38 🔞

2.1K 96 17
                                    

MATA Alex perlahan-lahan dibuka. Pandangannya kelihatan kabur dan berpusing-pusing. Dia mengerdipkan matanya beberapa kali sebelum sesaat kemudian pandangannya menjadi jelas.

"Alex?" Suara pertama yang dia dengar.

Dia menoleh memandang ke arah suara itu. Ternyata mamanya.

"Alex, dah sedar pun kamu."

"Saya kat mana ni?"

"Kamu dekat hospital. Dah beberapa hari kamu tak sedarkan diri. Kamu ingat apa yang berlaku?"

Alex diam. Cuba mengingati namun kelihatan samar-samar. Malah kepalanya makin sakit apabila dia cuba memaksa otaknya nyalakan cebisan memori.

"Saya cuma ingat saya nak balik. Masatu tinggal saya seorang dekat kelas. Lepastu..."

"Kamu jatuh tangga."

"Jatuh tangga?"

Mamanya mengangguk.

"Nasib baik tak ada apa-apa sangat cuma badan dan belakang kepala kamu ada luka-luka. Lepas tu kamu tak sedarkan diri buat beberapa hari."

Alex membisu. Rupa-rupanya dia jatuh tangga dan tidak sedarkan diri.

"You really make me worried! Accident happens but, next time please be more careful, baby?" Mamanya menasihatkan.

Alex cuma mengangguk.

"Alex!"

Mereka berdua menoleh ke arah punca suara itu. Isaac berlari anak menghampirinya sebelum memeluk Alex.

"Awak dah sedar! Alhamdullilah."

"A-apa awak buat dekat sini?"

Isaac melepaskan pelukan.

"You know, Alex. Isaac betul-betul kawan yang baik. Dari first day kamu di hospital, dia tak pernah miss untuk lawat. We've talked a lot and I'm really grateful you have a good friend like Isaac."

Mata Alex membesar.

"Saya datang setiap hari Alex. Walaupun awak tak sedarkan diri, saya sentiasa kat sebelah awak dan mendoakan awak agar sedar. Hari ni saya datang, akhirnya awak dah sedar. Saya gembira sangat."

Alex tidak tahu hendak memberi respons apa. Lagi-lagi kepalanya masih berdenyutan.

"Kita pernah bergaduh. Like gaduh besar. Saya tahu awak mungkin tak nak kawan dengan saya lagi. Saya faham. Tapi saya betul-betul menyesal dengan apa yang saya dah buat.

Saya dah berubah Alex. Saya nak kawan dengan awak balik. Saya rindukan awak. Tapi saya tahu awak mungkin tak boleh terus maafkan saya. Jadi saya akan berikan awak masa okey?"

Seusai menghabiskan ayatnya yang panjang lebar, Isaac terus mempamitkan diri dengan sopan kepada mama Alex sebelum melangkah pergi dari situ.

"Alex, salah faham, fights always happen. Lagi-lagi in your age. I don't know what exactly happened between you and Isaac but I want you to know forgiving is better than terus marahkan dia. Plus, I can really see him as a good kid. Hanya dia datang lawat kamu setiap hari selain mama."

Alex tidak menjawab.

Hari-hari yang berikutnya Isaac masih lagi melawat Alex. Walaupun Alex tidak lagi di hospital dan sambung berehat di rumah, Isaac tetap datang dan membawanya nota-nota pelajaran dan latihan sekolah.

Alex yang pada mulanya kekok kerana mengingati apa yang berlaku sebelum ini akhirnya memaafkan Isaac. Dia dapat melihat usaha Isaac. Dia juga pasti Isaac sudah berubah. Dia turut terharu kerana Isaac mengambil berat terhadapnya lebih daripada ibu bapanya sendiri.

1+1Where stories live. Discover now