23

3.1K 197 99
                                    

Danish P.O.V;

"TAK mustahil kalau kau sebenarnya dah jatuh cinta dengan dia."

Pendapat yang dituturkan adik kembarku tidak henti-henti berputar di benak bagaikan kaset rosak. Pendapat itu jugalah membuatkan aku susah untuk melelapkan mata untuk beberapa hari ini.

Apakah betul apa yang diucapkan Daniel? Aku ni... dah jatuh cinta dengan seorang lelaki bernama Alex Lee kah? Aku menggeleng-gelengkan kepala. Mustahil, mustahil! Takkanlah aku dah sukakan dia hanya kerana dia melayaniku dengan baik dan mengambil berat soalku.

Tapi, kalau dah mimpi bukan-bukan dan ada ucapan 'I love you' bagai, tidakkah semua itu lebih mengukuhkan lagi pendapat Daniel? Aku mengeluh. Entah untuk ke berapa kali aku menghelakan keluhan. Aku pening.

'Apa lagi kau nak pening? Benda simple tapi kau saja buatkannya complicated,' kutuk hatiku dalam masa yang sama.

'Maksud kau apa?' Aku bersoal kepada hati sendiri.

'Aduh. Susah betul kan nak faham? Kau sebenarnya takut nak mengakui perkara tersebut sebab tu kau masih berteka-teki dalam diri.'

'Perkara apa?'

'Perkara mengenai perasaan sebenar kau pada Alex.'

'Perasaan sebenar... ' Aku yang duduk di tempatku, melontarkan pandangan mataku ke arah seseorang. Seseorang yang sejak kebelakangan ini menyuburkan satu perasaan aneh di kebun hatiku.

Dia yang sedang bergelak ketawa dengan rakan-rakan sekelasku di depan. Senyumannya yang lebar itu membuatkan matanya semakin sepet dan menyerlahkan gigi putihnya yang kemas tersusun. Rambut lurusnya digaya dengan kemas. Walaupun dia hanya beruniform sekolah, dia kelihatan sangat kacak di dalam pandanganku.

Mataku terbeliak. Ya Tuhan! Apa yang aku baru katakan? Kenapa aku boleh berfikir sampai sebegitu sekali mengenai Alex?! Apa yang berlaku kepada aku ini, Allah? Aku menggelengkan kepala untuk beberapa kali sambil sesekali meraup wajahku yang terasa semakin membahang.

Tapi kan...  Kalau diikutkan, dia memang kacak. Lagi sekali aku memandangnya. Bibirku yang terasa kering, diketap lembut. Tanganku ditongkat ke dagu sambil tidak sesaat pun mataku berkerdip daripada terus memerhatikannya.

Setiap bahasa tubuhnya membuatkan aku berasa tertarik. Dia bagaikan tidak putus menebarkan aura yang terisi karisma ke udara. Tanpa sedar, jiwaku langsung dipateri dan membuahkan satu perasaan yang selama ini tidak pernah kumimpi untuk bermukim di persada hati.

Alex secara tiba-tiba memandangku. Oh, tidak... Kantoi! Walaupun sudah terbongkar perilakuku yang sekian tadi memerhatikannya, aku tidak mampu untuk mengalihkan pandanganku ke arah lain. Aku tersentak, tapi masih lagi pandanganku statik ditanamkan ke figuranya.

Dia mengenyitkan sebelah matanya ke arahku.

Terus saja aku berasa seperti darah naik ke muka. Mungkin saja mukaku sudah memerah padam; bagaikan sebiji tomato. Bukan saja dia mengenyitkan matanya ke arahku namun dia turut mempersembahkan kepadaku senyumannya yang semanis gula-gula kapas. 

Sesak nafasku saat senyumannya itu telah menyebabkan hatiku dibanjiri perasaan yang sungguh aneh.

Dia tiba-tiba melangkah ke arahku. Setiap derap langkahnya membuatkan degupan jantungku semakin pantas berdetak. Resah gelisah menjentik-jentik tangkai jantungku saat menyedari dia menapak ke sini.

1+1Where stories live. Discover now