3

4.5K 226 65
                                    

QISTINA menyiku Sara di sebelahnya. Sara yang sedang ralit dengan telefon pintarnya mengangkat muka memandang Qistina dengan bingung.

"Apa?"

"Tu..." Qistina memuncungkan bibirnya ke arah seseorang di padang bola.

Sara lantas memandang ke arah padang sekolah. Dia memincingkan mata melihat pelajar-pelajar lelaki kelasnya sibuk mengejar bola sambil riuh-rendah.

Dan ada seorang pelajar lelaki yang Sara rasa Qistina mahu dia lihat.

"Alex?" teka Sara.

Qistina menutup muka lalu menggoyang-goyangkan bahunya. Setelah tangannya ditarik lalu dikepal, Qistina menyambung dengan teruja, "He's so cute!"

Alex yang bagai mendapat telepati dari jauh terus memandang Qistina. Dia melemparkan senyuman manis lalu melambai-lambaikan tangannya di tengah-tengah padang bola.

Qistina membalas dengan melambai-lambaikan tangannya dengan bersemangat.

Sara mencebik lalu menggelengkan kepala.

"He IS cute but he's GAY! Tak payah nak gedik sangat. Wake up, Tina. Dari hari pertama dia masuk, kau dah gedik." Sara membidas Qistina sebelum kembali ralit dengan telefon pintarnya.

Buat apa lagi selain membalas pesanan Whatsapp daripada BF. Sara mempunyai cita rasa terhadap lelaki yang lebih tua darinya. Lagi-lagi lelaki universiti.

Dia dan teman lelakinya sudah masuk genap empat bulan berpacaran. Secara jujurnya, dia dah selesa dengan teman lelakinya.

Dia suka cara teman lelakinya berfikir.

Matang.

Lagipun, teman lelakinya itu merupakan bekas pelajar sekolah ini dan dia sudah kenal lelaki itu dari tingkatan 1. Cumanya, sebelum ini dia tak berani bercakap dengan teman lelakinya itu. Hanya mampu memandang dari jauh dan memendam perasaan.

Selepas lelaki itu tamat persekolahan, baru dia memberanikan diri menegur lelaki itu di media sosial dan secara tak terduga mereka menjadi semakin rapat kerana berkongsi pelbagai persamaan.

"Aku tau lah kau tak suka budak-budak lelaki sekolah menengah. Tak matang kan, kata kau. Tak macam boyfriend kau, budak universiti. Tapi janganlah hina taste aku," balas Qistina, separa sarkastik.

Dalam hatinya tidak beberapa berkenan dengan hubungan Sara dan teman lelakinya. Pelajar universiti dan pelajar sekolah menengah? Tak rasa macam pedofail ke?

Sara mengangkat kepala lagi

"Kau cakap apa ni perempuan? Taste? Dah sah dia gay, nak taste bagai," respons Sara.

"Tak salah seorang perempuan cantik macam I berangan kan?" ujar Qistina sambil menayang muka yang sangat menjengkelkan bagai Sara.

"Berangan tu tak salah. Tapi cantik? Hmm, agak sukar untuk aku setuju," gurau Sara.

Qistina tergelak sebelum dia terperasan Danish turut berada di tempat duduk penonton yang berhadapan dengan padang sekolah ini.

"Hai Danish," tegur Qistina.

Danish yang sedari tadi melemparkan pandangan ke arah padang sekolah tersentak. Dia memandang Qistina lalu tertunduk.

"H-hai," balasnya perlahan tanpa memandang gadis itu.

"Marilah duduk dengan kitorang. Asal duduk sengsorang je," pelawa Qistina cuba bermesra sambil senyum ceria.

"Yup, bolehlah kau gantikan tempat aku dengar bebelan mak cik Tina yang kureng cantik ni pasal angan-angan dia yang tak masuk akal," tambah Sara lalu ketawa.

1+1Where stories live. Discover now