30

2.1K 145 49
                                    

MATANYA memandang si jejaka yang berdiri di hujung katil.

Dia yang hanya baring sambil bersandar di penghadang katil masih terus memerhati. Lelaki itu tersenggih nakal ke arahnya dan sibuk membuka butang baju kemejanya satu per satu.

Malap-malap cahaya lampu bilik membuatkan suasana itu terasa mengghairahkan. Tambahan lagi, alunan melodi muzik perlahan dan seksi umpama menambah perencah hangat lagi membuaikan.

Dia mengeluh dalam diam.

Hakikatnya, Daniel tidak berasa seperti dia berada di situ pun walau sepatutnya dia harus fokus apa yang dia akan lakukan sekarang. Dia, lelaki itu dan di atas katil ini. Bukankah perkara ini yang dirindui oleh dirinya sebelum ini?

Sebelum Aqid hadir ke dalam hidupnya.

Tapi, ada sesuatu berlaku. Ya, sesuatu telah berlaku baru-baru ini antara dia dan Aqid. Daniel langsung tidak menjangkakannya malah dia masih lagi berasa terpinga-pinga dan keliru akan kata-kata Aqid. Daniel memejamkan matanya, cuba menggapai memori yang baru terjadi.

"Aku lepaskan kau." Ringkas kata-katanya tanpa memandang Daniel yang berdiri kaku seperti patung cendana.

"Sorry?" respons Daniel yang kurang jelas akan ayat yang diungkap Aqid yang sedang duduk di birai katilnya. Ketika ini mereka berdua berada dalam dorm Aqid.

Aqid merengus perlahan. Dia mendonggak memandang Daniel, kelihatan matanya merah sedikit dan berkaca. "Pekak betullah," gumamnya sebelum menyambung, "Aku cakap, aku lepaskan kau. Mulai saat ni. Kau, aku anggap je macam orang asing okay?"

Daniel tercenggang. Sepertinya dia tiada ayat untuk dikarang dalam kepala bagi membalas kata-kata Aqid. Mungkin kerana semua ini terlalu tiba-tiba. Tiada angin mahupun ribut dan kini Aqid mahu menghentikan seksaannya?

"Kau faham ke tak? Kenapa senyap dari tadi?" soal Aqid dengan muka dinginnya itu. Dia menyilangkan tangannya di dada sambil memerhati muka Daniel.

"A-aku..."

Aqid menjungkitkan sebelah keningnya, memberi isyarat kepada Daniel untuk menyambung ayatnya.

"Aku tak faham?"

Aqid berasa jengkel sekali sehinggakan dia meraup muka dengan kasar. Dia bangun dan mula menghampiri Daniel membuatkan lelaki itu berundur ke belakang mungkin angkara berasa gentar. Daniel berhenti mengundur apabila tiada ruang lagi di belakangnya manakala Aqid sudah mendekatkan mukanya ke muka Daniel. Terasa nafas hangat menyapu mukanya.

Kedua belah sisi bahunya di pegang Aqid dengan kuat.

"Kenapa kau ni bengap sangat? Ayat aku berbelit-belit sangat ke? Terlalu complicated untuk kau hadam?"

Daniel baru sahaja ingin membuka mulut namun terbantut apabila Aqid kembali menyambung ayatnya setelah beberapa saat berlalu dalam kebisuan.

"Kenapa susah sangat nak faham? Bodoh? Tak faham bahasa? Apa yang berada dalam otak kau yang kecik ni? Apa?" bidas Aqid dengan suara separuh bergetar. Apa yang Daniel makin perasan ialah mata Aqid makin memerah.

"Listen here carefully you dumbass shit, aku... lepaskan kau. So, kau tak payah duduk sebelah aku dalam kelas seperti aku suruh sebelum ni. Tak perlu lagi ada dengan dengan aku sepanjang masa. Kau nak pergi main dengan jantan mana, aku dah tak kisah."

Daniel masih lagi membatu dan tercenggang. Sungguh semua ini amat mengejutkannya. Dia tidak tahu apa yang harus dia katakan? Ini semua terlalu tiba-tiba sejujurnya.

Aqid ketawa sinis namun kedengaran lemah. "Happy lah kau kan?" Terjeda sesaat sebelum bicaranya disambung, "Tak ada manusia keji yang akan mengkucar-kacirkan hidup kau lagi lepas ni." Aqid mendekatkan bibirnya ke daun telinga Daniel, menarik nafas perlahan lalu mula berbisik, "You're finally free, bitch."

