15

2.4K 154 9
                                    

DANISH tergamam ketika melihatkan Syazreena mengambil tempat di depannya.

"Kenapa?" tanya Syazreena sambil tersenyum risau.

Tidak terlalu ramai pelanggan yang berada di dalam Pink Cafe. Mungkin malam ini bukan malam sabtu atau ahad kerana selalunya pada malam-malam itu pelanggan akan ramai. Sehinggakan susah untuk ada tempat kosong.

Danish terdiam buat sesaat sebelum menjawab, "Kau bersolek..."

Syazreena tertawa kecil.

"Salahkah seorang perempuan bersolek," balasnya.

Danish tersenyum.

"Tak pun. Kau nampak cantik anyway. Mesti lelaki bila tengok kau akan jatuh cinta," puji Danish ikhlas.

Pipi Syazreena merah.

Dan aku harap kaulah lelaki itu, bisik hati Syazreena sambil memandang ke tepat-tepat pada sepasang mata hazel Danish.

Sebenarnya dia sengaja bersolek sebelum datang ke sini. Entah mengapa dia mahu menjadikan malam istimewa buatnya. Malam di mana dia akan meluahkan perasaan sebenarnya.

"Kau dah order belum?" tanya Syazreena.

"Dah, sebelum kau sampai. Favorite kau, Chocolate Milk Shake. Aku kan tahu semua yang kau suka."

Syazreena tersenyum. Entah mengapa dia berasa terharu mendengar ungkapan Danish. Dia pernah baca dalam majalah. Jika lelaki mengambil tahu akan apa yang kita suka dan tak suka, bermakna lelaki itu kemungkinan besar menaruhkan perasaan kepada kita. Syazreena tiba-tiba rasa gembira. Mungkinkah...

"Malam ni akan menjadi malam yang istimewa buat kita," kata Syazreena sambil memandang tepat ke wajah Danish.

Danish tertunduk buat sesaat sebelum kembali memandang dengan senyuman di bibir dan mata yang bagai kristal disinari cahaya, "Ya," sahutnya ringkas.

Namun senyuman itu sukar ditafsirkan maksud sebenarnya oleh Syazreena. Dia tidak pasti apakah maksud senyuman yang baru dipamerkan Danish.

Mereka terdiam buat seketika. Hati masing-masing berdebar. Denyutan nadi berentak tak normal dan berasa sedikit kurang selesa. Mereka tidak tahu hendak mula dari mana.

"Aku sebenarnya nak cakap..." Mereka berdua berkata serentak sebelum tertawa janggal.

"Lady first," ujar Danish.

Syazreena menggeleng. "Kali ni biar gentleman first," balas Syazreena. Entah kenapa dia nak sangat dengar apa yang Danish luahkan dulu sebelum dia. Dia berasa tidak sabar. Sementara itu, bolehlah dia mengumpul kekuatan untuk meluahkan perasaan.

"Oh okay..." Danish memasang muka gementar. Dia menelan air liur. Wajah yang tidak sabar milik Syazreena dipandang bersama degupan jantung yang bergema di dalam dada.

Dia tiba-tiba memegang tangan Syazreena sambil memandang tepat-tepat ke dalam mata Syazreena dengan serius. Syazreena kelihatan tergamam.

"Reena... sesungguhnya keputusan ni sangat sukar untuk aku buat," mukadimah Danish.

Syazreena cuma diam bersama debaran yang menggunung, menanti sambungan ayat seterusnya.

"Sebab kita dah kawan dari tadika. Walaupun kau rasa kau dah kenal aku sepenuhnya, ada lagi sisi peribadi aku yang kau taktau. Rasanya tiada siapa tahu. Aku tak nak terus hidup dalam penipuan. Lagi-lagi dengan kau sebab aku percayakan kau."

Entah mengapa makin lama perasaan Syazreena menjadi tidak enak. Lagi-lagi apabila ayat Danish semakin berjela dan tidak sampai ke titik fokus yang utama. Dia makin membentak ingin tahu apa yang sebenarnya Danish mahu katakan.

1+1Where stories live. Discover now