27

2.6K 151 9
                                    

TIADA tempat yang lebih menyamankan di sekolah melainkan di perpustakaan. Tahu-tahu sajalah cuaca di Malaysia yang mula panas apabila jam sudah melepasi pukul 10 setengah pagi.

Jadi, Danish mengambil keputusan untuk melepak di perpustakaan sekolah pada waktu rehat hari ini. Lagipun dia punya agenda tersendiri.

Dia menjumpai satu tajuk menarik di dalam satu majalah buat golongan remaja. Majalah ini diambilnya sebentar tadi di rak yang dikhaskan untuk susunan pelbagai jenis majalah.

Suasana di dalam librari itu dilihat tenang sekali. Semua orang ralit membuat tugasan sekolah mahupun membaca. Jikalau bersembang sekalipun, hanya dalam keadaan berbisik.

Serta-merta atmosfera di dalam perpustakaan itu terasa begitu menenangkan dan tidak mengganggu.Dalam masa yang sama, Danish yang duduk berseorangan di satu meja mulai fokus; membaca tajuk utama:-

Tanda-Tanda Seseorang Menyukai Anda💕

1. Mula Menegur.

Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan apabila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali anda yang diminati.

Danish berhenti membaca kerana penerangan itu begitu menarik hati. Dia masih ingat perkenalan pertama dia dan Alex ketika hari pertama lelaki itu datang ke sekolah ini.

-

"Hi cutie," tegurnya mesra. Danish tergamam. Cutie?

"Ex-excuse me?" balas Danish tergagap-gagap sambil sesekali mengerling rakan-rakan sekelasknya yang memandang mereka berdua.

Alex tiba-tiba saja mencubit pipi Danish.

"You're so cute to be honest!"

Danish menepis tangannya dengan pantas. Pipinya terasa panas. Dia ni kenapa? Sudahlah mengaku gay di hari pertama persekolahannya di sekolah baru, lepas tu boleh pula buat aksi begini? Gumam hati Danish, geram.

"Behave yourself," bisik Danish tegas tanpa memandangnya. Danish memegang pen lalu sambung membuat latihan yang belum siap di buku latihan matematiknya. Tiada siapa tahu tangannya menggigil.

-

Danish terangguk-angguk kecil kepalanya. Ya, memang pelik. Lelaki itu betul-betul pelik. Pelik tapi... sebenarnya baik dan sangat mesra apabila sudah mengenali dirinya yang sebenar.

2. Sentiasa Ingin Dekat.

Biasanya bila anda meminati seseorang, anda akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja dia pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat.

Biarpun penerangan ini agak creepy untuk pengamatan Danish, tapi dia berasa Alex turut ada ciri-ciri itu. Dia kembali mengingati peristiwa yang membuatkan Alex menepati penerangan itu.

-

Hari ini, seperti biasa Danish rehat di dalam tandas sekolahnya. Sebenarnya hanya bila dia berasa terlalu lapar sahaja dia akan terpaksa makan di dalam tandas. Kalau tidak, dia akan berehat di perpustakaan sahaja.

1+1Where stories live. Discover now