Bab 14

728 19 9
                                    

"Anak siapa?"
Soal Naufal sambil mencuit pipi baby kecil itu. Tembam pipinya rasa nak picit-picit je!
"Anak sedara aku.. Ni.. Sepupu aku.."
Balas Izzaq. Naufal mengangguk.
"Memang selalu jumpa ke?"
Soal Naufal. Amboi macam detektif.
"Selalu sebab kita satu U.. Maybe tak pernah jumpa sebab lain course.."
Balas gadis itu.
"Dah kahwin?"
Soal Naufal kepada gadis itu.
"Dah.. Kalau tak mana datang anak ni kan.."
Balas gadis itu dengan senyuman perlian. Apa punya soalan la Naufal tanya tu! Alahai! Mestilah dah kahwin kan. Panjang juga mereka berbual. Akhirnya, Izzaq minta diri pulang bersama Naufal dan meninggalkan gadis itu bersama baby itu berdua.

Suasana yang tadinya sunyi dan sepi cuma kedengaran bunyi ketikan laptop Umairah menjadi hingar. Adrina macam biasalah, tengah lena diulit mimpi. Aryana pula lepak di katil saja sambil menghadap telefon bimbit. Nadrah pulang sambil menangis teresak-esak. Adrina sedikit bergerak. Menarik bantal menekup wajahnya. Sambung tidur. Tak kuasalah dia nak layan Nadrah tu. Tidur lagi baik. Aryana bangun dari baringnya. Duduk di atas katil. Sedikit menunduk kerana kepalanya mencecah katil atas. Umairah masih meneruskan taipannya.
"Kau kenapa Ara?"
Soal Aryana. Meletakkan telefon bimbitnya di tepi katil.
"Aku jumpa Ridza dengan perempuan lain..."
Tangisan Nadrah makin kuat. Umairah sengih. Dah agak dah. Tulah, bercinta bagai nak rak, last-last tak patah. Bak ayat-ayat di twitter. Malas Umairah nak layan. Dia biarkan saja Aryana yang melayan. Aryana tu rajin sikit nak melayan kerenah-kerenah roommate dia.
"Dengan siapa pula?"
Soal Aryana.
"Dengan budak sekolah dia.. Dia dah bercinta lama dah dengan budak tu.. Aku orang kedua rupanya.."
"Hish.. Dah laa tak payah menangis.. Lupakan jelah dia., aku tengok pun tak berkenan. Muka Playboy. Banyak lagi lelaki lainlah.. Tak payah kau nak hirau sangat pasal cinta cinta ni.. Kau belajar dulu bagi habis.. Nak bercinta kena ada gayanya, bukan dating dua puluh empat jam.."
Aryana dah mula membebel dah tu. Bukan senang nak dengar Aryana membebel. Nadrah mencebik.
"Dah tau pakwe main kayu tiga baru nak ingat kawan ke?"
Umairah menyampuk.
"Alaaa... Bukan macam tu..."
Balas Nadrah.
"Dah dah.. Kau better pergi cuci muka, mandi.. Solat.. Lepastu tidur, takyah kau pikir laa lelaki tu.."
Ujar Aryana. Nadrah melangkah malas menuju ke kamar mandi. Sebaik sahaja Nadrah masuk ke dalam kamar mandi, Umairah menoleh ke arah Aryana. Mereka saling tersenyum. Kelakar! Tulah, bercinta tak ingat dunia kan dah kena!

UNIMAP. Mungkin agak terpencil dan jauh dan nampak tak menarik tapi pelajar-pelajar perempuan di situ semua comel comel belaka. Kemas berbaju kurung. Semua nampak genius. Tak silap, inilah U penyanyi Ainan tasneem tu dulu kan? Patutlah Ainan tasneem pun lawa! Mata Mikhail meliar di seluruh kawasan cafe. Nuqman menyiku.
"Kau jangan buat hal lagi Mikha.."
Pesan Nuqman.
"Rilex laa bro.. Cuci mata sikit.."
Balas Mikhail.
Pusingan pertama baru sahaja selesai. Peringkat saringan. Mereka berjaya ke peringkat seterusnya dan akan menentang USM keesokan hari. Petang ni mereka berehat dahulu. Simpan tenaga untuk esok.

