1

10K 276 72
                                    

Danish's P.O.V;

PADA mulanya, aku tak ambil peduli apabila Cikgu Lim melangkah masuk ke dalan kelas bersama seorang pelajar lelaki yang tidak familiar mukanya. Rakan-rakan sekelas aku yang pada mulanya riuh dengan gelak ketawa terdiam saat melihat panorama di depan mereka.

"Bangun!" Ketua kelas mula bersuara. Kami semua menurut arahan. "Selamat pagi cikgu," sambungnya dengan lantang.

"Selamat pagi, cikgu!"

Cikgu Lim mengangguk. "Ya, ya selamat pagi. Baik you all semua boleh duduk di tempat masing-masing and senyap," arahnya dengan suara lemah gemalai. Sebelum dengan lenggang lenggok menghampiri kerusi guru lalu melabuhkan punggungnya di situ.

Cikgu Lim memang lembut orangnya. Kadang ada juga pelajar-pelajar lelaki mengusik kerana kelembutannya itu tapi Cikgu Lim layankan saja. Ada juga gosip mengatakan Cikgu Lim gay lepas tu ada hubungan sulit dengan pengetua kerana tahun ini dia baru dinaikkan pangkat sebagai cikgu panitia matematik.

Tapi, itu cuma gosip.

Aku yang duduk di belakang sekali, berseorangan, menongkat dagu memandang pelajar lelaki yang berdiri di depan kelas bersama senyuman tenang bergayutan di bibirnya. Sesekali aku jeling beberapa pelajar perempuan kelas aku berbisik gedik akan rupa pelajar lelaki itu.

"Hari ni kita ada pelajar baru ya kelas. Cikgu harap you all boleh membimbing rakan baru you all ni dan jangan lupa berbaik dengan dia dan memberi contoh kepadanya akan budaya sekolah kita," ujar Cikgu Lim panjang lebar sambil mengilat kukunya.

"Beres cikgu!" sahut kebanyakan pelajar lelaki dan pelajar perempuan kelas 4-AB sambil tersenyum mesra dan tawa riang.

Cikgu Lim menoleh ke arah pelajar baru yang masih tersenyum tenang itu seraya menurunkan sedikit spek matanya lalu berkata, "Introduce yourself please."

Pelajar baru itu tersentak. "Oh okay." Dia mula menarik nafas...

"Hai, nama saya Alex Lee, baru saja berpindah ke sini sebab papa saya beli rumah baru berdekatan area sini. Saya harap we all can get along together in no time. Jangan risau saya juga peramah." Di akhir ayatnya, dia mengukir senyuman manis.

Kebanyakan rakan sekelas aku terdiam. Aku rasa mereka sedikit terkejut dengan kenyataan bahawa pelajar baru itu bukan melayu walaupun percakapannya 100% macam orang melayu. Tiada pelat cina langsung.

Namun tak lama kemudian mereka sedar semula lalu berkata dengan mesra, "Okey Alex!"

Okey, ingat tak ayat intro aku yang cakap 'memula aku tak ambil peduli' tu? Ternyata aku mula ambil peduli apa yang dia akan cakap sebab...

...aku langsung tak menjangkakannya.

"Oh, satu lagi! Saya ni... "

Mereka menanti dengan tanda tanya.

"...gay!"

Semua orang ternganga.

Kau pernah lalui tak satu saat tu, yang mana kau berada dalam keadaan yang sangat, sangat, sangat awkward?

Aku merasakannya. Di dalam atmosfera kelas ini. Penuh dengan aura kejanggalan. Rakan-rakan sekelas aku terpaku.

Cikgu Lim pula sudah luruh cermin matanya hingga ke hujung batang hidung sambil mulutnya ternganga luas.

Aku?

Aku rasa macam tak bernafas. Jantung aku berirama tak normal. Nadiku berentak laju.

Semuanya kerana pengakuan pelajar baru itu.

•●•●•●•

Imbas kembali...

"GAY! Jijik aku dengan kau!" sergah suara garau itu sebelum menolak aku sehingga aku tersandar ke loker.

Pang!!!

Aku mengaduh kesakitan kerana tolakannya itu sungguh kuat. Berterabur buku-buku yang kupeluk di dada sebentar tadi, berselerak di lantai. Aku menunduk namun aku dapat merasakan mata-mata yang memandangku, memandang dengan puas.

Dia mencekak kolar baju aku sehingga aku terpaksa mendonggak memandangnya. Mukanya yang sungguh kelakian itu dan fizikal atletnya agak mengentarkanku. Dia memandang aku dengan bengis. Macam nak telan.

"Lepas ni jangan kasi aku nampak kau lagi! Kalau tak... Siap kau, faggot!" amarannya sebelum menolak kepalaku sehingga aku tersungkur ke lantai. Dia dan rakan-rakannya bergelak sakan sebelum berlalu dari situ.

"Gay tak patut ada kat sekolah ni. Dia tak malu ke? "

"Geli aku tengok."

"Memang padan pun dia kena macam tu. Gay kut? Ahli neraka!"

Aku mengetap bibir yang bergetar.

Aku malu.

Aku sedih.

Aku stress.

Setiap hari macam ni, manusia normal mana boleh bertahan. Oh, aku lupa. Aku kan bukan normal. Aku gay. Aku faggot. Thats who I am.

Hmm. Terasa suam-suam pipiku dibasahi sesuatu. Aku menyentuhnya lalu memandang jariku yang kebasahan. Air mata.

Sudah nasibku bersekolah di sekolah penuh dengan streotaip ini. Aku--

"...boleh duduk di sebelah Danish."

Lamunanku berkecai, kembali ke alam realiti kerana terdengar namaku disebut. Terpinga-pinga aku. Jantung aku mengetuk-ngetuk dinding dada apabila melihat Alex berjalan dengan tenang menghampiriku.

Berdebar.

Aku cuba berlagak tenang apabila Alex melabuhkan punggung di sebelahku setelah melepaskan beg galasnya disandar ke belakang badan. Dia memandangku sambil tersenyum manis.

"Hi cutie," tegurnya mesra. Aku tergamam. Cutie?

"Ex-excuse me?" balasku tergagap-gagap sambil sesekali mengerling rakan-rakan sekelasku yang memandang kami.

Dia tiba-tiba saja mencubit pipiku.

"Not gonna lie, you're actually kinda cute!"

Aku menepis tangannya dengan pantas. Pipiku panas. Dia ni kenapa? Sudahlah mengaku gay di hari pertama persekolahannya di sekolah baru, lepas tu boleh pula buat aksi begini?

"Behave yourself," bisikku tegas tanpa memandangnya. Aku memegang pen lalu sambung membuat latihan yang belum siap di buku latihan matematikku. Tiada siapa tahu tanganku menggigil.

Alex menjeling tangan Danish yang sedikit gigil. Dia lalu menjeling reaksi muka Danish. Dia tertawa kecil. Niatnya pada mulanya hanya ingin mengusik sahaja. Tidak tahu bahawa Danish sebegitu pemalu.

Interesting...

•●•●•●•

...bersambung.

1+1Where stories live. Discover now