Tujuh
Ridza membuka kain ikatan pada mata Nadrah. Sebaik sahaja melihat belon-belon, teddy bear dan kek di hadapannya, Nadrah terlopong. Tak sangka dapat kejutan seperti itu. Selalu tengok dalam instagram je.
"Aaa so sweet, thanks sayang.."
Ujar Nadrah.
"You are welcome baby, selamat ulangtahun ke 21.."
Ridza menarik kerusi mempersilakan Nadrah duduk. Nadrah duduk lalu meniup lilin kek di hadapannya.Jam menunjukkan tepat pukul sebelas tengah malam. Umairah sudah mulai naik marah. Belon yang ditiup dari petang tadi hampir mengecut. Kek juga hampir cair. Adrina pula sudah hampir satu jam tertidur. Aryana masih setia menunggu di hadapan pintu bilik.
"Maira, kau dah cakap belum balik sebelum pukul sepuluh.."
Aryana mendengus.
"Aku dah cakap.. Seriously aku dah cakap. Biasalah beb, kalau dah dengan boyfriend, mana nak ingat kawan-kawan.."
Umairah menarik lengan Aryana masuk ke dalam bilik. Pintu bilik ditutup.
"Dah kita kemas, kita tidur.. Esok kelas pagi.."
Umairah mencabut ucapan happy birthday yang dilekatkan di dinding itu. Gambar-gambar yang dicuci yang ditampal di dinding juga turut ditanggalkan.
"Tapi..."
Belum sempat Aryana berkata-kata laju Umairah memintas.
"Kita tak penting pun untuk dia.. Baik kita tidur, tengok Ed, relax je tidur.. Dah kemas, tidur.."
Aryana mencebik lalu mengikuti sahaja arahan Umairah itu.Petikan gitar Nazrin memecah hening sunyi. Sayu suaranya mendendangkan lagu HidayahMu nyanyian asal Ippo Hafiz itu. Teringatkan kampung. Ibunya lumpuh. Ayahnya membanting tulang bertani pagi dan petang. Adik perempuannya masih bersekolah, menguruskan segalanya. Kesian, Nazirah. Sudahlah hendak SPM, terpaksa bekerja pula pada sebelah malam. Terdetik di hati Nazrin hendak berhenti belajar dan menyara sahaja keluarganya di kampung. Petikan gitarnya terhenti. Termenung sejenak dia ke kampungnya di Tanah Merah, Kelantan. Hendak menelefon ke kampung, adik dan ayahnya tidak mempunyai telefon. Lamunannya terhenti apabila Nuqman yang disangkakan sudah tidur memecahkan ingatannya.
"Bro asal berhenti nyanyi? Aku dah nak lena dah dengar kau nyanyi tadi.. Teruskan bro.. Keep it up!!"
Bicara Nuqman.
Nazrin menggeleng kepala, tersengih melihat gelagat Nuqman itu. Dia tidak menunaikan permintaan Nuqman itu malah terus termangu. Aku kena cari kerja ni, duit simpanan aku time kerja dulu pun dah nak habis.Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, Nadrah terperanjat melihat kek yang hampir cair, belon-belon yang sudah mengecil, gambar-gambarnya bertaburan di atas meja belajar Umairah. Dia melihat jam di tangan. Tepat pukul dua belas setengah malam. Nadrah mula berasa serba-salah. Rakan sebiliknya sudah tidur. Dia memandang sorang demi sorang. Mesti diaorang tunggu lama kan? Aduhhhh Araaa!! Patutlah Umairah beria suruh balik awal.
Safiyya menggeleng kepala melihat rakan sebiliknya itu. Bukan main lagi. Sejak akhir-akhirnya, dress up kalah artis. Make-up tak usah dicakap, berinci-inci. Minyak wangi pula, kalau boleh, sebotol disembur.
"Orang lain Angau juga, taklah teruk macam ni.."
Safiyya menggeleng.
"Aku tak pernah rasa macam ni tau Ya.. Ni first time.."
Balas Syuhara dengan senyuman lebar.
"Alah.. Duniawi je semua ni, kalau kau dah nikah baru kau tau, cinta lepas nikah tu lagi indah.."
Bicara Safiyya.
"Taktau lah sebab aku tak nikah lagi.. Dah la nak pergi kelas.."
Syuhara menapak keluar dari bilik sambil menyanyi girang. Gembira betul!Pagi itu, Umairah, Adrina dan Aryana bersiap-siap hendak ke kelas. Nadrah yang tiada kelas pagi pada hari itu, sekadar melihat mereka bersiap sambil duduk di atas katilnya, memeluk teddy bear yang diberikan oleh Ridza. Nadrah mengetap bibirnya, berkerut-kerut dahinya. Mahu meminta maaf tetapi tidak tahu bagaimana caranya. Dia bingkas bangun menuju ke arah mereka.
