17

2.8K 168 33
                                    

Syazreena P.O.V

AKU memerhati Danish dari jauh yang sedang 'berurusan' dengan Akmal dan rakan-rakannya bersama senyuman sinis. Sesekali aku tertawa kecil. Seronok melihat Danish diperlakukan sedemikian rupa.

Selepas khabar angin tetang Danish tersebar mengenai surat yang aku tulis untuk Akmal kononnya daripada Danish itu, ramai orang mula mengeji Danish kerana mereka mempercayai apa yang berlaku.

Aku pula mengambil peluang dengan menokok tambah fasal kehidupan Danish. Aku siap tipu yang dia ada menaruh perasaan dekat salah seorang rakan sekelas aku dan ingin melakukan hubungan seksual dengannya serta bermacam lagi cerita yang aku reka.

Mereka mempercayai aku kerana aku rapat dengan Danish. Lagi seronok apabila gosip tentang Danish cepat tersebar. Ramai membencinya kerana gay dan bersikap jijik - berpunca dari aku sepastinya - mereka semua sentiasa menanti untuk membuli Danish agar dia mengenal apa itu pengajaran.

Aku rasa puas.

Aku rasa puas tengok Danish menderita kerana seksualitinya sendiri. Kesakitan yang pernah bertapak di hati aku semakin pudar setelah diganti dengan kesakitan Danish.

Setiap hari Danish dibuli. Bukan saja dari kelasnya sendiri namun kelas lain. Secara ringkasnya, sekolah ini adalah neraka buatnya. Tiada tempat selamat untuknya di mana-mana.

Aku nak tengok sejauh mana dia boleh bertahan.

Ketika aku sibuk memerhatikannya, ternyata Danish tersedar akan kehadiran aku. Dia secara cepat-cepat mengemaskan buku-bukunya lalu menapak dengan pantas ke arah aku.

"Reena, we need to talk," katanya dengan nada serius setelah sudah berdiri di depan aku.

Aku dengan segera menjauhkan diri.

"Stay away from me! Aku tak kawan dengan gay jijik macam kau," kataku tanpa belas kasihan sambil melihat Danish atas bawah. "And one more thing, don't you even dare call me by only my nickname like we're so close cause the truth is, aku tak kawan dengan orang macam kau," sambungku.

Danish mengetap bibir, kelihatan matanya bagai berkaca.

"Aku tak percaya ayat ni keluar dari Reena yang sentiasa bersama dengan aku dulu. Reena yang aku kawan dari tadika. Reena yang..."

Pang!!!

Aku menamparnya sebelum dia sempat menghabiskan ayatnya.

"Aku dah cakap jangan panggil aku Reena kan!!" tengkingku membuatkan orang yang berada di sekitar kami terdiam dan saling berpandang dan berbisik.

Dia memegang pipinya sambil melihat aku dengan terkejut. Puas hati aku. Entah kenapa aku rasa aku akan lebih seronok kalau orang yang aku tampar itu adalah papaku.

"Listen here, pathetic faggot, malam ni kat Pink Cafe, pukul 8. Malam ni last aku akan ajak jumpa kau dan bercakap. I will tell you everything!" kataku lalu meninggalkannya keseorangan.

•●•●•●•

"DIA bagitau aku segalanya. Pasal papanya. Pasal perasaannya kat aku. Pasal kenapa dia buat semua tu kat aku," kata Danish di dalam talian telefon itu. Suaranya mula serak dan sesekali dia akan tersedu-sedan.

Alex terdiam. Sebenarnya dia terkejut mendengar cerita Danish. Dia tak sangka Danish telah melalui fasa yang sangat menyeksakan di dalam hidupnya. Fasa yang membuatkan dirinya menjadi seorang yang tidak lagi mempercayai orang lain dan membina tembok di sekeliling agar orang lain tidak dapat masuk.

"Okeylah... Aku nak off."

Belum sempat Alex hendak membalas, panggilan terus ditamatkan.

Danish yang berada di atas katilnya terus menangis teresak-esak. Telefon pintarnya langsung dilempar ke tepi. Dia yang bersendirian di dalam kegelapan menangis keseorangan. Luka yang kembali segar di ingatannya amat memedihkan sekali.

Bukan mudah baginya untuk mengingati kembali memori pahit tersebut. Inikan pula menceritakan kembali segalanya. Namun entah kenapa untuk Alex dia bisa meluahkan segalanya.

Mungkin dia perlukan seorang pendengar dan dia sangat terdesak? Terdesak oleh emosinya sendiri. Sejujurnya dia berasa sedikit lega setelah menceritakan tentang masa silamnya kepada Alex. Dia berharap Alex dapat menyimpan rahsia tentang kisahnya itu.

Sehingga ke hari ini, Danish tidak pernah faham kenapa Syazreena sanggup memperlakukan dirinya sebegitu? Kenapa hanya kerana kesalahan ayahnya sendiri, orang seperti dia dipersalahkan? Seksualiti bukan satu pilihan. Danish tak pernah minta pun dilahirkan sebegini.

Namun jika Syazreena sememangnya mahu membencinya sehingga ke tahap itu, tiada apa yang Danish bisa lakukan. Walaupun perbuatan Syazreena sangat melampau, tapi nasi telah menjadi bubur. Semuanya Danish anggap sebagai masa silamnya yang gelap.

Kejadian di kompleks membeli-belah petang tadi kembali menggamit ingatan. Betapa menggigilnya Danish ketika itu hanya Tuhan yang tahu.  Berjumpa kembali dengan rakan-rakan sekelas yang pernah menghadiahkannya kehidupan neraka adalah perkara terakhir yang dia mahukan di dunia ini.

Dalam masa yang sama, Alex termenung di birai katilnya sendiri. Memikirkan soal Danish. Hatinya turut terluka saat mendengar segala yang diceritakan oleh Danish. Dia tak dapat bayangkan bagaimana seseorang boleh melalui kehidupan yang sebegitu.

Oleh sebab itulah personaliti Danish jadi seperti itu. Orang yang paling dia percaya telah menikamnya di belakang. Malah membuat perkara lagi teruk daripada itu.

Entah mengapa Alex menjadi geram pula. Kalau dia berjumpa sekali lagi dengan rakan-rakan sekelas Danish terutamanya Syazreena memang tahulah apa dia nak buat.

•●•●•●•

KEESOKAN harinya, Alex hanya keseorangan kerana Danish tidak hadir ke sekolah. Ketika dia sampai di rumah Danish tadi, ibunya beritahu bahawa Danish berasa tak sihat dan tidak mahu keluar bilik.

Entah mengapa Alex berasa sungguh risau dengan kondisi Danish. Adakah ada kena mengena dengan semalam? Alex terus tenggelam dalam monolog dalamannya.Dia langsung tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas kerana mindanya menerawang jauh di dalam kelas.

Petang itu, Alex mengambil keputusan untuk melawat Danish di rumah. Dia ingin tahu keadaan Danish. Setelah meminta kebenaran daripada ibu Danish, Alex naik ke tingkat atas untuk memeriksa Danish di dalam bilik.

Dia mengetuk pintu bilik sambil memanggil nama Danish namun tiada jawapan jadi dia mengambil keputusan untuk terus membuka pintu.

"Danish?"

•●•●•●•

...bersambung.

1+1Where stories live. Discover now