Syuhara membuka telinga luas-luas. Fokus pada cerita Safiyya itu. Safiyya menceritakan satu persatu. Macam tak percaya je dengar cerita Safiyya tu. Biar betul! Safiyya dah kahwin dah pun! Lepas STPM dia terus kahwin! Sambil-sambil tunggu result nak masuk U. Dia cakap lelaki tu sekampung and classmates dia masa tingkatan enam dulu. Memang diaorang bercinta. Habis je STPM mak ayah diaorang suruh diaorang kahwin. And.. Guess what?! Diaorang dah ada baby! Baby girl. Nama baby tu Izzah Syafinaz. Sedapkan! Safiyya cakap baby dia dah setahun lebih. So, dia terpaksa cari duit lebih untuk sara baby dia. Syuhara ada bertanya, suami dia siapa, kerja apa, ada kat mana? Suami dia tak cari duit ke untuk baby? Safiyya taknak bagitau siapa suami dia and Safiyya cakap biarlah rahsia dulu. Dia belum bersedia nak bagitau. Safiyya ambil upah buat assignment untuk beli keperluan baby dia lah. Kesian kat mak ayah kat kampung terpaksa jaga baby dia. Dengar cerita Safiyya ni terpikir juga. Buat apa kau pergi kahwin muda?! Kalau dah tahu nak sambung belajar. Tapi bila difikirkan balik dah jodoh dia kan. Dan terfikir juga, buat apa kau sambung belajar, jaga jelah anak tu! Tapi sayang juga kalau tak sambung belajar, Safiyya ni dah la rajin, pandai! Dah ini jalan yang dia pilih, dia kena hadaplah.
"Ooo.. Aku pelik kenapa laki kau je yang tak jaga baby tu.. Apa yang susah sangat. Bagi jelah tau siapa laki kau.."
Ujar Syuhara sebaik sahaja Safiyya selesai menceritakan misteri di sebalik kehilangannya secara tiba-tiba dan pekerjaan sambilannya, mengambil upah menyiapkan assignment pelajar lain.
"Nanti kau tau jugalah.. Dah laa tidur sana.. Aku nak study.."
Safiyya bangun dari duduknya.
"Study takpe, jangan sibuk buat assignment orang lain pula.."
Sindir Syuhara. Safiyya sekadar menjelirkan lidah, mengejek. Arghh, kau pun sama jelah Syuhara! Buatkan assignment si Mikhail buaya tu. Bezanya, aku amik upah, kau kononnya ikhlas nak tolong orang! Dua kali lima je!Siapalah agaknya yang gantikan Encik Raziman ya? Tertanya-tanya dibuatnya. Jam menunjukkan pukul sebelas lima puluh tengah hari. Sepuluh minit lagi kelas akan bermula. Umairah menanti dengan penuh kesabaran. Melihat seorang demi seorang rakan sekelasnya masuk ke dalam dewan kuliah. Umairah memang selalu awal. Lima belas minit sebelum kelas bermula dia dah duduk tercongok tunggu pensyarah dan rakan-rakan yang lain masuk ke kelas. Encik Raziman menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. So, harini akan ada pensyarah baru yang menggantikan Encik Raziman. Harap-harapnya tak garang and okeylah orangnya. Paling berharap, bukan seorang pensyarah perempuan yang suka moody and cerewet. Daun pintu dikuak. Laju Umairah menoleh. Ingin melihat pensyarah baru yang menggantikan Encik Raziman itu. Sangkaannya meleset. Dua ketul mamat selenge masuk ke dalam dewan. Emir dan Nuqman berjalan lenggang-lenggok mencari tempat duduk. Dah laa masuk lambat! Boleh dia lenggang-lenggok sesuka hati pula. Emir menyengih. Menghampiri tempat duduk bersebelahan Umairah yang kosong. Umairah awal-awal dah tarik muka menyampah. Nuqman sekadar membontoti. Pintu ditolak lagi. Kali ini ya! Inilah pensyarah baru itu! Umairah pandang tak berkelip! Kepalanya perlahan-lamanya mengekori gerak langkah pensyarah baru yang berjalan masuk menuju ke hadapan kelas itu. Wowww, handsome! Muda! Kacak bergaya! Pensyarah baru itu, mengetuk-ngetuk microphone beberapa kali. Testing. Test test.. 1.. 2.. 3.. Dia memulakan sesi perkenalan diri.
"Assalamualaikum semua.. Saya Encik Muhammad Arif Hadif. Boleh panggil saya Encik Hadif saja.. Saya pensyarah sementara kat sini, saya yang akan gantikan Encik Raziman untuk beberapa bulan.. This is my number phone.. Tolong add saya dalam group whatsapp kelas kamu.."
Encik Hadif menulis nombor telefonnya satu-persatu pada papan putih. Laju sahaja Umairah menyalin. Emir mengerling. Bukan main dia ni. Dengan pensyarah handsome miang je rupanya. Dengan aku jual mahal!
"So.. Untuk first day ni, kita berkenalan jelah dulu okey.. Siapa ketua kelas kamu?"
Soal Encik Hadif. Gaya dia tu memang memukau! Kemas berkemeja. Gaya bercakap yang bersahaja tu yang buat Umairah tak berkedip memandang.
"Aiman.."
Masing-masing menuding jari ke arah Aiman, si ketua ketua kelas yang duduk paling hadapan sekali.
"Okey.. Aiman nanti sebelum kelas start jumpa saya okey.. Ada apa-apa soalan?"
