21

2.9K 183 17
                                    

Sedutan akhir bab 17;

MALAM itu Danish menceritakan segalanya. Bukan mudah baginya untuk mengingati kembali memori hitam tersebut. Inikan pula menceritakan kembali kisah lampaunya yang pahit. Namun entah kenapa untuk Alex dia bisa meluahkan segalanya.

Mungkin dia perlukan seorang pendengar dan dia sangat terdesak? Terdesak oleh emosinya sendiri. Sejujurnya dia berasa sedikit lega setelah menceritakan tentang masa silamnya kepada Alex. Dia berharap Alex dapat menyimpan rahsia tentang kisahnya itu.

Keesokan harinya, Alex hanya keseorangan kerana Danish tidak hadir ke sekolah. Ketika dia sampai di rumah Danish tadi, ibunya beritahu bahawa Danish berasa tak sihat dan tidak mahu keluar bilik.

Entah mengapa Alex berasa sungguh risau dengan kondisi Danish. Adakah ada kena mengena dengan semalam? Alex terus tenggelam dalam monolog dalamannya.Dia langsung tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas kerana mindanya menerawang jauh di dalam kelas.

Petang itu, Alex mengambil keputusan untuk melawat Danish di rumah. Dia ingin tahu keadaan Danish. Setelah meminta kebenaran daripada ibu Danish, Alex naik ke tingkat atas untuk memeriksa Danish di dalam bilik.

Dia mengetuk pintu bilik sambil memanggil nama Danish namun tiada jawapan jadi dia mengambil keputusan untuk terus membuka pintu.

"Danish?"

-

21

"DANISH?" Nama itu diseru Alex tatkala dia menolak daun pintu itu jauh ke dalam. Ruang di dalam bilik itu terlalu gelap buat matanya. Dia melangkahkan satu tapak ke dalam bilik yang gelap gelita itu.

"A-apa kau buat kat sini?" Dari dalam kegelapan itu, kedengaran Danish mengajukan persoalan dengan suara serak-serak basah. Daripada nada suaranya kelihatan seperti dia tidak menjangkakan kehadiran Alex di rumahnya.

Alex terdiam buat sejenak. Dia menggaru belakang kepalanya.

"Aku risaukan keadaan kau. That's why aku datang melawat..." Alex berhenti sejenak untuk menelan air liur. "Kau okey? " tanyanya selepas itu.

Danish tidak menjawab persoalannya; meninggalkan Alex dibelenggu kebuntuan seorang diri.

"Aku tak nak jumpa sesiapa sekarang ni. Balik jelah, Alex." Danish berkata; sudah seperti separa menghalau ayatnya yang ditujukan buat Alex.

Alex mengetap bibir. Dia cuba mengamati Danish dari dalam kegelapan namun kegelapan itu seperti menelan Danish sehingga membuatkan Alex sukar untuk melihatnya.

"Kenapa kau duduk dalam gelap ni? Kau perlukan cahaya matahari sikit," ujar Alex sudah melangkah beberapa tapak ke hadapan.

Danish cuma senyap. 

Alex menghampiri langsir lalu mencapainya.

"No!"

Alex terhenti perilakuannya, seraya menoleh ke arah punca suara Danish yang diyakini sedang berada di atas katil.

"Jangan selak langsir tu. I don't need that. Biarkan saja aku dalam kegelapan macam ni."

1+1Where stories live. Discover now