Perlahan-lahan Izzaq melangkah kaki menuju ke arah Ziyad, Naufal dan Emir. Naufal menelan air liur. Emir mengetap bibir. Ziyad masih cool. Izzaq duduk di atas katil, bersebelahan Naufal. Memandang mereka seorang demi seorang.
"So.. Selama ni korang memang curious laa pasal aku?"
Soal Izzaq. Nah! First time dengar suara Izzaq dan first time Izzaq bersuara dulu sebelum ditanya. Ziyad, Emir dan Naufal saling berpandangan. Terkebil-kebil.
"Aku sebenarnya.. Dah kahwin..."
Melopong Ziyad, Emir dan Naufal mendengar penjelasan Izzaq itu. Jadi, baby yang Izzaq dukung tu.....
"Naufal.. Baby haritu anak aku.. Perempuan tu pula isteri aku. Dia memang student kat sini juga. Nama dia Safiyya.. Budak law.."
Tambah Izzaq lagi, tidak mahu rakan-rakannya itu salah faham.
"Aku selalu takde kat rumah sebab aku gilir-gilir dengan isteri aku jaga baby.. Macam tak sopan pula, tinggalkan kat kampung dengan mak ayah je kan.."
Tambah Izzaq lagi.
"Apa nama baby kau?"
Soal Ziyad.
"Izzah Syafinaz.."
Mereka bertiga mengangguk tanda mengerti.
"Korang janganlah salah faham lagi.. Takde apa-apa pun. Aku cuma taknak susahkan korang je.. Aku tak suka sangat share hal peribadi aku.. Sekarang korang dah tau kan.. So.. Ya.. Buat macam biasa jelah.."
Ujar Izzaq dengan senyuman.
"Eh.. Zaq.. Aku teringin jugak nak jumpa baby kau.. Bawa la jumpa nanti.."
Kata Emir.
"Boleh.. Boleh., nanti aku bawa korang jumpa baby aku dengan mak dia sekali.."
Izzaq terus bangun dan menapak keluar dari kamar itu. Mereka bertiga saling berpandangan dan berbisik antara satu sama lain. Kahwin? Mati-mati ingat sindiket jual baby. Betullah cakap Naufal kita kena sentiasa husnudzon. Tak baik bersangka buruk dengan orang!Permainan berbaki lima minit saja lagi. Penentuan untuk ke peringkat akhir. Pasukan Universiti yang diwakili Nuqman dan Mikhail itu sedang berentap dengan Universiti paling popular, Uitm. Kedudukan sekarang adalah seri satu sama. Jika salah satu pasukan dapat menjaringkan gol, maka pasukan itu layak untuk ke peringkat akhir. Bola sedang dibawa oleh ketua pasukan, Irwan. Irwan selaku pemain tengah membawa bola dan disepak kepada Mikhail. Mikhail tidak berjaya menggelecek kerana ditolak oleh pihak lawan. Nuqman berlari laju merampas semula bola. Mikhail bangun semula, berlari mengiringi Nuqman. Nuqman berjaya membawa bola ke hadapan kotak penalti dan disepak kepada Mikhail yang sudah menunggu di dalam kotak penalti. Bola diangkat menuju ke arah kepala Mikhail. Mikhail sedikit melompat. Menanduk bola di hadapan gawang gol dan akhirnya...... Gol!!!!!!! Mikhail berlari memeluk Nuqman dan rakan pasukan yang lain. Meraikan gol. Bola kembali di tengah. Setelah pihak lawan mula menyepak, wisel penamat pun berbunyi. Mikhail, Nuqman dan rakan sepasukan bersuara, meraikan kemenangan yang membawa mereka ke perlawanan akhir, esok hari.
Alamak. Berdebarlah pula rasa. Semua Power Power semula cantik-cantik. Aku muka macam potato je. Apa patut aku balik je? Tapi giliran aku dah tak lama. Alahhhh... Apa benda yang kau buat ni Syuhara. Kau suka cari pasal sendiri kan? Aduh... Syuhara tak senang duduk melihat pesaing-pesaing yang turut hadir dalam ujibakat teater itu. Balik jelah.. Balik ke tak? Balik? Tak? Susahnya nak buat keputusan.. Balik jelah sebelum nama aku kena panggil.. Baru sahaja Syuhara mengangkat punggung, namanya dipanggil.
