ALEX sedari tadi lebih banyak bercakap. Dia kelihatan teruja dan banyak menceritakan soal Isaac dan Danish kepada mereka berdua.
Isaac menggangguk-angguk dengan gembira mendengar penceritaan daripada teman lelakinya. Namun lain pula dengan Danish, dia sedaya upaya menyembunyikan gundah di wajahnya.
"Oh, Isaac. Danish ni kelakar tau orangnya walaupun pendiam," kata Alex.
"Really?" soal Isaac sambil memasang wajah teruja. Matanya sedikit dibesarkan sambil tersenyum lebar.
"Ya, dia-"
"I'm sorry," cantas Danish, tiba-tiba membuatkan Alex tidak sempat menoktahkan ayatnya.
Alex terdiam. Dia dan Isaac sama-sama memandang Danish dengan muka kehairanan.
"I really need to go to toilet. Korang sembanglah dulu," sambungnya, sempat menghadiahkan mereka senyuman nipis sebelum segera berlalu dari situ untuk ke tandas.
Alex menggangguk sebelum memandang Isaac dan berkata, "Anyways..." dan terus menyambung ceritanya.
Alex ternyata tidak menyedari tentang perubahan Danish. Isaac pula sesekali melihat ke arah pintu tandas kafe itu.
•●•●•●•
DANISH memandang refleksi dirinya dari dalam cermin tandas. Air liur ditelan. Panas muka yang baru dibasahkannya tadi.
Entah kenapa? Dia sendiri tidak pasti apakah yang dirasai olehnya ketika ini.
Marahkah? Sedihkah? Kecewakah?
Setelah dia sudah pasti akan perasaannya terhadap Alex dan segala layanan Alex terhadapnya selama ini yang membuatkan dia berasa Alex sukakannya juga ternyata...
...salah.
Salah sama sekali. Alex sudah ada teman lelaki. Teman lelaki yang tak pernah diceritakannya walaupun sekali! Danish mengetap bibir. Geram juga apabila diingatkan.
Kalau Alex beritahunya awal-awal bahawa dia sudah ada teman lelaki, sepastinya dia akan lebih berhati-hati daripada terus hanyut dengan perasaannya.
Matanya semakin memerah. Dia gelisah. Takut sekiranya dia akan menangis walhal Alex dan Isaac menunggunya di luar. Mereka tidak boleh melihatnya dalam keadaan sedang bersedih. Pasti mereka pelik.
Derap langkah seseorang yang semakin menghampiri menyentakkan Danish daripada monolog sendiri. Dia menoleh dan rasa terkejut merenjatnya dari dalam tatkala melihatkan ternyata Isaac yang semakin mendekati.
Dia cuma diam.
"I tahu," kata Isaac sambil tersenyum apabila sudah berdiri di sebelah Danish.
Danish mengambil masa beberapa saat sebelum respons dengan pertanyaan, "Tahu apa?" bersama kening yang dikerutkan.
Senyuman Isaac mati. Malahan kini mukanya serius. Dia mendecit kejengkelan sebelum jawap, "Jangan acah bodoh, bitch."
Danish sedikit terkejut apabila Isaac tiba-tiba berubah karakter. Tambahan pula ayat diungkapkan oleh Isaac kedengaran kasar.
Tidak seperti mula-mula dengan Alex tadi. Isaac kelihatan seorang yang tidak lokek dengan senyuman dan bahasa yang digunakan juga tidak sekesat ini.
"I really don't know what are you talking about," ujar Danish.
"I really don't know bla bla..." Isaac mengajuk kata-kata Danish dengan gaya jelik. Menunjukkan dia benar-benar menyampah dengan Danish.
Danish menelan air liur lagi. Dia rasa dia tak patut berada di sini lagi. Lagi-lagi bersama Isaac yang sebegini. Dia harus keluar dan meminta diri dari Alex untuk balik. Ya, dia boleh beri beberapa alasan.
YOU ARE READING
1+1
Romance"Oh, dan saya ni gay!" Alex; baru hari pertamanya di sekolah sudah mengaku dia seorang gay di depan semua orang. Danish yang menyimpan rahsia besar mula resah dengan kehadiran Alex. Sampai bila dia boleh menyimpan rahsia itu? Dan apa akan terjadi ap...