Imbas kembali...
"BAIKLAH semua, untuk majlis akhir tahun kelas 5B, diminta untuk bawa makanan masing-masing ya. Nanti kita boleh kongsi bersama."
Jelas riak teruja terpancar di muka pelajar-pelajar 5B apabila pengumuman itu diberitahu guru kelas mereka. Tidak terkecuali Alex yang duduk di barisan keempat. Di kepalanya sudah membayangkan betapa meriahnya majlis akhir tahun itu nanti.
"Tersenyum-senyum ni kenapa, Alex?" tanya rakan semejanya.
Dia memandang rakannya, Dian.
"Aku excited. Ni majlis akhir tahun pertama aku kat sekolah ni," jawab Alex yang berusia 11 tahun itu.
Ya, dia merupakan pelajar baru di sekolah rendah ini. Sebelumnya dia bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Pindahnya dia di sekolah itu kerana ibu bapa Alex merasakan dia lebih baik belajar di sekolah kebangsaan biasa.
Ini kerana berbanding di sekolah lamanya yang majoriti berbangsa Cina, di sini majoritinya Melayu dan termasuk bangsa lain. Jadi di sini dia lebih banyak bergaul dengan pelbagai bangsa dan belajar budaya bangsa lain.
Yang lebih utama, percakapan Bahasa Melayunya menjadi lebih baik.
"Nanti kau nak bawa apa, Dian?"
Dian buat muka berfikir sebelum menjawab, "Entah. Mungkin bihun goreng."
"Oh aku-"
"Weh jom, kita pergi dekat Amat," cantas Dian tanpa sempat Alex menjawab. Dia bangun dan diikuti oleh Alex yang terpinga.
Di belakang meja Alex ada tangan yang ditarik perlahan. Isaac meletakkan tangannya ke bawah kembali. Dia baru ingin menegur Alex namun tidak sempat. Sudah hampir setahun Alex bersekolah di situ, tidak pernah lagi mereka bertegur sapa. Isaac menggigit bibir.
Setibanya majlis akhir tahun, semua pelajar membawa makanan masing-masing. Suasana begitu meriah dengan gelak ketawa dan gurau senda. Mereka menyusun meja dengan susunan panjang di tengah. Dan di atas meja-meja tersebut diletakkan segala makanan di bawa.
Dalam keriuhan itu, mereka terdiam saat Alex meletakkan satu bekas besar yang terisi dengan char kuey teow di meja. Ada yang berbisik dan ada juga yang menyiku sama sendiri. Pelbagai reaksi di tampang masing-masing namun majoritinya mempamerkan riak bingung. Alex tersenyum lebar memandang mereka.
"Kau bawa apa tu, Alex?" tanya salah seorang daripada mereka, memecahkan hening yang membeku.
"Oh, aku bawa char kuey teow-"
"Kenapa kau bawa makanan? Kau cina kan."
Alex terdiam.
"Tapi-"
"Kau ingat kitorang boleh makan ke? Bukannya halal."
Alex menggeleng. Matanya sudah memerah.
"Bukan parents aku yang ma-"
"Weh, entah-entah ada babi." Seseorang yang melihat di dalam bekas Alex itu berkata. Bibirnya berkerut, geli.
Alex menoleh memandangnya sebelum menggeleng lagi.
Dian yang kebetulan baru masuk ke kelas memandang sekeliling dengan pelik sebelum menghampiri bekas Alex dan meletakkan sedikit char kuey teow itu di dalam pinggannya. Mereka semua begitu terkejut. Tanpa mereka sempat berkata apa-apa, Dian menyuap sesudu ke dalam mulutnya.
"Dian!" Seseorang memanggil, panik.
"Apa?" balas Dian sambil sibuk mengunyah.
"Char kuey teow tu Alex yang bawalah! Kau nak jadi kafir ke?"
YOU ARE READING
1+1
Romance"Oh, dan saya ni gay!" Alex; baru hari pertamanya di sekolah sudah mengaku dia seorang gay di depan semua orang. Danish yang menyimpan rahsia besar mula resah dengan kehadiran Alex. Sampai bila dia boleh menyimpan rahsia itu? Dan apa akan terjadi ap...