"Nur Syuhara Binti Saiful.."
Perlahan-lahan Syuhara menoleh ke arah pelajar yang bertugas itu sambil sengih kambing. Dia mengangkat tangannya.
"Saya...."
Syuhara berjalan masuk ke dalam kelas itu. Dia menepuk dahinya. Mengomel-ngomel sendirian.Umairah menanti Aryana yang sedap bersiap-siap itu. Nak pergi makan tengahari pun lilit-lilit tudung. Umairah simple saja. Bertudung sarung je. Orang cantik, bolehlah pakai tudung sarung macam tu. Nampak lawa. Aryana berkulit kuning langsat, bersih dan licin tapi dia lebih suka lilit shawl daripada pakai bawal. Katanya pakai tudung bawal susah. Padahal pakai shawl ni pun dekat setengah jam Umairah menunggu. Adrina macam biasalah, tengah lena. Awal-awal lagi dia dah isi perut. Balik je makan tengahari terus terbongkang atas katil. Nadrah yang baru sahaja keluar memerut dari dalam tandas, melihat mereka berdua.
"Korang nak lunch ek? Nak ikut.."
Ujar Nadrah.
"Haaa aku bagi masa lima minit je lagi... Lambat aku tinggal.. Perut dah berbunyi dah ni..."
Ujar Umairah yang sedang menanti di hadapan pintu bilik. Cepat-cepat Nadrah bersiap-siap. Menepek bedak di wajah, calit sedikit gincu dibibir.Pelik juga Nazrin, pulang-pulang saja ke asrama, rakan serumahnya itu sedang berbual dengan ngilaian gelak tawa di ruang tamu. Ziyad.. Emir.. Naufal.. Tak hairanlah. Tapi.. Izzaq pun join sekali? Sejak bila Izzaq ramah macam ni? Sejak bila Izzaq mula bergaul dengan orang?
"Yien.. Rindunya kat kau.."
Naufal bangun, menyambut kepulangan Nazrin. Nazrin sekadar mengangguk sambil sengih. Masih tertanya-tanya dengan keanehan yang sedang berlaku sekarang.
"Tau takpe.. Sunyi giler bilik hujung kau dengan Man takde..."
Tambah Emir.
"Hai Izzaq.. Wujud pula?"
Sengaja Nazrin menegur. Ingin memastikan itu adalah Izzaq yang sebenar-benarnya, bukan makhluk yang tidak diundang.
"Yelah.. Aku laa ni.."
Izzaq menyengih.
"Yien.. Kitaorang dah save the date nak jumpa baby Izzaq dengan wife dia.. Lepas Nuqman balik.."
Ujar Ziyad. Nazrin melopong. Baby? Wife? Apa semua ni? Aku tak faham. Aku balik kampung, macam-macam hal yang jadi ye...Lelaki dan lelaki berpegangan tangan. Tak ke pelik tu? Kalau bangla, itu normal lah. Diaorang kan memang caring each other. Sebab tu ramai wanita Melayu terpikat. Yang peliknya sekarang ni, yang berpegangan tangan dan lalu depan mata ni lelaki Melayu. Bukan main sweet lagi. Siap tarikan kerusi. Siapa yang pakwe siapa yang makwe ni? Alolololo. Come on la, dah pupus ke wanita dalam dunia ni sampai nak bercinta sesama kaum? Umairah, Nadrah dan Aryana memerhatikan sahaja pasangan manis di hadapan mereka itu. Sebaik sahaja pasangan itu duduk, biji mata Umairah bagaikan nak tercabut. Biar betul! Encik Hadif?!!
"Weh.. Maira.. Kau okey tak ni?"
