Alamak! Macam mana aku boleh lupa pakai aku matrik datang kampus ni? Matilah nak kalau jaga nampak ni. Habislah duit aku kena denda. Aku harap jaga tak nampak. Bismillah... Emir berjalan perlahan masuk ke dalam kawasan kampus. Memegang buku dan ditekapkan di dada. Satu cara paling efektif nak sorok kawasan dada yang tak tergantung kad matrik tu. Tiba-tiba pakcik jaga tu menegur. Aduhh.. Spoil!
"Buku apa tu? Boleh pakcik tengok?"
Soal pakcik jaga dalam lingkungan umur 50-an itu. Emir yang sengal tu pun pergi hulurkan buku yang dipegangnya kepada pakcik itu. Memang terbongakrlah rahsia dia. Pakcik itu menyengih.
"Pakcik dah agak dah.. Patutlah cara kamu pegang buku pun pelik.."
Ujar pakcik jaga itu.
"Alaaa pakcik.. Saya lupa.. Alaa baru sekali ni je saya tak pakai kad matrik.. Tak payahlah denda.. Saya orang jauh pakcik.. Mana ada duit nak bayar denda denda ni.."
Rayu Emir. Pakcik itu menyengih lagi. Menepuk bahu Emir.
"Peraturan tetap peraturan nak.."
Balas pakcik itu lalu mencapai pen dan buku catatannya. Emir... Redha. Dah masuk Universitikan, didik lah diri tu untuk sentiasa berdisiplin. Kalau tak mendapat lah. Cuma selalunya bila universiti tengah takde duit diaorang buatlah aktiviti mendenda macam ni. Kadang-kadang tu elok je berlegar tak pakai kad matrik. Huh.Pementasan Teater Tanah Melayu sedang rancak berlangsung. Nampak jugaklah fungsi Syuhara kat atas pentas tu walaupun hanya sepotong skrip sahaja yang diutarakan. Syuhara kat atas tu bukannya fokus sangat dengan lakonannya. Dia sibuk melihat ke arah penonton di bawah. Kalau kalau Emir ada datang. Dia nampak Safiyya seorang diri macam tak ada perasan je tengok teater. Safiyya bukan suka layan hiburan macam tu walaupun hiburkan berbentuk ilmiah. Dia lagi suka duduk rumah baca buku. Hampa. Kelibat Emir tak nampak langsung. Sedihlah macam ni. Pementasan dah nak habis pun. Mungkin Emir tak minat kot benda benda macam ni. Arghh sudahlah nak move on!
Mikhail. Mikhail. Mikhail. Itulah nama yang menerjah cuping telinga Nuqman berkali kali. Mana sebenarnya mamat Mikhail ni? Boleh tak muncul dan jangan menyusahkan aku. Rimas kot ramai orang tanya pasal kau. Kalau kau berhenti cakap berhenti. Ini, dah nak habis sem pun kau tak muncul muncul. Nasib baik game dah habis tau. Sukan IPT pun dah habis. Kalau tak, memang naya. Satu hal sebab kau yang paling Power dalam team kita. Aku call tak dapat. Aku bukak Facebook kau dah deactive. Semua tempat aku jejak kau tapi kau tak ada. Sebenarnya kenapalah dengan si Mikhail ni. Runsing aku.
"Man.. Cuti semester dah nak dekat ni, kalau awak balik kampung dan jumpa Mikhail, tolong suruh dia contact saya. Dia tak jawab exam, dia tak siapkan assignment, sedangkan nama dia masih aktif sebagai student di universiti ini.."
Ujar Dr.Aliyah, penasihat akademik Nuqman dan Mikhail. Nuqman sekadar mengangguk. Sebenarnya dia dah bosan dengan ungkapan seperti itu. Arghh siaplah kau Mikhail! Aku jumpa kau kat kampung aku basuh kau cukup cukup!Cuti semester dah nak dekat. Masing-masing dah plan nak balik kampung. Aryana plan nak tunang dengan buah hati kesayangannya. Adrina plan nak tidur je kat rumah. Safiyya dan Izzaq mestilah pulang ke kampung jenguk anak. Syuhara.. Dia masih dengan angan-angan dia. Nanti jumpa lelaki lain dekat kampung, mulalah berubah hati. Umairah dah Emir tak dapat balik cuti lama sebab ada program suksis. Naufal ada program dekat sekolah lama. Nuqman katanya nak habiskan masa layan game bola. Nazrin nak buat part time kat kampung pula. Cari duit lebih. Ziyad... Ada sesuatu yang Ziyad bagitau kat kawan serumahnya itu dan membuatkan mereka terperanjat besar. Bukan senang Ziyad nak mengaku macam tu...
"Aku rasa aku dah jatuh cinta...."
YOU ARE READING
Budak Degree
RandomIni bukan kisah cinta semata-mata. Ini kisah suka duka mencapai segulung ijazah. Kisah pahit duka pengalaman demi segulung ijazah. Kisah kawan-kawan, pensyarah yang tak semuanya indah. Kisah-kisah yang tak serupa dan berbeza latar belakangnya. Nuqma...