Majlis pentauliahan berjalan dengan lancar. Emir melihat Umairah sedang sibuk bergambar dengan ahli keluarganya. Emir senyum nakal. Inilah masanya. Perlahan-lahan Emir mengatur langkah menghampiri.
"Pakcik..."
Emir menghulurkan tangan bersalaman. Salamnya disambut oleh Encik Kamaruddin. Tangan mereka bertaut. Umairah sudah menarik wajah menyampah. Eh mamat ni... kau amik kesempatan pula..
"Saya kawan Umairah.. sajalah nak kenal dengan pakcik kan.."
Ujar Emir sambil mengerling ke arah Umairah yang sedang mengerutkan dahi itu.
"Oh.. apa namanya?"
Soal Encik Kamaruddin.
"Panggil je Emir..Jomlah kita gambar sekali.."
Balas Emir sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Selesai berswafoto bersama, Umairah memanggil Emir ke tepi kawasan lapang itu. Ada sesuatu hendak diperkatakan.
"Kau apa hal.. smooth sangat buat baik dengan bapak aku ajak selfie laa apa laa.. family kau mana? Pergilah ajak family kau selfie!"
Bicara Umairah. Emir balas dengan senyuman.
"Ada.. tapi tak dapat datang.. Ayah aku tenat, mak aku jaga.. so aku memang sorang-sorang je hari ni walaupun mak aku nak sangat tengok aku tauliah, habis ni dia nak sangat aku jadi polis tapi takpelah kan tumpang selfie dengan family orang pun okey kan.."
Emir terus berlalu. Mengatur langkah dengan senyuman. Bukan apa, takutlah jatuh air mata depan Umairah tak macholah! Umairah terkedu. Alamak! Macam dah salah cakap ni. Aduh serba salahlah pula. Umairah menepuk dahi.Cameron Highlands. Wow! Dah lama tak pergi sini. Entahlah bila last pergi pun tak ingat. Syuhara seperti rusa masuk kampung. Sibuk melihat ke kiri dan kanan. Mereka tiba dia perkampungan orang asli. Mereka ditugaskan untuk membuat dokumentari tentang warisan orang asli dan akan dijadikan sebuah buku dan akan diterbitkan oleh Universiti mereka. Syuhara ditugaskan untuk mengambil gambar. Lufti pula menemu ramah setiap penduduk. Karung pula mencatat dan mencatit setiap maklumat. Ahli-ahli yang lain turut menjalankan tugasan masing-masing.
Ziyad mengisi borang berhenti Universiti. Sayang rasanya nak tinggalkan kawan-kawan nak tinggalkan pelajaran dan ilmu yang dikejar selama ini tetapi Ziyad mendapat rezeki yang lebih baik dan sayang sekiranya dilepaskan begitu sahaja. Kawan-kawan tak tahu lagi ni. Bila aku patut bagitau diaorang ek.. Ziyad masih teragak-agak untuk meneruskan pengisian borang.
Hari ini hari terakhir Nazrin bekerja. Gaji selama satu bulan cukup untuk dijadikan bekalan menampung serba sedikit perbelanjaannya di Universiti nanti. Tak lama lagi semester baru akan bermula.
********************************
Semester baru telah bermula. Masing-masing sudah pulang ke sarang tetapi hairan Emir melihat Ziyad. Takkanlah Ziyad masuk sem bawa sikit je barang? Lepastu Ziyad kemas semua barang-barang dia kat rumah sewa ni. Semester baru ini mereka menyewa di luar dan tidak lagi duduk di bawah universiti.
"bro.. asal kau bukan macam nak masuk sem tapi macam nak balik pulak ni siap packing barang?"
Soal Emir hairan. Rumah teres yang disewa mereka itu mempunyai tiga buah bilik. Bilik pertama yang sedikit besar penghuninya ialah Nuqman, Nazrin dan Naufal, bilik tengah Emir dan Ziyad manakala bilik belakang dijadikan bilik solat. Izzaq semester ini menyewa di luar bersama dengan isterinya Safiyya. Mereka membawa Izzah bersama dan berjanji bergilir-gilir untuk menjaga anak dan ke kelas. Mereka sudah susun jadual mengikut kesesuaian.