Soal Aryana sebaik sahaja menyedari kelakuan pelik Umairah itu. Umairah sekadar menggeleng. Mulalah otaknya ligat berfikir. Encik Hadif? Takkan Encik Hadif kunyit? Why?! No! Haaa yes! That boy! Yang dalam frame atas meja Encik Hadif tu kan? Arghh. Encik Hadif memang sweet kot kan? Mana tau itu adik dia, kawan dia.. Jangan fikir bukan-bukanlah Umairah.. Teruskan misi kau!Macam tak percaya. Syuhara dapat pegang watak utama.. Punya kawan. Bolehlah. Daripada takde. At least aku mencuba. Pementasan akan berlangsung sebulan lagi. Kena practise awal-awal ni. Syuhara berjalan menuju ke kamarnya. Sebaik sahaja masuk ke dalam kamar, dia hairan melihat Safiyya resah sambil menggenggam telefon bimbitnya.
"Kau kenapa ni Ya..?"
Soal Syuhara.
"Husband aku.. Nak bawa aku dengan Izzah jumpa housemate dia sebab dia baru je bagitau housemate dia pasal kitaorang.."
Balas Safiyya. Dahi Syuhara berkerut tak faham.
"Kau teman aku Syuha.. Kan kau juga yang nak tau siapa husband aku.. Aku tak biasa sorang-sorang dengan ramai-ramai lelaki macam tu.."
Kata Safiyya.
"Bila? Kat mana?"
Soal Syuhara.
"Hujung minggu ni.. Kat tasik hujung U.."
"Kenapa tak esok je., esok aku takde kelas.. Kau pun kan?"
"Esok diaorang ada kelas.."
"Maksud kau... Husband kau student sini ke?"
"Emm.. Nanti kau kenallah.. Teman aku eh.."
"Yelah.. Btw, aku dapat teater tu..."
"Seriously? Jadi apa?"
Maka, berlarutanlah perbualan mereka petang itu.Hari ni rasa rajin pula nak pergi kelas. Bukan atas alasan rajin, tapi ini kelas Prof Haslinda. Gila kalau tak pergi. Nak tempah maut? Awal Adrina masuk ke kelas. Macam biasalah duduk dengan Lufti dengan Ziyad. Mana ada siapa nak kawan dengan dia. Bukan takde siapa tapi pelajar lain tak sedar pun kewujudan dia yang kadang-kadang ada kadang-kadang takde tu.
"Ini tugasan group yang terakhir untuk sem ni. Tugasan ni memerlukan awak semua untuk ke site. Keluar dan cari bahan. Satu group lima orang, jangan lebih. Saya bagi masa dua minggu untuk selesaikan tugasan ini. Selepas awak pilih ahli group, hantar nama ahli group di atas meja saya.. Itu sahaja kelas untuk hari ini.."
Prof.Haslinda terus menapak keluar dari kelas. Macam tulah cara Prof. Haslinda. Dia mengajar, dia bagi tugasan, dia terus blah.
"Kita macam biasalah.. Aku, kau.. Ed.."
Ujar Lufti menuding ke arah Ziyad. Ziyad okey je. Lagi pun dia dah selesa bekerja dengan Adrina. Nampak je kuat tidur dan jarang pergi kelas tapi kerja dia semua tiptop, so Ziyad takde hal.
"Okey je.. Lagi dua orang?"
Balas Ziyad. Masing-masing menoleh ke kiri dan ke kanan. Kawan-kawan lain sibuk cari ahli kumpulan. Seorang gadis berperwatakan skema menghampiri mereka. Berkaca mata besar, tudung bawal tutup dahi dan berbaju kurung. Tertera namanya pada kad matrik yang tergantung di leher, Nurani Aulia Binti Mohd Azrin. Ohhh... Dia ni memang selalu nampak dia. Selalu masuk kelas awal, lepak library sorang-sorang, makan sorang-sorang macam takde kawan. Nak kata tak cantik, cantik je cuma skema sikit la, mungkin sebab tu orang taknak kawan dengan dia kot.
"Boleh join korang?"
Soalnya, menolak sedikit kaca matanya ke atas. Lufti, Ziyad dan Adrina saling berpandangan.
"Boleh je.."
Balas Adrina.
"Thanks..."
Nurani menyengih, menampakkan pendakap giginya.
YOU ARE READING
Budak Degree
RandomIni bukan kisah cinta semata-mata. Ini kisah suka duka mencapai segulung ijazah. Kisah pahit duka pengalaman demi segulung ijazah. Kisah kawan-kawan, pensyarah yang tak semuanya indah. Kisah-kisah yang tak serupa dan berbeza latar belakangnya. Nuqma...