Bab 10

777 27 5
                                    

Sepuluh

Usrah hari Jumaat diketuai oleh Naufal. Tajuk usrah malam ini adalah Nawaitu. Syuhara bersemangat duduk paling hadapan. Macam biasa, Syuhara datang sendiri. Datang dengan agendanya yang tersendiri. Berharap Abang Suksisnya turut menghadiri usrah malam itu. Mikhail letak tepi dulu. Abang suksis lagi penting. Emir memang setia. Mana pernah dia skip satu pun usrah Naufal. Tiap-tiap minggu dia datang dan sudah semestinya bersama Nazrin, Nuqman dan Ziyad. Syuhara mengerling ke kiri dan kanan. Beberapa minit sahaja lagi usrah akan bermula. Syuhara menyengih melihat Emir di tempat duduk lelaki. Duduk di barisan kedua. Berbunga-bunga rasa hati. Tapi... Usrah malam itu macam perli-memerli je. Bertubi-tubi menembak hati.

"Ingat kawan-kawan, kita masuk U untuk apa? Untuk ilmu.. Untuk banggakan mak ayah.. Ingat nawaitu sebenar apa.. Nawaitu kita kena betul.. Ini tak, ada sesetengah kita tu masuk U nak cari jodoh.. Baru seminggu dua dah dating sana sini, berdua-duaan. Cuba ingat mak ayah kita kat kampung.. Kesian diaorang.. Kita minta duit habiskan duit berjoli, belanja awek.. Cuba betulkan balik nawaitu kita kawan-kawan.."

Bebel Naufal di atas pentas. Masing-masing berubah wajah. Ada tergaru-garu kepala, yang ni mesti terasa lah ni! Siapa makan cili dialah terasa pedasnya kan. Ada yang selamber, yang ni mungkin jenis forever alone. Ada yang main handphone, yang ni kau datang usrah untuk apa haa? Baik balik hostel je! Ada yang merakam kata-kata Naufal sebentar tadi. Syuhara perlahan-lahan menoleh ke arah Emir. Emir tersengih-sengih bersama tiga orang lagi sahabatnya. Alahai, senyum macam tu comel! Hati Syuhara dan mula nak merenyam dah tu! Syuhara tercari-cari juga perempuan suksis yang cantik tu tapi tak nampak pun kelibat dia. Mungkin dia tak datang.

Habis usrah, sengaja Syuhara keluar lewat. Menunggu Emir keluar dewan terlebih dahulu. Dia melihat Emir dan rakan-rakannya yang lain menuju ke arah Naufal. Ooo.. Jadi, diaorang ni kawanlah. Maybe roommate kot. Budak bola tu pun ada sekali? Bisik hati Syuhara sebaik sahaja melihat mereka berlalu bersama-sama.

Seronok rasanya dapat qada tidur. Adrina menggeliat sambil menguap. Kemudian, dia tidur semula. Penat hadap assignment Prof Haslinda malam tadi belum hilang lagi. Rasa macam nak tidur seminggu je! Tidur lenanya terganggu apabila mendengar Aryana menangis tiba-tiba. Adrina membuka mata perlahan-lahan menoleh ke arah Aryana yang duduk di meja belajar. Umairah yang baru sahaja turun dari katilnya menghampiri Aryana.
"Apa hal?"
Soal Umairah.
"Laptop aku tak boleh menyala.. Tadi elok je aku taip taip.. Lepas tu terus mati.."
Balas Aryana. Tangisannya semakin kuat.
"Habis bateri kot.. Cas laa.."
Balas Umairah pula.
"Aku dah cas.. Tak jalan..."
Aryana membelek-belek laptopnya dan terus menangis.
"Kena hantar bila assignment tu..?"
Adrina yang masih mamai menyampuk. Matanya masih pejam.
"Minggu depan..."
Balas Aryana.
"Nanti aku minta Ziyad tengokkan.. Ziyad pandai bab bab ni.."
Ujar Adrina.
"Yeke?"
Aryana bingkas bangun menuju ke katil Adrina. Adrina yang on the way nak sambung tidur tu, sekadar menjawab dengan anggukan.
"Alaaa.. Tanya laa sekarang.. Please.."
Rayu Aryana.
"Dah pukul berapa ni Yana.. Esok jelah.."
Pintas Umairah sambil memanjat katilnya di tingkat atas. Adrina mengangguk-angguk setuju.
"Emm.. Yelah..."
Aryana kembali semula ke meja belajarnya. Mengemas mejanya. Nak buat apa? Laptop pun dah buat hal. Tidur jelah!