"Beb dah lama aku nak bagitau benda ni tapi tulah aku masih berfikir lagi masa tu tapi sekarang aku dah buat keputusan.. aku akan berhenti.."
Balas Ziyad. Emir bagaikan tidak percaya biar betul tapi kenapa?
"Kenapa beb? kau dapat kerja ke? kau tak boleh nak continue ke?"
Soal Emir lagi mahukan kepastian.
"Aku dapat SPA wei.. pegawai kastam.. sayang kan kalau aku tolak.."
Balas Ziyad.
"Seriuslah.. aku bangga dengan kau wei.. tapi nanti kau janganlah lupakan kitaorang.."
"Seriuslah bro.. mana boleh aku lupa kome kome semua.."
Senpat Ziyad berseloroh.Adrina masuk ke dalam hostel baru. Tingkat empat bilik nombor 17. Siapalah agaknya roommate dia untuk semester ini. Kali ini dia dapat bilik berdua tidak seperti semester lepas iaitu bilik berempat. Tombol pintu dipusing. Sepantas kilat Adrina menoleh mahu melihat gerangan rakan sebiliknya. Adrina melemparkan senyuman. Oh no! Minah psiko ni! Senyuman Adrina bertukar kelat. Menepuk dahi. Apa malang nasibku ini.
"Hei.. Ed.. tak sangka kita sebilik sem ni..."
Nurani menyapa.
"sangat tak sangka.."
Aduhhhh. Kenapalah aku jumpa kau lagi... Adrina mendengus di dalam hati.Aryana masuk ke dalam bilik. Hmm semester ni dapat bilik berdua. Nampak gaya roommate aku dah masuk dulu ni tapi mana dia? Barang-barang dah susun cantik. Katil pun dia dah cop. Aryana mengeluarkan barang-barang dari dalam bagasinya, sedia untuk mengemas.
Malam itu, Nuqman, Nazrin, Ziyad, Izzaq, Naufal dan Emir meraikan perpisahan Ziyad di restoran steamboat. Mereka sedih bercampur gembira. Gembira melihat rakan mereka berjaya mendapatkan pekerjaan tetap lebih awal. Rezeki yang sudah tertulis.
"Bro.. nanti aku mesti rindu gila nak dengar kau bebel macam mak mak tau.."
Ujar Nuqman sambil mencebik.
"Aku pun mesti rindu gila beb.. nanti jangan lupa kami tau.."
Tambah Naufal.
"Don't worry la aku takkan lupa korang punya.. promise.."
Ziyad ketawa mengangkat tangan.
"Tapi kan amanlah hidup aku lepas ni takdelah telinga ni bernanah dengar kau bebel.."
Nazrin berseloroh.
"Ooo kau.. nanti kalau kau whatsapp aku rindu ke apa.. aku block kau.."
Ziyad memberi amaran disusuli ketawa diikuti yang lain.
"Aku jarang ada kat hostel so aku tau kenangan kita tak banyak cuma aku harap kau ingatlah aku yang misteri ni. "
Izzaq yang dari tadi diam kini bersuara.
"Jangan risau.. muka sorang-sorang ni aku ingat semua.. walaupun nak mual tengok muka korang ni.."
Ziyad gurau kasar disusuli dekahan.
"Amboiiii kau aku handsome tau.."
Bantah Nazrin menyisir rambutnya menggunakan jari.
"Aku yang iras iras david beckham ni kau kata mual kalau tengok.."
Nuqman pula meninggi diri.
"Eh tapi kan beb.. Adrina macam mana?"
Tiba-tiba Emir bertanyakan soalan cepumas. Kenapa dengan Adrina? Perbualan terus menjadi senyap dan serius....

ANDA SEDANG MEMBACA
Budak Degree
RandomIni bukan kisah cinta semata-mata. Ini kisah suka duka mencapai segulung ijazah. Kisah pahit duka pengalaman demi segulung ijazah. Kisah kawan-kawan, pensyarah yang tak semuanya indah. Kisah-kisah yang tak serupa dan berbeza latar belakangnya. Nuqma...