Rabu. Macam biasa. Syuhara akan ke tempat persembunyiannya. Mengintai Abang Suksinya. Safiyya dah kahwin? Aku.... Mikhail? Tapi Mikhail tu.. Entahlah aku pun confuse. Mikhail atau Abang Suksis ni? Ikutkan hati, aku lagi suka kat Abang Suksis ni tapi kan.. Aku rasa Mikhail lagi ikhlas dengan aku.. Eh... Apa benda yang kau berangan ni Syuha? Sebab orang dah kahwin, kawan dah kahwin, kau pun sibuk nak cari boyfriend? Tapi tulah, tak pernah rasa suasana ni.. Dulu kat sekolah asik tengok kaum sejenis je. Syuhara bingkas bangun. Rasa macam orang gila pula duduk mengendap macam ni. Dia menoleh ke kiri. Satu notis yang ditampal pada dinding bangunan itu mencuri perhatiannya.

Let's join us for theater! Do you love acting? Do you want to be a princess? Let's attend the audition at 201t class at block D. Wednesday-Thursday, 2 p.m until 5 p.m.

Macam menarik ni.. Nak cubalah. Mana tau, bila aku berlakon kat atas pentas nanti, Abang suksis tu akan perasan kewujudan aku...

Umairah sedang bersiap-siap nak ke kelas petang itu. Nadrah menghampiri. Perlahan-lahan mengikat tali kasut bersebelahan Umairah. Umairah perasan tapi malas nak layan. Adalah tu benda yang di nak. Maklumlah dah takde kawan kan, dah kena tinggal boyfriend, menyendeng kat kita la pulak.
"Mairah... Jom pergi kelas sama.."
Ujar Nadrah mengekori Umairah yang meninggalkan kawasan bilik itu.
"Aik? Selama ni pergi dengan siapa? Selama ni aku sorang je takde pula yang ajak pergi sekali.."
Sengaja Umairah menyindir.
"Alaaa.. Jomlah.. Aku takde member..."
Tambah Nadrah. Umairah tidak memberikan jawapan. Sekadar mengangkat bahu. Itulah, bercinta tak ingat dunia, lupa kawan, lupa semua. Dah kena macam ni baru nampak fungsi kawan tu macam mana. Nadrah terkedek-kedek mengekori langkah kaki Umairah yang makin laju itu.

Emir mundar-mandir di hadapan Naufal dan Ziyad. Meletakkan jarinya di dagu. Ala-ala detektif yang sedang memikirkan dan menyelesaikan sesuatu misteri. Kepala Naufal dan Ziyad ke kiri dan ke kanan mengikut gerak tubuh Emir. Malam itu mereka membuat perbincangan di bilik tengah, bilik Ziyad dan Emir.
"Kau sure anak sedara dia?"
Soal Emir. Naufal mengangkat bahu kemudian menjawab,
"Entahlah.. Itu yang dia cakap.. Aku ye kan jelah.."
Balas Naufal.
"Aku tak rasa.. Dia ada sembunyikan sesuatu ni.. Aku rasa betullah dia jual baby.."
Emir membuat andaian.
"Eh.. Tak baiklah Mir.. Kita kena husnudzon..."
Naufal menyangkal.
"Dia memang aneh.. Selalu hilang macam tu je.. Kita pun tak tau asal usul dia.. Boleh jadi dia tu seorang yang wanted tapi kita tak boleh buat andaian sendiri.. Tak baik kita bersangka buruk.. "
Ziyad pula membuat spekulasi. Bukan main lagi mereka bergosip dan berbincang tentang Izzaq di kamar tengah itu. Tadi Izzaq sedang lena di bilik. Naufal terus menerjah bilik tengah itu, menceritakan tentang kejadian tengahari tadi. Jaga-jaga, tengah asyik diaorang bergosip tu.. Diaorang taktau Izzaq tengah pasang telinga kat luar bilik. Sedang mereka membuat spekulasi masing-masing, Izzaq menolak daun pintu perlahan-lahan. Ketiga-tiga jejaka di dalam kamar itu terperanjat. Ziyad mengetap bibir sambil matanya terbuntang luas, Naufal blur sambil melopong, Emir pula terkedip-kedip matanya melihat Izzaq berdiri tegak di hadapan pintu.
"Korang.........."
Izzaq melangkah masuk ke dalam kamar........
Naufal, Ziyad dan Emir saling berpandangan. Alamak!! Tapi.... Tadi bukan kategori mengumpat kan?....

Budak DegreeWhere stories live. Discover now