33

1K 57 2
                                    

JANTUNGNYA berdegup kencang. Dia yang berada di kerusi menunggu berasa berdebar sekali. Dia menunduk sambil menyatukan kedua tangannya sambil dalam hati sibuk berdoa.

Sesaat kemudian ada dua pasang derap kaki yang menghampirinya dengan tergesa-gesa. Dia mengangkat muka dan menoleh.

"Ini Daniel ke? Yang telefon tadi?" tanya seorang wanita yang seperti dalam usia 30 an itu dalam keadaan cemas. Di sebelah ada seorang lelaki yang sedang memegang bahu perempuan itu ibarat mahu menenangkannya.

Daniel yang gugup, terus berdiri dan mengangguk.

Dalam masa yang sama, fokus mereka teralih ke arah doktor yang baru keluar dari wad kecemasan. Doktor itu menghampiri mereka.

"Macam mana dengan keadaan anak saya, doktor?" tanya wanita itu tanpa berlengah masa.

"Alhamdulillah, anak puan dalam keadaan yang stabil. Dia bernasib baik kerana Daniel cepat bertindak. Kalau dia lambat beberapa minit, saya kesal mengatakan mungkin semuanya dah terlambat," jawab doktor tersebut.

Mereka bertiga terpempan, doktor itu pula hanya tersenyum simpati lalu meminta diri.

Perempuan itu lantas memegang kedua belah tangan Daniel.

Daniel yang tersentak itu memandang wanita itu. Bibirnya kelihatan bergetar dan matanya bergenang.

"Terima kasih Daniel. Mak cik terhutang budi sangat dengan kamu. Kalau bukan sebab kamu, Aqid mungkin dah pergi tinggalkan kami," beritahu perempuan itu, menggigil tangannya.

"Mak cik..."

"Panggil aje Mak cik Selmah," cantas Puan Selmah lalu dia menarik Daniel untuk duduk.

Puan Selmah mengeluh. Matanya dipejamkan sebelum sesaat kemudian dibuka kembali dan dia menjatuhkan pandangannya ke lantai.

"Aqid seorang yang pendiam. Mak cik tahu dia macam ada masalah sebelum dia pindah ke sekolah asrama. Tapi dia tak nak beritahu. Dia lebih suka pendam," cerita Puan Selmah lalu memandang Daniel yang fokus mendengar.

"Mak cik ingat perangai dia ni sebab dia dah remaja dan sedang membesar. Jadi, Daniel tahu la kan, perubahan hormon dan sebagainya. Mak cik pun biarkan. Tak sangka yang dia sebenarnya depressed dan dia cuba tarik nyawa dia sendiri... hari ni."

Daniel masih terdiam. Hatinya terusik.

"Mak cik..." Suara Puan Selmah kedengaran makin perlahan dan dia mula dihanyut oleh kejadian beberapa jam tadi:

Telefonnya berdering. Daniel yang sedang membuang pandang ke luar tingkap kereta terus melihat siapa yang sedang menelefonnya. Dia tersenyum sebelum mengangkat panggilan itu.

"Ya, ibu."

"Kamu dah kat mana tu? Lambat lagi ke nak sampai?"

"Dah lepas simpang tiga ni. Lagi sepuluh minit sampailah."

"Oh, ibu tak sabar tunggu kamu balik. Dah masak spesial untuk Daniel tau."

Daniel ketawa kecil.

"Ni yang buat Daniel tak sabar. Lama tak makan makanan ibu. Makanan kat asrama pun dah muak Daniel rasa," ucap Daniel, bermanja.

"Ha, tulah. Setiap kali ibu masak, teringat kamu tau. Rasa macam nak pergi hantar je makanan yang ibu masak ke asrama kamu."

Daniel tersenyum.

"Ni kamu okey ke balik sorang-sorang? Ibu nak ambik kamu tak bagi."

1+1Where stories live. Discover now