Sambil-sambil mencuri pandang ke arah pelajar lelaki yang berlalu pergi itu, Umairah menjawab pertanyaan Encik Hadif.
"Saya nak jumpa Cik laa..."
Umairah sengih. Pelajar lelaki itu semakin hilang dari pasangan. Ohh.. Dia student? Dialah yang aku nampak pegang-pegang tangan dengan Encik Hadif kat kedai makan haritu? And dia juga dalam gambar atas meja Encik Hadif haritu. Seriously dia student sini? Tak pernah nampak. Mungkin lain course. Aku sure dia student sebab nampak dia pakai kad matrik cuma tak sempat tengok nama.
"Masuklah.."
Ujar Encik Hadif.
"Takpelah Cik.. Tak jadi.."
Umairah terus berlalu pergi. Encik Hadif is so something lah!
Umairah menuju ke arah lif. Mahu pulang. Rasa macam dah menjebakkan diri ke dalam kancah yang tak sepatutnya. Aku kena cari jalan pulang. Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu lif, pelajar lelaki tadi menantinya. Berdiri bukan main. Macam samseng. Mereka berdua masuk ke dalam lif sebaik sahaja pintu lif terbuka luas. Dah la takde orang lain. Berdua je dengan mamat ni. Psiko semacam. Takut pula.
"Kau ada hati dengan sayang aku eh?"
Soal lelaki itu tiba-tiba. Umairah memandang lelaki itu atas bawah. Sempat melihat nama pada kad matriknya. Harraz Azhar Bin Hilmi. Students hospitaliti. Ooo budak budak hotel. Pelik juga Umairah dengan soalan tu. Siapa sayang yang dia maksudkan. Takkan lah aku nak ada hati dengan perempuan. Aku masih straight okey! Masih waras.
"Siapa sayang kau?"
Soal Umairah, hairan.
"Encik Hadif.. He is my baby, dont you ever ever try to tackle him okey.."
Balas Harraz, muka berlagak nak mampus! Sumbang punya orang! Kau bercinta dengan kaum sejenis ke? Astargfiraullahadzim! Lidah Umairah kelu. Hanya mampu menelan air liur. Kunyit! Sah Cik Hadif kunyit! Mereka sampai di tingkat bawah. Laju sahaja Umairah melangkah keluar dari lif meninggalkan Harraz yang psiko itu. Walaupun dia minat kaum sejenis and takde langsung nafsu kat perempuan tapi seram juga duduk lama-lama dengan dia dalam lif! Simpang malaikat empat puluh empat!Seperti yang dijanjikan. Pertemuan antara Izzaq dan housematenya bersama isteri dan anaknya berjaya diatur. Safiyya mengendong Izzah. Syuhara pula mengacah-ngacah bayi kecil itu. Izzaq dan kuncu-kuncunya belum tiba. Tadi Izzaq sempat call Safiyya bagitau yang dia lewat singgah KFC beli sedikit makanan. Tenang betul rasanya lepak bawah pokok rendang ni. Hilang rasa marah tunggu lama-lama. Ingatkan perempuan je selalu lambat kalau ajak jumpa, yelah orang cakap perempuan lambat bersiap, lelaki pun apa kurangnya!
"Sayang..."
Sapa Izzaq dari belakang. Safiyya dan Syuhara menoleh. Aaaa.. So sweet. Izzaq panggil Safiyya sayang.. Rasa macam nak kahwin juga pulak! Mata Syuhara tak berkedip sebaik sahaja menoleh. Abang suksis! That's my Abang Suksis! Tak sia-sia ikut Safiyya.
"Duduklah.."
Pelawa Safiyya memberikan sedikit ruang di atas tikar itu untuk mereka berenam duduk.
"Sayang.. Ini housemate abang.. Yang ni Naufal, Ni Nazrin ataupun panggil je Ayien.. Yang ni Ziyad.. Emir dan Nuqman.."
Izzaq memperkenalkan rakan-rakan serumahnya kepada isterinya itu. Masing-masing melemparkan senyuman apabila Izzaq menyebut nama masing-masing.
"Haaa ini roommate sayang.. Syuhara.."
Safiyya memperkenalkan pula rakan sebiliknya itu. Syuhara mengenyih namun matanya masih tak berkalih daripada melihat Emir.
"Macam kenallah awak ni.."
Naufal bersuara. Mana tak kenalnya. Naufal yang ajak Syuhara pergi usrah waktu Syuhara mengendap budak-budak suksis latihan kawad. Syuhara berkalih ke arah Naufal. Cehh! Pak ustaz kaki perli ni pun ada!
"Awak paksa saya datang usrah awak.. Lupa?"
Sengaja Syuhara menekankan perkataan paksa mahu menyindir Naufal.
"Comelnya baby Izzah...."
