34

1K 54 0
                                    

"DANIEL, dah balik rupanya sayang," tegur seseorang. Daniel yang berada di sofa di ruang tamu, mengangkat muka dan melihat ternyata ibunya, Puan Ayu yang menegur. Puan Ayu mengambil tempat di tepinya lalu mencapai alat kawalan jauh TV.

"Ya, sampai tadi. Bagi salam tapi tak ada orang jawab pun," balas Daniel.

Puan Ayu menghidupkan TVnya, memandang Daniel sekilas, "Ibu ada dalam bilik tadi. Jawab emel beberapa client pastu baru turun. Maaflah tak dengar," beritahunya.

Daniel mengangguk saja.

"Kamu dah makan belum?"

"Belum, ingat nak mandi dulu." Dia terjeda sebentar, seperti memikirkan sesuatu. "Siapa yang dalam bilik Danish tu, bu?" soalnya.

"Kawan si Danish. Happy ibu, tak pernahnya dia bawa balik kawan ke rumah. Dah beberapa kali dah datang teman dia dalam bilik. Dan selalu jugak setiap pagi datang rumah bawa Danish ke sekolah."

Daniel terdiam. Mencerna apa yang dikatakan oleh Puan Ayu. Macam sesuatu aje... Dia teringat akan Danish yang pernah bercerita padanya tentang mimpinya perihal seseorang yang kerap terjadi. Adakah dia orang itu?

"Alex namanya..." beritahu Puan Ayu walau tak ditanya.

Daniel memandang Puan Ayu, "Alex?"

Puan Ayu mengangguk tanpa melihatnya, fokus saja apa yang terpapar di kaca TV.

"Cina ke?"

"Ya, tapi fasih BM."

"Oh." Menarik.

Bunyi derap kaki yang semakin kuat menarik perhatian mereka sebelum Alex muncul dari anak tangga ke tingkat atas ke ruang tamu itu. Alex seperti tergamam sedikit melihat Daniel. Sama betul rupa diorang, bisik Alex.

Daniel turut melihat Alex.

"Dah nak balik ke, Alex?" soal Puan Ayu, memandang Alex yang sedang tercegat berdiri.

"Umm, ya..."

"Marilah makan sekali. Auntie dah masak kat dapur," pelawa Puan Ayu.

Alex menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kalau boleh, memang nak. Tapi saya perlu pergi ke satu tempat sekarang," tolak Alex dengan lembut.

Puan Ayu menjuihkan bibir. "Sayangnya macam tu. Tapi nak buat macam mana kan?"

Alex cuma tersenggih kekok, sempat lagi memandang Daniel sekilas.

Dah kenapa dia asyik pandang aku? Soal Danish dalam hati.

"Naik motor tu elok-elok," pesan Puan Ayu.

"Baik." Dia mengangguk, sempat dilemparkan senyuman ke arah Daniel sebelum melangkah pergi.

Setelah pintu rumah ditutup, Daniel seraya bangun.

"Nak pergi mana?"

"Nak naik atas. Nak cas phone pastu mandi."

Puan Ayu mengangguk dan Daniel mula menapak ke anak tangga. Sesampainya dia di dalam bilik, dia mengerutkan dahi apabila melihatkan abang kembarnya tiada. Bunyi air menghentam lantai menyapa halwa telinganya tiba-tiba. Tahulah dia Danish sedang mandi.

Dia menggunakan cas telefon Danish kerana dia malas nak pergi geledah dalam begnya itu. Setelah beberapa saat, telefonnya dihidupkan dan berjaya ke skrin utama. Telefonnya tidak henti berdering. Bergetar telefon pintarnya dalam genggaman. Matanya membundar sedikit. Kenapa ni?

1+1Where stories live. Discover now