********************************************************************

Pemain-pemain bola sepak harapan Universiti itu, bersurai ke tepi padang. Latihan berehat buat seketika. Nuqman dan Mikhail berjalan beriringan ke tepi padang. Menghampiri kotak minuman. Mencapai satu botol air mineral dan terus meneguk.
"Bro, aku rasa kau patut datang usrah Naufal malam tadi.."
Ujar Nuqman.
"Apa hal pula..."
Soal Mikhail.
"Yelah, untuk kau insaf sikit. Sebab semuanya berkaitan dengan kau..."
Balas Nuqman.
"Tak kuasalah aku usrah-usrah ni.. Kalau nak dengar ceramah sangat, baik aku buka YouTube, dengar ceramah ustaz kazim ke ustaz azhar al-idrus ke.. Setakat Naufal tu apalah sangat..."
Balas Mikhail, berlagak.
"Kau.. Memang patut diazankan telinganya.."
Perli Nuqman dan terus berlari masuk ke tengah padang. Mikhail macam biasalah, perli macam mana pun dia buat bodoh je. Dia nak kisah apa. Ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Ziyad membelek-belek laptop Aryana itu. Aryana gelisah bukan main. Yelah, risau semua assignment dalam tu hilang. Penat wo buat kalau hilang macam tu je! Lufti bersebelahan Ziyad turut membelek, padahal dia tak tau apa pun! Adrina sudah menguap berkali-kali. Adrina tu tidurlah seharian pun, mengantuk tetap mengantuk! Dua puluh empat jam mengantuk!
"Ada prob sikit ni.. Dia stuck ni.. Ada software dalam ni yang buat laptop ni hang tak boleh buka.. Takpelah, aku bawa balik dulu, aku betulkan kat hostel nanti dah siap aku bagitau Ed.."
Ujar Ziyad.
"Agak-agak berapa hari boleh siap?"
Soal Aryana bersungguh.
"Esok settle laa ni.."
Balas Ziyad.
"Okey nanti apa-apa bagitau Ed tau.."
Tutur Aryana.
"Takde apa-apa dah kan? Jom balik nak tidur.."
Adrina bangun dari duduknya.
"Wei, petang ni kan kelas Dr. Amir?."
Ujar Lufti.
"Malaslah.. Nanti share nota okey..."
Adrina terus berlalu pergi.
"Aku pun ada kelas ni kejap lagi.. Pergi dulu tau.. Jaga laptop aku elok elok.."
Aryana turut bangun dan terus melangkah pergi.

Nampak je gagah dan garang tapi Umairah paling lemah bila kena buat perbentangan kat depan kelas. Lepas ni giliran dia pula. Dia tadi dia tak senang duduk. Sedang tergaru-garu tangan, sekejap menongkat dagu sekejap duduk tegak. Nadrah sedang membentangkan assignmentnya di hadapan. Nadrah confident. Sikit pun tak nampak terketar-ketar, maklumlah satu group dengan pakwe sendiri, bukan main sempat main-main mata. Menyampah pun ada. Ini perbentangan berkumpulan, perbentangan individu lagi buat Umairah tak senang duduk. Selagi belum membentang, dua tiga kali dia akan ke tandas. Nadrah selesai membentang. Giliran Umairah dan ahli kumpulannya pula. Sebaik sahaja berdiri di hadapan kelas, Umairah terketar-ketar. Ramainya. Dia melihat ahli kumpulannya. Aliya, si skema tapi confident, sikit pun tak nampak takut. Aswad, pembentang paling sempoi. Setiap kali membentang, Aswad selalu selitkan jenaka. Taknak bagi kawan-kawan bosan. Seorang lagi, Zameer. Zameer biasa-biasa je. Tak nampak takut tak nampak confident sangat. Aliya selesai membentangkan bahagiannya. Giliran Aswad pula. Giliran Aswad ni meriah. Satu kelas ketawa tak henti. Kini, giliran Umairah pula. Umairah menelan air liur. Menarik nafas panjang. Walaupun tersekat-sekat, Umairah berjaya membentangkan bahagiannya. Akhir sekali, giliran Zameer.

Umairah keluar kelas dengan penuh kekesalan. Haish.. Mesti markah aku rendah ni. Kena study lebih ni. Final nanti aku kena score. Macam mana nak buat ek? Umairah mengomel sendirian di dalam hati sambil terus melangkah. Ooooo.. Yesss!! I need a bookshop!!

Safiyya sangkakan Syuhara dah lena. Siap berselubung lagi. Tak bergerak langsung. Padahal dia tak tahu, Syuhara tengah sengih sorang-sorang teringatkan Emir tadi. Maklumlah pertama kali dapat tengok lelaki-lelaki kacak. Whatsapp Mikhail pun dia tak layan. Oleh sebab Safiyya ingatkan Syuhara dah lena, dengan selambernya dia sembang punya kuat. Tak tahulah dengan siapa dia on the phone tu. Syuhara curi-curi dengar.
"Kan aku dah cakap aku dah tak amik upah buat assignment orang.. Aku dah stop.. Cari orang lain la..."
Terbuntang mata Syuhara mendengarnya. Ooo.. Selama ni Safiyya 24 jam hadap laptop hadap buku bangun pukul 2 3 pagi sebab amik upah buat assignment orang lah?
"Korang bayar banyak mana pun aku dah taknak..."
Syuhara pasang telinga lagi. Oooo.... Baru Syuhara teringat. Latifah dengan Hasanah pernah suruh bagi duit kat Safiyya. Itu mesti upah Safiyya siapkan assignment diaorang. Tapi... Apa kurangnya dengan aku? Aku siapkan assignment Mikhail? Tapi aku tak amik upah. Syuhara keluar mengejut dari persembunyiannya dia bawah selimut itu. Safiyya terpenjara dan terus mematikan perbualan.
"Ooooo aku dah tau dah.."
Sengaja Syuhara menakut-malukan Safiyya.
"Aku dah tak buatlah.. Aku buat pun ada sebab.. Aku nak duit lebih.."
Balas Safiyya.
"Duit lebih untuk apa?"
Soal Syuhara ingin tahu. Safiyya mendengus terlebih dahulu. Dia menghampiri katil Syuhara. Duduk bersebelahan Syuhara. Dia memulakan bicaranya. Sebenarnya...........

Budak DegreeWhere stories live. Discover now