13

2.7K 174 20
                                    

ALEX menarik Danish sehingga sampai ke satu kerusi kayu panjang khas untuk orang yang penat berjalan di kompleks membeli-belah itu untuk melepaskan lelah. Alex memandang muka Danish yang murung itu. Matanya merah dan berkaca.

Danish menarik kembali tangannya yang dipegang oleh Alex. Alex tiada kata untuk diungkap. Dia tidak sedar dia memegang tangan Danish sedari tadi. Masih dia ingat betapa menggigilnya Danish di dalam pegangan tangannya.

Terlalu banyak emosi yang saling bergumpal di dalam raga Danish. Terlalu banyak memori pahit kembali berputar tayang. Terlalu banyak perkara yang perit menghentamnya di dinding perasaan. Terlalu banyak perkara yang dia ingin lupuskan dalam ingatan namun semuanya menikamnya dalam satu panahan.

Danish merenung lantai untuk beberapa detik. Alex masih membisu kerana akalnya mati untuk mengarangkan ayat.  Secara tiba-tiba bibir Danish bergetar secara maksima sebelum dia teriak kecil dan menekup mukanya selepas itu.

Dia yang sedikit membongkok ke bawah itu menangis dalam tekupan mukanya sambil bahunya terhinjut-hinjut. Orang yang lalu lalang menoleh dengan muka pelik terhadap mereka berdua.

Alex terkaget dengan tangisan Danish yang secara tiba-tiba itu langsung terus terkesima. Dia tidak tahu hendak berbuat apa. Dia lantas memegang belakang Danish sebelum menyeru namanya dengan teragak-agak, "D-Danish?"

Danish cuma membalas seruannya dalam nada esak tangisan yang sama. Danish tidak peduli akan reaksi orang yang lalu lalang dan memandangnya dengan aneh. Emosinya terlalu kritikal untuk memikirkan pandangan orang lain. Namun dia masih cuba mengawal esak tangisnya agar tidak terlalu kuat.

"Kau tunggu kejap," pinta Alex sebelum dia mula bangun dan berlari ke satu tempat. Dia menapak masuk ke dalam Guardian.

Danish pula masih hanyut di dalam tangisannya. Dia rasa sangat lemah sekarang ni. Dia tahu lelaki tak sepatutnya menangis di depan orang lain tapi ianya terlalu sukar untuk mengawal rasa yang berpusar di kolam jiwa raganya tika ini. Terlalu sukar untuk berlakon kuat.

Lagipun dia sudahpun menahan emosinya dari tadi. Cuma setelah mereka berdua duduk di sini, tembok pertahanan emosi Danish terus berkecai bagai dihentam dengan bebola besi gergasi. Dia tak boleh menahan segalanya.

Masa silamnya. Masa silamnya yang perit dan pahit terlalu tebal dan utuh untuk dihapuskan begitu saja. Impak yang ditinggalkan sangat mendalam dan menghantui dirinya sehingga ke hari ini. Mana mungkin dia mampu melupakan semuanya?

Air matanya membasahi muka dan tapak tangannya. Bibirnya yang bergetar dan memuntahkan esak tangis itu cuba diketap sekuat mungkin. Rentak tangisnya tidak putus-putus. Sesekali dia tersedu-sedan.

Kenapa?

Kenapa aku kena jumpa diorang lagi? Kenapa setelah sekian lama? Bukannya mudah untuk aku bina keyakinan diri setelah apa yang berlaku. Bukannya mudah untuk aku menyapu ubat di luka-luka yang masih segar darahnya di hati sebelum ini.

Kenapa diorang masih nak seksa aku lagi?

Apa dosa aku kat korang? Kenapa korang buat aku macam ni... lagi? Tak cukupkah kesakitan yang aku terima dulu? Namun seperti kebiasaannya, Danish akan terus tenggelam dalam persoalannya yang tak putus itu.

Sesaat kemudian, Alex kembali mendapatkan Danish. Dia mengambil tempat di sebelah Danish seperti sebentar tadi. Dia memandang Danish dengan air muka penuh simpati.

Dia tidak tahu apa yang betul-betul Danish rasakan. Tapi apa yang pasti dia tahu ada kena mengena dengan apa yang baru terjadi tadi. Ya,  semuanya ada kena mengena dengan kejadian tadi. Dia sangat pasti akan hal itu. Dia memandang Danish yang masih hanyut dalam esakan sendiri.

1+1Where stories live. Discover now