6

3.9K 204 32
                                    

MEREKA berdua saling menikam pandangan. Yang bezanya, Danish berwajahkan tertanya-tanya dan Alex menguatkan wajah tekad.

"Aku tak peduli kau nak cakap apa. Yang aku pasti aku ikhlas nak tolong kau dan tak ada benda yang boleh menghalang aku," kata Alex dengan tegas.

Anak mata Danish jatuh ke tangannya yang dipegang erat oleh Alex. Dia menolak tangan lelaki itu daripada terus memegangnya.

Danish menghela nafas lelah sambil memejamkan mata buat seseketika sebelum tak lama kemudian kembali membuka matanya.

"Dan aku ikhlas tak nak ditolong oleh kau dan takde benda yang akan menghalang aku," sarkastik Danish.

Alex mengecilkan matanya. Geram. Kecik besar kecik besar je Alex nengok Danish ketika ini.

"Kau sangat degil," ringkas Alex

"Yes, I am."

"Kita dah sampai," kata Damian, menghentikan perbualan mereka.

Danish tersentak.

"Hah, okey. Thanks Abang Damian sebab susah-susah tumpangkan saya. Saya pergi dulu," balas Danish sudah membuka pintu.

Bunyi hujan lebat mencuri masuk.

"Eh, nanti dulu! Biar aku ambilkan payung..."

Kata-kata Alex dicantas oleh Danish, "Tak payah!" ujar Danish lalu terus keluar dan menutup pintu kereta dan berlari masuk ke halaman rumahnya.

♪♬Is it just our bodies?
Are we both losing our minds?
Is the only reason you're holding me tonight
'Cause we're scared to be lonely?
Do we need somebody
Just to feel like we're alright?
Is the only reason you're holding me tonight
'Cause we're scared to be lonely?♪♬

Danish tersentak dari lamunan apabila nada dering telefon pintarnya, 'Scared To Be Lonely- Martin Garrix, Dua Lipa' berkumandang dari luar.

Ada orang telefon?

Dia menutup air shower lalu mencapai tuala mandi. Dia mengelap badannya yang basah lantas membalut tuala mandi itu di pinggangnya dan keluar dari bilik mandi.

Dia menghampiri birai katil  lalu melabuhkan punggungnya di situ. Dia mencapai telefon pintarnya yang berada di atas katil.

Dia menghidupkannya. Ternyata ada satu panggilan yang terlepas.

'Alex Hensem'.

Danish mencebik. Macam tak ada nama lain nak letak. Dia berfikir sejenak sebelum mengambil keputusan untuk mahu memadam nombor Alex.

'Are you sure you want to delete this number?'

Danish menekan punat 'okay'.

Dia lalu melemparkan telefonnya ke tepi.

Tak ada masa nak layan.

•●•●•●•

"DANISH!"

Langkah Danish terhenti apabila terdengar namanya dipanggil dari belakang.

Dia menoleh, ternyata Alex yang memanggilnya. Dan kini lelaki itu sudah berjalan di sebelahnya.

Danish menjauhkan sedikit badannya daripada Alex. Tidak mahu terlalu dekat dengan lelaki itu.

Sejujurnya, dia tak mahu dekat dengan sesiapa.

1+1Where stories live. Discover now