuu.."
Tambah Nazrin.
"Cenggini..."
Encik Rizal menunjukkan ibu jarinya. Geleng kepala Adrina melihat ayahnya melayan kerenah mereka.
"Korang datang naik apa ni?"
Soal Adrina.
"Naik transport awam je.. esok pagi chow la.."
Balas Nuqman. Ziyad masih membeku di tengah.
"So malam ni tido mana?"
Soal Adrina lagi.
"Haaa pakcik ada homestay tak jauh pun dari sini.. bolehlah nak bermalam kalau untuk malam ni.. free je sebab korang kawan Ed.."
Encik Rizal mencelah lagi. Amboi ayah ni bukan main. Nazrin menyiku Ziyad lagi. Menyuruh Ziyad membuka bicara. Dari tadi membeku tanpa kata.
"Eh tak menyusahkan ke ayah.."
Ayat itu automatik keluar dari bibir Ziyad seraya matanya mengerling ke arah Adrina. Mereka tercengang mendengar ayat itu. Nuqman dan Nazrin menolah ke arah Ziyad.
"Sorru sorry tersasul.. rindu ayah kat kampung tu.. tak sabar nak balik esok.."
Pandai Ziyad cover.
"Ish tak apa.. haa pakcik ni tolong sesama umat je.. hari ni kita tolong orang esok lusa orang pulak tolong kita.. tadi dai Naufal dah bagi ceramah.."
Kata Encik Rizal bingkas bagun mencapai kunci kereta. Fuhh Ziyad menarik nafas lega. Nasib baik bakal pak mertua aku ni sporting. Hahhahs perasan kau Ziyad!
"Jom pakcik hantar ke sana.."
Encik Rizal sudah menapak menuju ke arah pintu utama.
"Chow dulu beb..jumpa nanti kat U.."
Ujar Nuqman. Ziyad sekadar menganggukkan kepala. Nazrin mengetuai perjalanan keluar dari rumah. Adrina melambaikan tangan dan kembali menuju ke tingkat atas, ke kamarnya untuk menyambung semula kerja-kerja yang tergendala.

Suara Paktam memanggil keras dari luar bilik. Pintu bilik diketuk kuat. Bergegar pintu papan itu. Syuhara mengetap bibir. Takut. Jantungnya berdebar semakin laju. Cepat-cepat dia menyembunyikan segala wang yang ada.
"Aku cakap buka pintu ni sebelum aku pecahkan!!!"
Ujar Paktam garang. Syuhara menghampiri pintu. Menggeletar tangannya menarik selak pintu. Sebaik sahaja pintu bilik terbuka luas, Paktam terus menolak Syuhara ke tepi. Menyelongkar kamar Syuhara.
"mana duit belajar kau yang banyak banyak tu.. mari sini aku nak pakai.."
Jerkah Paktam. Syuhara menggeleng.
"Semua dah habis.. Syuha pakai untuk belajar.."
Suara Syuhara menggeletar. Dia menelan air liur. Paktam menghampiri.
"Kalau bukan sebab anak abang aku.. dah lama kau ni aku jual!!"
Paktam beredar lalu keluar dari kamar itu. Syuhara menarik nafas lega. Ligat bermain difikirannya untuk pulang ke Universiti awal. Aku kena balik U cepat. Arghhh! Esok juga aku balik!

budak degree is back. Korang jangan lupa comment tau 🌸 😘

Budak DegreeWhere stories live. Discover now