"AKMAL, ada seorang budak perempuan junior cari kau," kata salah seorang rakan sekelasnya.
Lelaki yang dipanggil Akmal itu tersentak. Dia yang sedari tadi berborak sakan dengan teman-temannya membuat muka bingung.
"Wuu awek junior siot!"
"Dasar playboy!"
Teman-temannya menggusik. Akmal cuma membalasnya dengan ketawa sebelum kembali memandang rakan sekelasnya itu.
"Dia ada kat mana?"
"Luar kelas. Tengah tunggu kau," beritahunya.
Akmal terus bangun sambil rakan-rakannya terus mengusik. Dengan rasa ingin tahu dia terus menapak ke luar kelas. Ternyata ada seorang gadis yang sedang tersandar di dinding kelas sambil memandang lantai.
"Ya?" tegur Akmal dari jauh.
Syazreena tersentak. Dia tersenyum memandang Akmal sebelum menghampiri lelaki itu.
"Hai Abang Akmal," balas Syazreena mesra.
Akmal tersenggih. Comel jugak budak ni. Single or mingle? Macam boleh mengayat je. Sempat lagi Akmal berfikiran nakal di dalam kepala.
"Ada apa eh? Pelik jugak abang tetiba ada junior comel cari abang pepagi ni," balas Akmal sambil tersenyum menggoda buat santapan pandangan Syazreena.
Syazreena masih tersenyum lalu menghulurkan sesuatu. "Ada orang suruh saya bagi kat abang. Penting katanya," beritahu Syazreena, masih menghulurkan sekeping surat itu.
Akmal mempamerkan muka pelik namun disambut jua huluran itu.
"Okeylah, saya pergi dulu," pinta Syazreena selepas sudah pasti Akmal menerima surat tersebut. lalu terus berlalu dari situ.
"Adik! Kejap!" panggil Akmal.
Namun Syazreena terus berlalu tanpa mempedulikan Akmal sambil senyuman sinis tergantung kemas di bibirnya.
Akmal menggarukan kepalanya. Pelik. Dia lantas menggelengkan kepalanya, malas hendak fikirkan apa yang baru terjadi lalu terus melangkah masuk kembali ke dalam kelas.
Dia mengambil kembali tempat duduknya.
"Junior tu kata apa?" Salah seorang temannya bertanya.
Akmal menunjukkan surat itu kepada teman-temannya. "Cuma surat ni je lepas tu dia blah macam tu je," jawab Akmal masih lagi dengan muka bingung.
"Surat? Klasik sial. Apa lagi bukak la." Teman yang lain pula berkata.
Akmal memandang surat itu buat sesaat. Entah apa yang terkandung di dalamnya? Dia lalu terus membuka surat tersebut dengan rasa tak sabar.
•●•●•●•
'ABANG Akmal hensem sangat. Saya dah lama perhatikan abang. Badan abang yang sasa tu buatkan saya horny. Saya teringin sangat nak abang fuck saya. Tapi saya ni lelaki. Harap abang tak kisah. Boleh tak kita jumpa? Saya akan letak alamat kat bawah ni :p'
Jarinya terus menulis di atas sekeping surat itu bersama tawa gila yang tak dapat ditahan. Dia berasa sangat seronok ketika ini. Setelah selesai menulis, Syazreena membaca lagi dengan mata terbuntang luas.
Dia mendapat informasi dari beberapa pelajar di sekolahnya bahawa senior dan rakan-rakannya itu amat membenci golongan gay yang terkutuk macam Danish dan papanya. Jadi mereka amatlah sesuai digunakan sebagai langkah pertamanya membalas dendam akan kesakitan hatinya.
YOU ARE READING
1+1
Romance"Oh, dan saya ni gay!" Alex; baru hari pertamanya di sekolah sudah mengaku dia seorang gay di depan semua orang. Danish yang menyimpan rahsia besar mula resah dengan kehadiran Alex. Sampai bila dia boleh menyimpan rahsia itu? Dan apa akan terjadi ap...