Naufal menukar topik. Mengendong Izzah. Izzaq membuka kotak KFC yang dibelinya tadi. Bau ayam KFC menusuk ke hidung lalu mengalir ke perut. Lapar!Adrina memerhatikan sahaja Aryana yang dari tadi berbual bersama kekasih hatinya di kampung itu. Macam ada sesuatu. Aryana dari tadi kata taknak, taknak, taknak! Apalah yang dia taknak sangat tu agaknya ye. Adrina pernah tengok gambar kekasih Aryana tu. Aryana pernah tunjuk. Orangnya biasa-biasa je taklah handsome sangat. Cuma berkulit putih jelah. Itulah bonus dia. Seingat Adrina, Aryana pernah bagitau nama lelaki tu.. Ilham. Yes Ilman!
"Taknak lah.. Yana tak sedia lagi.. Yana nak habiskan study.."
"Abang ni tak faham ke.. Dulu cakap sanggup tunggu Yana.. Sekarang dah tak sanggup?"
"Ataupun abang dah bosan dengan Yana?"
"Haaaa..."
Adrina mencuri dengar perbualan Aryana itu. Entahlah apa yang dibualkan. Sebabnya Adrina cuma mendengar apa yang diperkatakan oleh Aryana sahaja. Mungkin Ilham ajak kahwin kot. Adrina membuat andaian.
"Letak..."
Aryana merenung tajam telefon bimbitnya. Adrina bingkas bangun. Duduk di atas katil. Sedikit menunduk. Kepalanya mencecah katil atas.
"Kenapa Yana?"
Soal Adrina.
"Abang Am.. Ajak aku nikah.. Aku belum sedialah.. Nanti aku tak boleh fokus.."
Balas Aryana dengan wajah blurnya.
"Habis tu?"
Soal Adrina lagi. Adrina bukan pandai pun bab bab ni semua. Dia mampu dengar jelah. Nak nasihat takut nasihatnya tak boleh pakai pula.
"Dia cakap kita bawa haluan masing-masing.. Empat tahun tau kitaorang bersama, takkan macam tu je nak berpisah.."
Bebel Aryana lagi.
"Alah.. Yana lelaki semua sama je.."
Nadrah menyampuk dari katil atas. Adrina sekadar mengangkat bahu. Aryana masih dengan wajah blurnya. Macam tak percaya. Ilham seorang lelaki yang matang. Umur pun jauh beza darinya. Takkan lah Ilham buat perangai pula.Hari ini Syuhara akan dapat tahu watak yang akan diberikan kepadanya dan teater yang akan dilakonkan olehnya.
Teater Tanah Melayu
Sejarah sungguh teater ni. Syuhara dapat watak wanita kampung yang terkorban. Watak Syuhara cuma berjalan selama satu minit sahaja. Muncul ketika berlaku pertempuran dan mati di situ. Rasa macam menyesal pun ada join teater ni tapi takpelah apa salahnya cuba nasib. Tak kisahlah watak apa pun, yang penting Abang suksis dan tahu kewujudan aku sekarang...
Rasa menyampah nak tengok muka Encik Hadif. Dasar kunyit! Lelaki kacak sekarang tak boleh percaya. Macam manalah aku boleh minat kat mamat ni. Mohon cepatlah kontrak dia sebagai pensyarah sementara habis. Meluat pula. Nak pergi kelas dia pun dah rasa malas sangat sekarang ni. Semua pelajar beransur dari kelas. Umairah melewati kawasan meja hadapan itu. Encik Hadif memanggil namanya. Langkah kaki Umairah terjeda.
"Ya, cik.."
Emir yang lalu di hadapan mereka, memperlahankan kakinya cuba mencuri dengar perbualan.
"Awak.. Suka saya ya.."
Mimik wajah Umairah berubah sebaik sahaja soalan itu diutarakan. Ye, tapi tu dulu! Lepas tau Cik ni bengkok.. Memang takla....
"Eee mana ada..."
Umairah menafikan.
"Kalau ada pun saya cuma nak bagitau, lupakan jelah ya. Saya tak suka perempuan..."
Encik Hadif terus berlalu pergi. Emir menanti di hadapan pintu kelas. Sebaik sahaja Umairah lalu di hadapannya, Emir ketawa kecil.
"Kan dah cakap.."
Ujar Emir.
"Entah-entah kau pun kunyit jugak kan.."
Umairah terus berlalu meninggalkan Emir yang sedang ketawa sendirian itu. Aku pula yang kena. Haish.. Aku straight okey! Inilah orang kata kerana nila setitik rosak susu sebelanga! Emir menggeleng kepala.
![](https://img.wattpad.com/cover/91605501-288-k558310.jpg)
YOU ARE READING
Budak Degree
De TodoIni bukan kisah cinta semata-mata. Ini kisah suka duka mencapai segulung ijazah. Kisah pahit duka pengalaman demi segulung ijazah. Kisah kawan-kawan, pensyarah yang tak semuanya indah. Kisah-kisah yang tak serupa dan berbeza latar belakangnya. Nuqma...