"EMPAT hari lagi, hari jadi Danish," ujar Sara yang sedang berdiri menghadap Syarif, Azri, Wafiq dan Faisal yang sedari tadi sedang bersembang secara berkumpulan. Mereka berempat secara serentak memandang Sara. Berdiri di sebelah Sara adalah Qistina.
"Hah?" Wafiq bersuara dalam nada pertanyaan kerana dia tidak dapat mendengar dengan jelas kata-kata Sara sebentar tadi lantaran ralit bersembang dengan teman-temannya.
Keadaan di dalam kelas ketika itu agak bising sedikit kerana cikgu yang mengajar subjek pada waktu itu dikatakan tidak hadir dan meninggalkan mereka dengan kertas latihan semalam untuk dibuat pada masa subjeknya namun jelas kelihatan hanya beberapa kerat saja yang membuat latihan tersebut.
Sara menghela keluhan kecil lalu kembali mengulang, "Aku cakap empat hari lagi, hari jadi si Danish... Budak paling pendiam dalam kelas kita tu." Qistina di sebelah pula hanya mengangguk-angguk sambil menghisap choki-choki yang dibelinya sebentar tadi pada waktu rehat di koperasi.
"Okay, so?" balas Faisal pula sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Tidak faham apa sebenarnya apa yang Sara ingin maksudkan.
Sara baru saja ingin membuka mulut, namun Qistina dengan segera mencantas, "So, kitorang ingat nak buat surprise party untuk dia. Amacam?" terang Qistina lalu memandang muka mereka berempat yang kelihatan sedang mencerna kata-kata yang baru diungkapnya sesaat tadi.
"Kenapa pulak nak buat surprise party?" soal Syarif pula.
"Yela, dah hampir setahun dia sekolah sini, still nampak macam dia tak biasa kat sini. Nampak macam dia rasa dia tak diterima di sini padahal kita semua sangat mengalu-alukan dia," terang Sara lalu menyiku sedikit lengan Qistina agar menambah kata-katanya.
Qistina tersentak sedikit lalu terangguk-angguk faham.
"Err... Sebab tulah, dengan buat surprise party ni, kitorang harap Danish dapat berasa diterima oleh kita semua," tambah Qistina seperti yang diminta Sara.
"Yep, itulah point kami berdua. Lagipun kita nak bersama lagi 1 tahun. Kalau boleh aku nak kita semua rasa macam kita ni satu family. Tak nak satu pun rasa seperti terpinggir," ujar Sara panjang lebar.
Ya, itulah niatnya. Dia nak kelas 4AB ini menjadi satu keluarga. Bukan hanya sebagai 'rakan sekelas' kerana mereka semua menghabiskan masa bersama-sama bukannya sekejap dalam satu hari. 12 jam diluangkan bersama dalam bilik darjah. Memang layaklah dia beranggapan bahawa mereka sepatutnya mempunyai ikatan seperti sebuah keluarga.
Azri terangguk-angguk faham.
"Aku sebenarnya setuju dengan kata-kata Sara dengan Qistina. Aku pun tak suka tengok Danish macam rasa terpinggir. Ya, aku tahu yang nampak macam dia sendiri yang menjauhkan diri daripada kita. Tapi, korang tak sedar ke ada sesuatu yang sebenarnya membuatkan Danish jadi macam tu?" tukas Azri lalu pandang wajah rakan-rakan lelakinya.
"Haah, a--" Faisal yang baru ingin memanjangkan bicaranya dibantutkan dengan percakapan Azri yang dengan pantas mencantas.
"Dan aku pasti, Alex tahu sebab-sebabnya. Kalau korang sedar, ada satu hari tu,tiba-tiba saja diorang jadi kawan rapat. Boleh dikatakan dalam sekolah ni, Danish hanya berkawan dengan Alex. Mesti ada sebabnya kan?" ulas Azri.
Kesemua rakan-rakannya di situ menayangkan wajah kagum. Tidak sangka Azri akan memberikan ulasan yang begitu menyakinkan itu.
"Tak sangkanya kau akan came up dengan thoughts macam ni. Selalunya kau ni lembab lagi blur sama macam kedudukan dalam kelas kau yang last sekali setiap exam," bidas Sara dengan lasernya lalu tergelak sinis.
YOU ARE READING
1+1
عاطفية"Oh, dan saya ni gay!" Alex; baru hari pertamanya di sekolah sudah mengaku dia seorang gay di depan semua orang. Danish yang menyimpan rahsia besar mula resah dengan kehadiran Alex. Sampai bila dia boleh menyimpan rahsia itu? Dan apa akan terjadi ap...