"Korang terima kasih.. Sorry balik lewat semalam.."
Ujarnya.
Umairah dan Adrina tidak memandang dan terus mencapai beg dan buku berlalu keluar dari bilik.
"Habiskan kek tu.."
Bisik Aryana yang sedang menyusun buku ke dalam begnya.
"Yana.. Korang marah aku ke?"
Soal Nadrah.
"Kau rasa?.."
Nadrah mengangkat bahu.
"Dah laa aku dah lewat. Habiskan kek! Kalau tak lalu nak habiskan, kongsilah dengan Abang Ridza.."
Aryana melemparkan senyuman lebar dan terus berlalu keluar dari bilik.Ziyad dan Lufti menghampiri Adrina yang masam mencuka itu. Ziyad dan Lufti saling berpandangan. Cuba mengusik Adrina.
"Apa?! Aku takde mood ni jangan sibuk.."
Soal Adrina.
"Uuu bulan merah ke?"
Soal Lufti.
Ziyad menyiku laju.
"Takyah sibuklah.."
Balas Adrina, malas melayan.
"Kalau ada masalah kongsi jelah dengan kami ni. Mana tau boleh hilang masalah, boleh lega, boleh senyum balik muka tu, kalau dipendam lagi sakit.."
Bicara Ziyad.
"Kau ingat sweet cakap macam ni?"
Adrina sengih sinis.
"Hello.. Aku ni bukan nak bersweet dengan kau.. Aku ikhlas je nak dengar, kau ni cepat perasan kan.. Eeee please.."
Balas Ziyad.
"Haaaa eloklah korang berdua, elok sangat.. Mula-mula suruh share story lepastu gaduh lepastu kahwin.."
Kata Lufti.
"Eee tak kuasalah.."
Adrina mencebik.
Suasana senyap apabila Puan Aisyah melangkah masuk ke dalam kelas.Nuqman hairan melihat Syuhara yang berjalan menuju ke arahnya. Dia memandang Mikhail. Mikhail tersengih-sengih. Eeee jangan cakap dia dah dapat tackle perempuan ni. Nuqman kenal sangat dengan perangai Mikhail itu. Mereka kenal sejak zaman sekolah lagi. Mikhail tidak pernah setia dengan cinta. Selalunya ada sesuatu yang diinginkan jika dia mula rapatkan diri dengan mana-mana perempuan.
"Syuhara nak bagi ni.. Kuih ni sedap, jual kat depan hostel.. Tiap pagi Syuhara mesti beli. Ni teringat kat Mikha tu Syuhara belikan.."
Ujar Syuhara malu-malu.
"Yeke? Terima kasih Syuhara..duduklah dulu.."
Mikhail senyum. Senyuman buaya!
"Emmmm...aaaa.. Syuhara ada kelas ni.."
Syuhara tidak biasa. Terpaksa berbohong yang dia hendak ke kelas. Tidak baisa duduk semeja dengan lelaki.
"Takpelah macam tu.. Pergilah kelas nanti lewat pulak.."
Balas Mikhail.
Syuhara mengangguk dan terus mengatur langkah kakinya. Sebaik sahaja Syuhara hilang dari pandangan, Nuqman memandang ke arah Mikhail.
"Asal pandang aku cemtu?"
Soal Mikhail.
"Berapa kali aku nak pesan, jangan kacau perempuan naif macam tu.. Apa agenda kau ni? Kau jangan buat hal lagilah, jangan malukan aku. Cukuplah kau buat hal dengan Emir.."
Bebel Nuqman. Mikhail sekadar membalas dengan senyuman sinis.
"Bro makanlah kuih ni.. Aku tak selera... Eee kuih mana tah.."
Mikhail menghulurkan plastik berisi kuih itu kepada Nuqman.
"Tengok tu.. Kau ni.. Orang dah bagi.."
"Orang dah bagi kau makanlah.."
Nuqman menggeleng kepala sambil membuka plastik melihat kuih-kuih yang dibeli oleh Syuhara itu. Fuhhh sedap. Karipap sardin. Dia mencapai satu dan menyuap ke dalam mulutnya.
"Haaa ni aku punya, kau tengok je.. Tak payah minta satu pun.."
Nuqman mengunyah dengan nikmatnya. Berharap Mikhail cemburu.
"Tak hadap bro.."
Mikhail ketawa kecil. Nuqman menggelengkan kepala.
"Taknak sudah.."
Ujar Nuqman.
YOU ARE READING
Budak Degree
RandomIni bukan kisah cinta semata-mata. Ini kisah suka duka mencapai segulung ijazah. Kisah pahit duka pengalaman demi segulung ijazah. Kisah kawan-kawan, pensyarah yang tak semuanya indah. Kisah-kisah yang tak serupa dan berbeza latar belakangnya. Nuqma...