20

2.8K 170 30
                                    

SEPERTI yang dijanjikan, tamat saja waktu persekolahan, Daniel secara senyap-senyap menyusup masuk ke belakang bangunan blok D sekolahnya. Namun yang anehnya tiada siapa di situ.

Dia berasa tidak sedap hati sambil mengerling angka di jam tangannya. Betul ke tindakan aku ni? Macam mana kalau dia tak datang? Macam mana kalau...

Ayatnya tidak sempat dihabiskan apabila mulutnya ditekup dari belakang. Matanya terbeliak besar bersama hentaman kejutan yang merenjat dirinya. Dia menjerit di dalam tekupan itu sambil mencengkam tangan yang menekup mulutnya.

Suara di belakangnya ketawa keseronokan. Suara ini! Suara di dalam tandas pagi tadi. Degupan jantung Daniel bergema dengan kuat di dalam dada.

Beberapa saat kemudian tangan itu terus melepas tekupannya lalu Daniel dengan segera menoleh ke belakang memandangnya.

Mata Daniel terbuntang dengan lebih luas.

"Kau?!"

Aqid menghadiahkan pandangan Daniel yang terkejut itu dengan senyuman sinisnya yang terkandung pelbagai maksud. Muka Daniel yang masih lagi statik dengan riak tidak percaya itu entah mengapa amat menggelikan hatinya. Dia hanya menyilangkan tangan di dada memandang Daniel yang sudah mengundurkan beberapa tapak.

"Terkejut?" Usai soalan itu diajukan, sebelah kening Aqid terjungkit sikit.

Daniel mati akal untuk berkata-kata, inikan lagi mahu memberi respons. Dia tidak sangka manusia yang selama ini mengganggu hidupnya ialah rakan sekelasnya sendiri; yang mana kadangkala dia sendiri tidak menyedari akan kewujudannya. Pelbagai persoalan menikam benaknya ketika ini.

"Semua... Semua surat yang aku dapat selama ni, k-k-kau yang tulis?" tanya Daniel dengan mukanya yang masih statik dengan riak tidak percaya sambil tangannya yang sedikit menggigil diangkat dan ditunding ke arah Aqid.

Aqid ketawa kecil. Dia melangkah setapak menghampiri Daniel sebelum berkata,"Jawapannya dah jelas. Masih lagi nak tanya. How stupid you can be?" dan di ayat terakhirnya terkandung sindiran sinis.

Air muka Daniel yang tenggelam dalam kekeliruan dan ketakutan mengisi kornea mata Aqid membuatkan hatinya menerbit satu rasa puas. Entah mengapa dia berasa begitu girang melihatkan Daniel berkeadaan sebegitu rupa.

Daniel mengetap bibir. Keningnya hampir bertaut. Dia tidak tahu apa yang dia rasakan ketika ini. Rasa yang berpusar di kolam raganya amat sukar untuk ditafsirkan. Namun apa yang dia tahu, kebenaran yang tersingkap di saat ini membuatkannya dilambung ke lembah kecelaruan.

"Tapi, kenapa?" soal Daniel ringkas sambil keningnya makin berkerut sebelum bersambung, "Kejap, if I'm not mistaken nama kau... Aqil, I mean, Aqid or something like that, right?"

Aqid terletus tawa kecil lagi.

"Kita dah sekelas bertahun dan kau langsung tak tau nama aku. Teruk gila. Nampak sangat kau tak pernah peduli atau tak sedar akan kewujudan aku dalam kelas kan," respons Aqid dengan nada sarkastik.

Daniel terdiam.

"Kenapa kau diam? Maknanya betullah apa aku cakap kan," sinis Aqid.

"Kau tak jawab lagi soalan aku yang pertama," pintas Daniel.

Aqid tersenyum sinis.

1+1Where stories live. Discover now