Bab 26

158 15 3
                                    

Lega rasanya. Akhirnya tamat kem dan tak lami lagi bertauliahlah mereka. Di dalam bas, Emir mengambil tempat di belakang Umairah. Lagipun Umairah duduk sendirian. Biasalah, Umairah tidak suka serabutkan kepalanya dengan kerenah manusia.
"beb..aku nak tanya sikit boleh?"
Emir mengetuk-ngetuk kerusi Umairah. Umairah yang baru sahaja hendak lena, berdecit.
"apa lagi kau nak..."
Soal Umairah.
"Apsal kau baca buku tips mendapatkan cinta jejaka tu? Kau nak ngorat siapa?"
Dia ingat pula pasal buku tu. Ingatkan dah lupa. Ligat otak Umairah memikirkan penipuan.
"Kau nak tackle lecturer kunyit tu ye.."
Emir ketawa berdekah. Eh, eh mamat ni aku tembak juga kepala kau. Nasib baik takde pistol je.
"Dah aku nak tido.."
Umairah malas melayan. Nada ketawa Emir semakin perlahan tetapi masih lagi mengejek.
"Tapi.. jangan bagitau orang, kalau ada yang tau memang kau sorang je yang bocor rahsia.. awas kau.."
Tambah Umairah sambil memberi pandangan maut. Dia menoleh semula ke hadapan mengambil posisi selesa untuk melelapkan mata.

Beria betul ayah salam dengan diaorang ni. Baru kenal semalam tapi bukan main dia punya akrab tu. Adrina perhatikan saja ayah beria-ria melambaikan tangan ke arah Nuqman yang baru sahaja beransur pergi menaiki bas. Setengah jam lagi Nazrin dan Ziyad pula yang akan berangkat.
"Bagus budak Nuqman ni.. berkenan ayah.."
Ujar Encik Rizal melambai sehingga Nuqman hilang dari pandangan. Nazrin menoleh ke arah Ziyad. Arghh sudah berkenan kat Nuqman pula. Yang berkenan kat anak pakcik ni haa Ziyad ni bukan Nuqman. Janganlah berkenan kat Nuqman!
"Ish ayah ni.. ibu lagi berkenan dengan yang ni haa.. diam je senyum je.."
Puan Dahlia pula menyampuk. Puan Dahlia menuding ke arah Ziyad. Padahal dia taktau Ziyad kuat membebel  kalah perempuan! Yes ada backup. Bisik hati Ziyad. Nazrin menoleh lagi. Fuhhh nasib baik.
"Ayah berkenan yang tu ibu berkenan yang ni tapi semua Ed tak berkenan.."
Kuang kuang kuang.. empunya badan sudah bersuara. Nazrin mengurut perlahan bahu Ziyad.

Nurani pulang dari kedai telefon bimbit. Membeli nombor baru. Hari ini dia memakai kebaya hijau pula. Panas panas macam ni dia berkebaya. Mungkin terlebih belajar tu yang tak berapa betul. Dia membuka galeri telefon bimbitnya. Penuh dengan gambar Nadrah yang dicuri dari akaun instagram Nadrah. Nadrah memang suka berkongsi gambar hariannya di akaun instagramnya. Nurani memilih satu gambar menekan butang hantar. Kepada Izzaq. Dengan kapsyen, sayang buat apa tu..

Lufti melihat Syuhara berlegar-legar di kawasan pondok belajar. Lutfi menghampiri. Aik? awal balik? Haaa ni calon terbaik untuk aku ajak join program aku.
"Syuhara kan? Kawan Nuqman? Nuqman housemate Ziyad?"
Soal Lufti. Syuhara mengangguk. Terkenal juga aku ek, sebab ada orang tau nama. Hihihihi. Syuhara ketawa kecil di dalam hati.
"Awal balik cuti?"
Lufti memulakan ayat-ayat pembukaan untuk menjemput menyertai programnya.
"Duduk rumah assigment tak jalan.. kat sini ada wifi boleh pergi perpustakaan cari rujukan kan.."
Syuhara memberi alasan.
"Haaa kalau macam tu apa kata, Sabtu ni join program saya.. kat Cameron Highland tau bukan biasa biasa.. Program Warisan bersama orang asli.. nak tak? Ada satu je lagi kekosongan.."
Lufti sudah mula mengumpan untuk mempengaruhi Syuhara menyertai programnya. Syuhara berfikir sebentar.
"emm bolehlah.."
Syuhara membuat keputusan"
"Cantik! Bagi nama, no matrik and no fon.."
Lufti menghulurkan buku hikmatnya yang memang akan dibawanya ke mana sahaja. Segala tugasan dicatit ke dalam buku nota kecil itu.

Izzaq terperanjat. Aik bila masa pula Nadrah ada nombor aku ni? Mampos aku kalau Safiyya tau ni. Cepat cepat Izzaq memadam whatsapp dari Nadrah a.k.a Nurani itu. Tak pasal pasal Nadrah yang jadi mangsa.
"aik, kenapa tu nampak gelabah je?"
Soal Safiyya yang sedang menyusukan Izzah diribanya itu.
"Tak saya lupa nak siapkan assigment prof Haidar.. dia tu dah laa garang.. buka sem ni dia suruh hantar terus.."
Izzaq mencari helah. Safiyya tidak berkata apa-apa. Nampaknya dia percaya dengan helah itu.

Nampaknya rezeki Naufal hanya di peringkat separuh akhir sahaja. Naufal tidak dapat melanjutkan perjuangannya ke peringkat akhir. Namun Naufal pulang dengan penuh bangga. Dapat membawa nama Universitinya walaupun bukan sebuah U hebat seperti USIM dan UIA. Mungkin Allah surub habiskan belajar dulu. InshaAllah. Dakwahku takkan berhenti di sini! Semangat! Naufal bersalaman dengan peserta lain. Bye Dai. Ada rezeki bersua lagi!

Aik? Tak balas? Tapi dah bluetick. Apa kata kalau aku call. Eh.. tak boleh nanti kantoilah bukan suara Nadrah. Macam mana ye.. Otak Nurani ligat berfikir. Bengang rasanya, apabila Izzaq tidak membalas whatsapp yang dihantar. Arghh! Call jelah. Kalau bini dia angkat lagi bagus. Nama Izzaq terpampang di skrin telefon bimbit. Nurani menekan butang call. Tak guna! Kau block nombor aku! Bertambah geram Nurani dibuatnya apabila Izzaq menyekat nombor telefonnya. Takpe kau tunggu...

Telefon bimbit Syuhara berdering berulang kali. Panggilan dari Paktam tidak dihiraukan. Mesti Paktam mengamuk aku blah macam tu je tak bagitau dia. Telefonnya tak berhenti-henti berdering. Kali ini Syuhara mengambil keputusan untuk menjawab.
"Kau kenapa balik tak bagitau aku dulu!!!"
Belum sempat Syuhara menjawab Paktamnya sudah menjerkah terlebih dahulu.
"Sorry Paktam, ada program pula tiba tiba tu yang Syuha rushing tu... Okeylah Syuha banyak kerja nanti.. Assalammualaikum Paktam.."
Syuhara terus mematikan panggilan. Tidak mahu berbual panjang dengan Paktamnya yang seorang itu. Bingit telinga.

Ziyad menyusun pakaian ke dalam beg. Esok sudah mahu pulang ke U semula. Cuti semester sudah habis. Maka bermulalah semeseter baru. Surat berhenti yang diambilnya sebelum pulang bercuti ditenung lama. Patut ke tak? Betul ke keputusan aku ni?.. Sebenarnya... Ziyad...

Budak DegreeWhere stories live. Discover now