10

3.4K 180 57
                                    

"DIA blah macam tu je," kata Faisal seraya menyuapkan nasi goreng kantin RM3.50 ke dalam mulutnya.

"Kau tengok tak muka dia?" tanya Azri sebelum menyambung, "Nampak macam panik dan gelisah. Macam penjenayah kena soal siasat pulak," lalu mencapai ayam goreng yang dibelinya di kantin lantas digigit dan dikunyah.

Syarif dan Wafiq mengangguk-angguk. Setuju dengan kata-kata Azri. Perangai Danish memang tak bisa diduga.

Walaupun sudah setahun bersekolah di sini, mereka masih tidak mengenali Danish sepenuhnya. Semuanya kerana personaliti Danish yang misteri dan suka menyendiri.

Kejadian Danish tiba-tiba angkat kaki dan berlari entah ke mana sebentar tadi betul-betul mengundang seribu satu pertanyaan di dalam kepala mereka.

Semuanya kerana Alex tiba-tiba menanyakan Danish sesuatu dan kelihatan dirinya tiba-tiba gelisah dan tak tentu arah.

"Tapi..." Wafiq tiba-tiba buka mulut.

Tiga pasang mata memandangnya, menantikan ayat seterusnya yang akan meluncur keluar dari bibir Wafiq yang berminyak itu kerana baru mengunyah sesuap mi goreng.

"...tak ke lebih pelik kalau tiba-tiba Danish bercakap tadi? Maksud aku, korang tau kan dia tu macam mana. Tahun lepas boleh kira dengan jari je berapa kali dia bercakap," sambung Wafiq lalu menyuap lagi mi goreng ke dalam mulutnya.

"Aku setuju. Tapi yang lebih pelik sekarang ni, nampak macam Danish selesa dengan Alex kan?" Syarif pula berkata sambil mengerling angka di jam tangannya. Lagi sepuluh minit nak habis rehat. Kenapa kejap sangat masa rehat ni, haih, keluh hati kecilnya.

"Haah, dalam sekolah ni Alex jelah yang aku pernah tengok Danish bercakap. Malah macam Alex cakap tadi, diorang pergi sekolah bersama pagi tadi?" respons Azri dengan muka separa bingung.

"Tapi kenapa dengan Alex je dia rapat? Takkan hanya sebab mereka berdua duduk sekali?" Faisal menyoal sebelum menambah, "Korang ingat tak Zack yang duduk dengan Danish tahun lepas mintak tukar tempat sebab stress dengan Danish yang macam 'batu' tuh. Senyap sangat."

"At last, takde sapa pun nak duduk dengan Danish kan. Tapi tahun ni berbeza, aku tak tahu jampi apa Alex hembus dekat Danish sampai Danish boleh bagi banyak respons dekat Alex. Dia nampak macam macam manusia normal dengan Alex. Dengan kita macam orang asing," ujar Syarif panjang lebar.

"Pastu dia..." Azri cuba menyampuk.

"Ehem."

Mereka semua tersentak dari terus berbincang berkenaan Danish apabila terdengar seseorang sedang berdehem di tepi meja mereka. Mereka lantas menoleh ke arah punca suara itu. Terkejut bukan kepalang apabila ternyata Danish yang berdehem tadi.

Sejak bila pula dia berdiri di situ?

Danish pula sedang menelan air liur sambil mengepal kedua belah tangannya. Dia cuba mengumpul serpihan kekuatan yang berkecai sebentar tadi lalu mencantumnya menjadi satu agar dapat mendorongnya melahirkan keberanian di dalam diri.

"T-tadi aku tiba-tiba blah macam tu je..." Dia berkata perlahan. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa dia berdebar ketika ini. Lagi-lagi apabila empat pasang mata itu menikam-nikam dan menembusi jasadnya.

Mereka berempat mendiamkan diri. Bersabar menanti ayat sambungan daripada Danish. Dalam masa yang sama mereka berasa janggal di dalam situasi ini. Mungkin kerana mereka baru berbincang tentang Danish.

"Mesti korang pelik dengan aku. Em.." Danish menghentikan ayatnya sebelum sesaat kemudian dia kembali menyambung, "Jadi aku nak mintak maaf sebab buat macam tu. Macam tak sopan pulak kan."

Mereka masih diam. Tidak tahu hendak balas apa. Jelas kelihatan bagai Danish begitu gementar di saat ini.

"Itu jelah aku nak cakap..." kata Danish sambil memandang mereka berempat dengan rasa gemuruh yang menggegarkan tangkai jantungnya.

Apabila kebisuan mereka tetap menjadi respons kepada kata-katanya, Danish bertindak meminta diri, "Aku pergi dulu," lalu berlalu dari situ.

Tiga saat kemudian, mereka berempat ternganga kecil lalu memandang sama sendiri sebelum menjerit serentak, "Danish bercakap dengan kita!"

Akibat daripada jeritan mereka berempat, kebanyakan pelajar yang makan di kantin itu senyap sambil memandang mereka dengan muka pelik. Termasuklah mak cik - mak cik kantin sekali.

Azri, Faisal, Wafiq dan Syarif hanya tersenggih-senggih umpama memohon maaf atas perbuatan mereka.

Keadaan hanya kembali normal beberapa saat kemudian.

"Kejap, korang rasa dia dengar tak apa yang kita cakap?" tanya Syarif tiba-tiba.

Mereka masing-masing membatukan diri kerana tidak punya jawapan kepada soalan yang satu itu.

•●•●•●•

ALEX yang berdiri sambil menyandarkan badannya di pohon jambu sekolah tersedar dari lamunan apabila melihatkan Danish menghampirinya.

Dia yang sedari tadi membiarkan kedua belah tangan ke dalam kocek seluar segera mengeluarkan tangannya lalu mendekati Danish.

Dia memegang bahu Danish sebelum menyoal, "Kau dah cakap dengan diorang?" tanya Alex dengan risau. Risau kerana dia tak tahu adakah Danish mampu bercakap sendirian dengan mereka.

Lagi-lagi apabila melihatkan tindakan Danish yang melarikan diri tadi. Jadi dia cuba memujuk Danish agar membiarkan dirinya menemani Danish namun dia menolak pelawaan tersebut.

Danish yang berketinggian 165cm sedikit mendonggak memandang Alex yang berketinggian 178cm itu sambil tersenyum dan menjawab, "Dah!"

"Oh okay..."

Alex terdiam sebelum kembali menarik tangannya lalu memasukkan ke dalam kocek seluar.

"Kau tau, aku rasa lega lepas cakap dengan diorang. Kalau tidak aku akan rasa bersalah," ujar Danish lalu ketawa kecil.

Alex mengangguk-angguk lantas tersenyum lalu menggosok kepala Danish sambil berkata, "Good for you."

Danish terkaget dengan perbuatan Alex. Hatinya tiba-tiba berdebar dan pipinya panas. Dia dengan segera menepis tangan Alex di atas kepalanya.

"Stop doing that," pintanya ringkas lalu melontarkan pandangan ke arah lain.

Alex cuma tersenyum dengan reaksi Danish. Entah kenapa dia berasakan Danish kelihatan comel.

Danish pula terasa janggal. Secara jujurnya dia berasa perasaan aneh apabila Alex berbuat begitu. Kenapa dia merasakan perasaan sebegitu?

"Em, library?" tanya Alex, tidak mahu kesenyapan antara mereka terus berlanjutan.

"Okey."

Mereka berdua lalu berjalan bersama.

•●•●•●•

...bersambung.

1+1Where stories live. Discover now