12

2.9K 179 70
                                    

ALEX secara tiba-tiba melentokkan kepalanya di bahu Danish sambil menutup mulutnya yang sedang menguap besar itu.

Danish tersentak.

"Apa kau buat ni?" tanya Danish dengan nada kurang selesa. Dia mengerling kepala Alex yang berada di bahunya. Tiba-tiba saja. Mahu saja dia menolak kepala Alex ketika itu. Dia ingat bahu aku ni bantal ke apa?

"Aku mengantuk gila ni. Urgh benci sejarah," jawab Alex sambil memejamkan matanya umpama mahu merangkak ke alam mimpi ketika ini.

Danish mengeluh lalu mengangkat kepala Alex dan meletakkannya di mejanya sendiri.

"Bukan hal aku," kata Danish ringkas lalu kembali sambung membuat latihannya.

Cikgu sejarah membahagikan setiap seorang satu set latihan sejarah dan menyuruh mereka menjawabnya dalam masa satu jam dan jawapan akan dibincangkan selepas itu.

Itulah apa yang Danish dan rakan-rakan sekelasnya sedang buat ketika ini namun Alex pula merungut secara tiba-tiba.

"Kau ni tak sweet lah! Aku nak manja sekejap pun tak boleh." Alex yang hampir sepenuh mukanya di atas meja merungut.

Danish hanya buat tak tahu. Lebih baik tak payah layan. Lagipun Danish tiada masa mahu mengikuti rentak karenah Alex. Nanti makin berlanjutan.

Alex memusingkan mukanya menghadap Danish. Muka Danish yang fokus terhadap latihan sejarah ditatap kornea matanya dengan pandangan yang sukar ditafsir. Entah apa yang difikir Alex.

"Lepas habis sekolah, ikut aku boleh? Aku nak..." Ayat Alex tidak sempat dihabiskan apabila terus dicantas Danish.

"Tak nak."

Alex memandang geram ke arah reaksi muka Danish yang bagai tiada emosi itu. Malah bukannya nak tengok aku. Padahal aku cakap dengan dia ni, bebel hati Alex.

"Aku ajak kau sebab--"

"Tak nak."

"Aku nak pergi--"

"Tak nak."

"Danish! Boleh tak kalau kau dengar dulu apa yang aku nak cakap? Aku cubit pipi kau karang. Geram pulak aku," ujar Alex.

Danish mengeluh lantas menoleh memandang Alex dengan muka tiada perasan sebelum berkata, "Seriously though, kau nak pergi mana-mana pun lepas habis sekolah, pergi jelah sendiri. Buat apa ajak aku," lalu kembali menyambung kerjanya.

"Aku bosan pergi sorang-sorang. Kau ikutlah aku. Kau kan kawan aku," pujuk Alex lalu tak henti-henti mencucuk pipi Danish dengan jari.

Danish diam buat sesaat.

"Aku akan ikut kalau kau stop buat benda yang buatkan aku rasa nak hempuk kau," respons Danish.

Alex tersenyum ceria.

"Okey!'

•●•●•●•

Danish P.O.V

AKU tak tahu kenapalah aku boleh setuju untuk mengikuti Alex. Dia tu siapa? Apa kuasa dia boleh buat aku turuti kata-katanya?

Walaupun sebenarnya antara sebab aku setuju akan ajakannya adalah aku nak dia berhenti buat perkara menjengkelkan di sekolah tadi, aku rasa ada sebab-sebab lain membuatkan hati aku menuruti permintaannya.

Tapi aku tak tahu apakah sebab-sebab lain tersebut. Aku tidak punya jawapan. Namun aku tiada masa untuk menggali terlalu di dalam fikiran aku untuk mengetahui apakah jawapannya. Aku akan cuba untuk tidak mempedulikannya langsung.

1+1Where stories live. Discover now