22

3K 188 75
                                    

MEREKA berdua berbogel atas katil.

Tiada seurat benang menutupi kulit masing-masing. Dalam kesamaran cahaya rembulan yang melimpahi dalam bilik itu, mereka berdua menatapi mata masing-masing bersama iriingan melodi keindahan yang berkumandang dalam hati.

Pandangan kornea mata Danish menyelam dalam lautan mata Alex. Dia tidak mahu menarik kembali pandangannya. Mata Alex terlalu indah untuk tidak ditatapi. Bersinar dan dipenuhi aura yang menarik diri Danish untuk menikmatinya.

"Aku tak suka tengok kau sedih," ucap Alex, memecahkan kebisuan malam yang makin membeku. Dia membelai muka Danish dan mempamerkan muka kerisauan.

"Aku... tak sedih dah. Jadi jangan risau," balas Danish. Berdebar hatinya tatkala muka mereka berdua sangat hampir sehinggakan hembusan nafas mereka saling melanggar muka.

"Really? I wonder apa sebabnya kau tak sedih dah.." Alex menghentikan ayatnya buat sejenak sambil mendekatkan lagi mukanya ke muka Danish. "Adakah sebab aku?"

"Se--"

Baru sahaja Danish ingin membuka mulut, Alex terus meragut bibir Danish dengan bibirnya. Bibir mereka menyatu dalam kucupan yang memberahikan. Alex mendekatkan lagi tubuhnya dengan tubuh Danish. Tangannya menyentuh pipi dan leher Danish.

Danish memejamkan matanya dengan tenang. Dia sangat menikmati cumbuan itu.. Dia berasa seperti dia dibawa ke sebuah tempat yang menzahirkan kenikmatan yang tertinggi. Tanpa dia sedar, tangannya turut menyentuh muka Alex.

Mereka berdua yang saling berhimpit di atas katil, berciuman seperti malam ini merupakan malam terakhir di dunia. Tidak mengendahkan detik dan waktu yang tidak henti berputar meninggalkan mereka dalam keasyikan yang membuahkan kepuasan tidak berpuncak.

Alex melepaskan bibir Danish. Lelaki itu lantas memandang Danish dalam jarak yang begitu dekat. Hembusan nafas panasnya menampar lembut bibir Danish.

"I love you," ucap Alex, kedengaran ikhlas. Saat dia menoktahkan ucapannya, bibirnya mengukirkan senyuman semanis tebu.

Danish terasa damai saat ucapan itu teralun menelusuri halwa telinganya. Apa yang dia mampu buat hanyalah tersenyum tanpa putus.

"Do you love me?" tanya Alex di momen seterusnya apabila melihatkan Danish hanya membatukan diri. Namun senyuman Danish itu begitu mengusik hatinya.

Danish tidak mahu menghampakan Alex, semestinya dia mahu menjawab. Jadi tanpa melengahkan masa, Danish menarik nafas panjang sebelum mula membuka mulut, "I love you t--"

"Danish, Danish...?"

Danish perlahan-lahan membukakan matanya. Pandangan yang kabur pada mulanya lama kelamaan makin jelas saat wajah ibunya mulai mengisi kornea mata.

Puan Ayu yang duduk di tepi birai katil, mengurut bahunya sambil menayangkan muka prihatin. "Danish, hari ni nak pergi sekolah ke tak? Kalau nak pergi, cepat bersiap," kata ibunya.

Danish kelihatan separuh mamai.

"Y-ya, Danish nak pergi... Sekolah hari ni," jawab Danish dengan suara serak-serak basah.

Puan Ayu tersenyum nipis. "Kalau macam tu, cepat pergi bersiap." Ibunya berpesan lalu mula bangun dan berlalu dari situ.

Danish perlahan-lahan bangkit daripada pembaringan. Dia menjuntaikan kaki di tepi katilnya sambil menenyehkan mata. Apa yang baru berlaku tadi? Soalnya pada diri sendiri. Dia masih bingung.

Setelah dia mengingati kesemuanya, dengan pantas dia membeliakkan biji mata. Mukanya terasa panas. Ya Tuhan, kenapa dia boleh mimpikan perkara seperti itu. Ini bukan kali pertama, rasanya sebelum ini dia pernah juga mimpi fasal Alex.

1+1Where stories live. Discover now