"Man.. Awak tak boleh main last game ni.."
Nuqman melopong. Kenapa pula? I am the main kot dalam team ni. Mana boleh takde aku. Aku still kena main juga. Mana boleh macam ni!
"Kenapa pula Cik Azrai.. Mana boleh, saya nak main.."
Protes Nuqman.
"Awak injured Man.. Awak kena rehat. Nanti kaki awak makin teruk. Nanti kena extend sem pula. Awak nak grad lambat?"
Jelas Encik Azrai. Nuqman tidak menjawab. Terus pergi meninggalkan pasukannya. Merajuklah kononnya. Dah tak boleh nak main nak buat macam mana kan! Mikhail bangun, berlari anak mengejar Nuqman.
"Man.. Tunggu.. Tunggu laa kejap.."
Mikhail mengejar. Nuqman yang jalan terjengkot-jengkot itu memberhentikan langkahnya. Jalan pun dah macam ketam, ada hati nak main juga perlawan akhir. Menempah maut betul Nuqman ni!
"Beb.. Kau rehat.. Kau jalan pun dah tak betul. Jangan risaulah aku kan ada. Kau yakin jelah dengan team kita.. Tak payah nak paksa diri sangat.."
Nasihat Mikhail. Nuqman sekadar diam. Kecewa tidak dapat beraksi pada perlawanan terakhir.Dari tadi Nurani tak berhenti-henti bercakap. Dekat setengah jam jugalah dia bebel. Semua cadangan dia yang keluarkan. Bukan orang lain taknak bagi cadangan tapi asik dia je yang bercakap dari tadi, takde ruang langsung orang lain nak bercakap. Adrina baru nak buka mulut, Nurani pintas. Ziyad bagi cadangan, Nurani tak setuju. Lufti pula malas nak masuk campur kalau dah macam tu gayanya. Nampaknya macam kena ikut cakap dia sorang je.
"Okey, so kira semua setuju la kan.. Kita buat site visit kat kampung.. Tengok cara kehidupan orang kampung.. Kita analisiskan dengan kehidupan di bandar.. More to budaya hidup.."
Nurani membuat keputusan. Ziyad, Adrina dan Lufti saling berpandangan. Eh.. Kitaorang takde bagi kata putus pun pandai-pandai dia je bagi keputusan.
"Okey, so minggu depan bolehlah start pergi site visit. Disebabkan aku dah bagi cadangan and banyaaaaakkkkk sangat idea.. So korang lah yang kena pergi site.."
Sekali lagi Ziyad, Adrina dan Lutfi berpandangan. Ooo.. Patutlah dari tadi dia je yang bersuara. Nak mengelat rupanya.
"Okey. Got to go.."
Nurani terus blah macam tu je. Patutlah takde member! Macam ni perangai dia rupanya!
"Menyesal do aku ambil dia satu group dengan aku!!"
Ziyad mendengus.
"Kau laa Ed.. Setuju buat apa.."
Lufti memuncung ke arah Adrina.
"Manalah aku tau. Tengok muka macam okey je.. So kita bertiga lah ni kena pergi site.."
Balas Adrina.
"Aku tak janji, aku ada program wei minggu depan.."
Lufti mengangkat tangan.
"Lahh mana boleh macam tu.. Takkan aku berdua je dengan Ed?"
Ziyad mendengus sekali lagi.
"Tak.. Tengoklah dulu., aku nak skip pun tak boleh, aku jawatan paling tinggi kot. Macam ni kalau aku tak dapat ikut, biar report aku yang settle.."
Lufti bagi cadangan.
"Susahlah satu group orang macam ni.. Balik tidur lagi bagus.. Yad, nanti hallo hallo laa aku nak pergi site.. Nak cari sewa kereta ke apa ke.."
Adrina bingkas bangun. Bukan merajuk, bukan marah tapi malas nak panjang panjang cerita. Banyak mulut pun setiap orang pasti dengan pendirian masing-masing. Malas nak paksa. Lebih baik jalankan tugas sampai siap. Kalau buat hal sangat, bagitau je Prof. Haslinda diaorang tak buat kerja. Apa susah.
"Aku pun nak blah dulu ni.. Junior ada interview untuk join kelab aku.. Choww dulu bro.."
Lufti turut berlalu pergi. Sorang macam tu, sorang macam ni.. Pening aku.. Ziyad menggeleng kepala.Sembilan puluh minit telah tamat. Kedua-dua pasukan masih dengan mata yang sama. Kosong kosong. Bersaing dengan team hebat ni memang susah nak menang. UPM. Universiti ni memang susah nak dikalahkan. Power dia tahap Cristiano Ronaldo. Nuqman di tepi padang, duduk di kerusi simpanan dengan penuh kehampaan. Nak sangat main. Tapi keadaan kaki tak mengizinkan. Kesian tengok rakan sepasukan bersusah payah, bertungkung lumus. Perlawan di heret ke masa tambahan. Tamat masa tambahan masih juga tiada jaringan daripada kedua-dua belah pasukan. Penentuan pemenang bagi acara bola sepak sukan IPTA diteruskan dengan sepakan penalti dan pemenangnya adalah..........
Buku Tips Mendapatkan Cinta Jejaka disimpan rapi ke dalam beg. Umairah menolak daun pintu. Menyarung kasutnya. Hari ni pakai sandal malas nak pakai sneaker. Lagi pun, Umairah ke kampus bukan ada kelas, saja nak jumpa Encik Hadif. Ketika dalam perjalanan menuju ke bilik Encik Hadif, Umairah bertembung dengan Emir dari arah bertentangan. Emir dari mana?
"Hai Cik Umairah.. Nak ke mana?"
Soal Emir.
"Bilik Cik Hadif laa.. Kenapa?"
Balas Umairah.
"Better tak payah kot.. Dia tengah busy dengan kekasih dia.."
Apa yang Emir maksudkan. Kening Umairah berkerut.
"Dia bawa girlfriend kat bilik dia?"
Soal Umairah yang masih tak mengerti. Emir menjawab dengan gelengan kepala.
"Habis tu?"
Soal Umairah lagi, tak puas hati.
"Pergilah tengok sendiri.. Nanti kalau rasa nak nangis, jangan lupa cari saya.. Bahu saya sentiasa ada untuk awak.."
Arghh! Bermadah pula Emir kat sini. Orang cuma nak tau siapa kekasih Encik Hadif. Umairah hiraukan saja kata-kata puitis Emir itu. Dia terus menapak menuju ke bilik Encik Hadif. Dia memasang telinga dahulu sebelum mengetuk pintu. Mendekatkan telinganya di pintu. Terdengar suara ketawa dari dua orang yang berbeza. Tapi tak dengar suara perempuan pun. Hish pelik lah... Siapa sebenarnya yang Emir maksudkan ni? Ke dia sengaja nak bagi aku jelaous. Yelah, aku kan tak layan dia. Raligh Umairah mencuri dengar, tubuhnya hampir terjatuh apabila pintu bilik dikuak. Cepat cepat dia cover dengan berdiri tegak.
"Eh.. Umairah... Awak buat apa depan bilik saya?"
Umairah terkebil-kebil. Alamak.....

ANDA SEDANG MEMBACA
Budak Degree
AcakIni bukan kisah cinta semata-mata. Ini kisah suka duka mencapai segulung ijazah. Kisah pahit duka pengalaman demi segulung ijazah. Kisah kawan-kawan, pensyarah yang tak semuanya indah. Kisah-kisah yang tak serupa dan berbeza latar belakangnya. Nuqma...