Bab 23

824 28 12
                                    

Kampung Nuqman.

Bila balik kampung ni kau akan hadap macam-macam lah. Mula mula orang akan tanya cuti ke? Berapa lama cuti? Berapa lama lagi belajar? Dan part paling kena hadap, hadam dah sabar adalah part ni....

Makcik Zaidah dan ibu Nuqman sibuk berbual. Ibu Nuqman ambil tempahan menjahit. Pada awalnya makcik Zaidah datang nak ambil baju yang siap dijahit tapi kalau dah jumpa tu memang berbual panjangkan cerita dia. Nuqman yang tadinya tengah syok layan game FIFA, mula rasa kurang selesa bila makcik Zaidah banyak tanya.
"Kamu amik course apa Man?"
Soalnya.
"Sains sukan makcik.."
Balas Nuqman. Sengih. Sengih yang dibuat-buat.
"Cikgu sukan laa ye. Alah.. Cikgu pun susah dapat kerja kan sekarang? Tengok ramai yang menganggur. Belajar belajar tinggi tinggi pinjam sana sini lepastu menganggur nak membayor hutang satu hal.. Kesian budak sekarang, sebab itu makcik tak bagi anak makcik sambung belajo.."
Panjang lebar pulak makcik Zaidah ni membebel dengan gaya-gaya dia sekali. Dia ni nak runtuhkan semangat aku ke apa. Aku malas nak layan. Aku sengih jelah. Nuqman sengih lagi. Masih sengih yang dibuat-buat. Ibu Nuqman pun malas nak layan sangat makcik Zaidah tu. Memang semua benda dia nak complain. Semua tak kena. Ni pun baju dia baru tadi dia complain.
"Zaidah, kami nak keluo ni kejap lagi.. Tengah tunggu laki aku balik kerja ni. Engko bolehlah kot balik dah. Aku nak bersiap.."
Kata ibu Nuqman.
"Engko ni macam menghalau aku pula, haa yelah yelah aku balik dulu, aku nak ke rumah si Rohana tu pulak kejap.. Anak dia kan nak bertunang esok.."
Makcik Zaidah membebel sambil menuruni anak tangga satu persatu. Nuqman dan ibunya saling berpandangan. Menepuk dahi. Kecoh betul makcik sorang ni!

Petang itu, Nuqman ke rumah Mikhail. Dia betul betul nak tahu ke mana mamat tu sampai tak dengar langsung khabar berita dia. Nampak macam rumah dia tak berpenghuni. Senyap dan sunyi tapi pintu rumah terkuak luas. Mikhail dah biasa dah dengan rumah tu. Dia terus menerpa masuk dan memberi salam.
"Yaww bro!"
Mikhail mengangkat tangan. Lahhh. Elok sihat walafiat kau kat sini. Aku ingat sakit ke apa ke sampai lama tak ke kampus. Bisik hati Nuqman. Nuqman menghampiri Mikhail yang sedang duduk santai di atas sofa. Membuang masa mungkin. Takde nampak aktiviti berfaedah yang dia sedang buat.
"Wey.. Asal lama tak datang kelas, tak balik U, dah masuk exam?"
Soal Nuqman melabuhkan punggungnya bersebelahan Mikhail. Mikhail ketawa kecil, disusuli jawapannya yang tak masuk aku.
"Bosan lah. Aku dah takde hati bak belajar. So aku blah jelah.."
Balas Mikhail. Gila agaknya Mikhail ni. Nuqman menggeleng.
"Habis tu kenapa kau tak amik surat berhenti. Kau main blah je macam tu,  semua orang cari kau tau tak.. At least kau isi laa surat berhenti.."
"Beb.. Kalau aku isi surat berhenti status aku sebagai pelajar hilanglah.."
"Dah memang kau taknak belajar lagi kan.. So buat apa kau nak stay sebagai student lagi?"
"Kalau aku still as a student so aku still dapat duit pinjaman.. Kalau aku berhenti mana aku nak dapat duit.."
Gila. Nuqman ni memang dah gila.
"Dah la.. Dr.Aliyah minta kau contact dia.. Tu je aku nak bagitau. Aku balik dululah.."
Nuqman malas nak cakap lebih-lebih dengan Mikhail tu. Nanti dia pun terikut gila sama.

Kampung Nazrin.

Rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang telah tiada di muka bumi ini. Ma..tak lama dah ma.. Ayien dah nak habis belajar dah.. Ayien tak dapat bayangkan kalau time graduate nanti ma tak ada. Dulu ma yang nak sangat Ayien sambung belajar. Tunjuk contoh baik kat adik-adik tapi ma dah tak ada. Ayien akan buktikan. Ayien akan buat yang terbaik. Nazrin mengesat air mata yang mengalir. Lamunannya disulami deruan ombak pantai petang itu.

Sesungguhnya yang hidup tetap akan pergi dan sesungguhnya masa tidak mampu diputarkan kembali.

Budak DegreeWhere stories live. Discover now