Soal Encik Hadif lagi. Laju saja Umairah mengangkat tangan. Entahlah, tiba-tiba jadi berani. Selalunya penakut. Time presentation kat depan pun terketar-ketar.
"Okey.. Awak nak tanya apa?"
"Umur Encik Hadif berapa? Encik Hadif dulu belajar kat mana?"
Soal Umairah. Entahlah. Entah kenapa soalan tu yang terpacul dari bibirnya. Emir yang memandang pelik kat sebelah pun dia tak hiraukan.
"Saya lepasan ijazah je.. Di UM.. On the way amik PhD.. Umur saya lebih kurang awak semua je.. Saya baru 27 tahun.."
Balas Encik Hadif. Allahu! Mudanya! Ada can nak mengorat ni! Mula lah tu, perangai perigi cari timba Umairah dah nak bermula!
"Bilik Encik Hadif kat mana ya?"
Soal Aiman pula.
"Oh ya, lupa pula saya.. Bilik saya kat tingkat tiga, bangunan fakulti.. Bilik saya kat tengah, bilik ketiga.. Depan bilik ada Sticker bunga banyak.."
Sticker bunga? Mat bunga ke? Selesai sesi soal jawab dan perkenalan, Encik Hadif menamatkan kelas. Kelas habis awal sebab tak ada apa pun nak dibincangkan. Encik Hadif cuma ingin berkenalan saja pada hari itu. Mujur ada yang tanya bilik Encik Hadif kat mana tadi! Ada can Umairah nak datang jumpa kalau-kalau tak faham apa-apa! Huhu..Aryana yang baru pulang mengambil laptop dari Ziyad, hairan melihat Adrina masih lena dibuai mimpi. Melengkor atas katil dari tadi. Sebelum Aryana ke kampus, Adrina solat zohor. Ingatkan dia akan bangun dan bersiap-siap ke kampus. Rupanya dia sambung tidur. Tadi Ziyad cakap, petang ni diaorang ada kuiz. Takkanlah Adrina tak pergi jawab kuiz? Setahunya, Adrina dengan Ziyad memang satu course, satu kelas. Aryana menghampiri.
"Ed.. Kau tak pergi kampus ke.."
Soal Aryana.
"Emm.."
Adrina berpaling ke kanan sambil menutup mukanya dengan bantal.
"Yad kata harini ada kuiz lah.. Kau tak pergi ke?"
Soal Aryana lagi.
Sepantas kilat Adrina bangun dari tidur. Lupa! Yaaaa aku lupa! Dia berlari menuju ke tandas, mencapai tualanya yang digantungkan di hadapan almari pada pelekat, ala.. Pelekat yang macam kat kedai dua ringgit tu, korang boleh gantung segala jenis benda kat situ. Aryana menggelengkan kepalanya. Tulah tidur tak ingat dunia!Ziyad dan Lufti yang sedang fokus menjawab kuiz, berkerut-kerut dahi tu, memandang ke arah Adrina yang baru sahaja tiba. Lewat lima belas minit. Bukan Ziyad dan Lufti je yang pandang. Satu kelas pandang. Nasib baik bukan kelas Prof Haslinda. Kalau kelas Prof Haslinda dah kena halau keluar sambil kena maki sekali!
Walaupun masuk lewat. Selamber je Adrina jawab kuiz. Sepuluh minit jawab dia dah keluar. Minah ni memang gila. Otak apa dia tu? Padahal tidur je keje dia. Bila masanya dia study!? Ziyad dan Lufti yang duduk bersebelahan meja itu saling berpandangan. Mereka yang dari tadi perah otak bagai nak gila, belum lagi mampu menghabiskan kesemua soalan kuiz itu.
Petang itu Mikhail lewat ke padang. Dia berjumpa Syuhara terlebih dahulu. Ada kerja yang dia nak bagi. Alasannya macam biasalah. Busy training! Mana ada masa nak buat assignment! Syuhara yang bendul tu pun ikutkan jelah perangai si Mikhail tu. Selesai memberikan tugasannya kepada Syuhara, Mikhail bergegas pula ke padang bola. Sehari je lagi latihan. Esok mereka akan ke UNIMAP sebagai tuan rumah untuk sukan IPT tahun ini. Nuqman melihat Mikhail yang baru tiba. Jarang Mikhail lewat. Dia tu berjiwa sukan betul. Kalau orang lain lewat, dialah yang bising. Adalah ni benda yang dia buat sampai lewat ni.
Buku "Tips To Build Your Self Confident" diusung Umairah. Dia menuju ke kaunter ingin membayar. Aku kena baca buku ni! Lepas ni takdelah terketar-ketar kalau present depan kelas. Dia melewati sebuah rak buku yang menarik perhatiannya. Hati kecilnya tersengih. Perlahan-lahan dia menuju ke arah buku itu.
Tips Mendapatkan Cinta Jejaka
Dia melihat ke kiri dan kanan. Mencapai buku itu secara perlahan-lahan. Buku ni mungkin boleh bantu aku usha Encik Hadif. Umairah menuju ke kaunter, ingin membayar.
YOU ARE READING
Budak Degree
RandomIni bukan kisah cinta semata-mata. Ini kisah suka duka mencapai segulung ijazah. Kisah pahit duka pengalaman demi segulung ijazah. Kisah kawan-kawan, pensyarah yang tak semuanya indah. Kisah-kisah yang tak serupa dan berbeza latar belakangnya. Nuqma...