Mata Daniel tidak berkelip buat sesaat.

"Now I want you to get lost! Outta my face. Aku tak nak tengok muka kau lagi," arah Aqid lalu menolak tubuh Daniel ke tepi sebelum dia kembali ke katilnya.

Daniel mengambil masa beberapa detik untuk mengangkat kaki pergi dari situ dalam keadaan masih bingung.

Sejak itu, keadaan sudah berubah. Antara dia dan Aqid bagai orang asing. Sama seperti sebelum Aqid muncul di dalam hidupnya. Terasa dia kembali ke masa Aqid hanyalah seorang rakan sekelasnya yang tidak pernah disedari Daniel.

"Kau dah tak kawan dengan si loner tu ke?"

Satu hari, salah seorang kawannya menanya ketika dia kembali kepada teman-temannya. Mencuba untuk menjadi dirinya yang dulu - yang dikelilingi ramai kawan rapat. Cuma itulah, sepastinya mereka akan berasa pelik kerana secara tiba-tiba saja setelah sekian lama memencilkan diri bersama Aqid.

Daniel memandang temannya itu dengan wajah yang tidak punya jawapan. Hal ini kerana dia juga turut bingung. Dia menoleh ke belakang - memandang ke tempat Aqid yang berkedudukan jauh di belakang. Lelaki itu hanya tidur dengan menenggelamkan muka di lengan yang diletakkan di atas meja.

"Aku tak tahu," katanya perlahan seraya kembali memandang temannya itu.

"Sebelum ni sampai lupa kawan-kawanlah. Tak nak kawan dengan kitorang bagai. Seronok sangat ke kawan dengan dia?" tambah temannya yang lain.

Daniel mengeluh. "Aku tak tahu okay?" Bisu buat sesaat. "Stop tanya soalan sama. Yang penting aku dah hang out dengan korang balik kan? Aku tak nak dengar apa-apa soalan lagi dah, okey, " responsnya lalu menongkat dagu dengan wajah bosan.

"Yelah, yelah."

Dalam masa yang sama, Aqid mengangkat muka dengan perlahan. Matanya mememerhati Daniel dari belakang. Pandangannya sukar ditafsir dan fikirannya turut sukar ditebak. Apa sebenarnya yang berada di benak Aqid?

Hari demi hari Daniel lalui dengan satu rasa yang pelik. Dia tidak tahu apakah rasa itu. Berasa seperti kekurangan sesuatu. Atau mungkin dia hanya perlu membiasakan dirinya kembali di dalam situasi baru ini.

Aneh bukan? Sepatutnya Daniel haruslah berasa gembira dan lega. Dia dah bebas daripada cengkaman si Aqid. Umpama hamba abdi yang berjaya larikan diri dari pemiliknya yang tidak berhati perut. Tapi apa yang dia rasakan di dalam dada tika ini, jauh sama sekali daripada apa yang dia harus rasa.

Katil mula bergerak. Mata Daniel yang dipejam tadi dah terbuka. Memori yang bergentayang di benaknya sudah melesap dalam kekabusan. Dia kembali ke alam realiti. Lelaki itu yang kini hanya ada boxer di tubuhnya mula memanjat badan Daniel.

Lelaki ini, lelaki yang bernama Syamsul merupakan skandalnya. Seorang yang berduit juga. Daniel mengenalinya dari sebuah aplikasi gay tidak lama dulu. Setelah sekian lama tidak jumpa, lelaki itu kerap kali mengajak Daniel untuk melepaskan rindu dan nafsu yang terpendam.

Oleh kerana hari ini hari Sabtu, dia mempunyai waktu lapang, jadi dia setuju untuk berjumpa dan kini mereka di dalam satu bilik.

"Ingat tidur tadi," kata lelaki itu yang sudah mendekatkan mukanya ke muka Daniel.

"Hahaha, takdelah," balas Daniel lalu memandang bibir lelaki itu yang makin mampir ke bibirnya sebelum sesaat kemudian bibir mereka saling bersatu.

Lelaki itu menarik kembali bibirnya. Anak matanya mencari anak mata Daniel sebelum bibirnya mengungkap, "I miss you baby."

Daniel terdiam buat sejeda.

Syamsul pula kembali menaut bibir Daniel sambil kedua tangan lelaki itu sudah mula membelai pipi Daniel dalam saat mereka makin tenggelam dalam ciuman.

Daniel kembali memejamkan mata.

•●•●•●•

...bersambung.

1+1Where stories live. Discover now