11

2.7K 174 17
                                    

'BERAPA banyak jantan dah kau fucked? Best ke hidup macam tu? Tak terasa macam lelaki jalang? Kau buat free eh? Em lagi teruk dari pelacur. Hahaha!'

Menggigil Daniel memegang kertas yang dijumpai di dalam laci mejanya itu apabila sudah selesai membaca kandungannya. Kandungan itu sungguh menjatuhkan maruah dan harga dirinya. Dia berasa berang namun perasaan takut turut menguasainya.

Sejak kebelakangan ini, Daniel kerap menerima surat-surat seperti ini. Dan setiap kandungan surat-surat tersebut amatlah membuatkan dia ketakutan, terhina dan berada diperhatikan.

Rahsia-rahsianya kini berada di dalam genggaman seseorang dan seseorang itu sedang seronok mempermainkan dirinya. Biar siapapun orangnya, jika Daniel dapat memang teruk dia kerjakan!

Dia memandang sekeliling di dalam kelasnya dengan muka tidak puas hati. Siapa yang teruk sangat tulis surat macam ni kat aku? Siapa yang tak puas hati dengan aku? Aku tak cari pasal dengan sesiapa pun sebelum ni! Daniel bergumam di dalam hati.

Dia kembali menatap kandungan surat tersebut dengan pelbagai persoalan menujah-nujah di benak. Siapa yang tulis surat ini? Siapa yang berdendam kepadanya? Siapa?

Secara tiba-tiba kertas yang dipegangnya dirampas seseorang. Daniel terkejut bukan kepalang. Dia mendonggakkan kepalanya memandang orang yang merampas kertas yang dipegangnya. Ternyata ianya merupakan salah seorang rakan sekelasnya.

"Bagilah balik!" pinta Daniel dengan muka geram.  Dia cuba merampas kembali namun rakan sekelasnya dapat mengelak dengan pantas sambil tertawa nakal. Seronok melihat muka marah Daniel.

"Surat apa ni? Surat cinta eh? Wuu Daniel dapat surat cinta," usiknya yang masih ketawa lalu mula membuka lipatan surat tersebut.

Daniel sudah bangun dengan mata terbuntang luas.

"Berapa banyak jan..." Rakan sekelasnya mula membaca kandungan surat tersebut namun terbantut apabila Daniel terus menolaknya dengan sangat kuat sehingga terjatuh ke lantai.

Rakan-rakan sekelasnya yang bising sebentar tadi terus senyap memerhatikan mereka berdua dengan rasa ingin tahu. Keadaan menjadi sangat janggal ketika itu sambil kesepian terus mengisi atmosfera.

Daniel terus merampas kembali surat yang berada di dalam genggaman rakan sekelasnya itu dengan segera.

"Aku takde masa nak bergurau," ujar Daniel, menjeling rakan sekelasnya lalu terus menapak keluar dari kelas meninggalkan mereka semua yang saling berbisik atas apa yang baru berlaku.

Dalam masa yang sama, salah seorang daripada mereka memerhatikan apa yang berlaku dengan senyuman sinis.

•●•●•●•

DANIEL yang duduk di atas mangkuk tandas itu menangis teresak-esak. Dia rasa sungguh stress dan takut dengan apa yang baru berlaku. Di kelas tadi, hampir saja rahsianya ketahuan.

Kalau rakan sekelasnya dapat tahu apa yang tertulis di dalam kandungan kertas tersebut, dia tidak tahu apa akan berlaku. Tapi apa yang dia tahu harga dirinya akan melayang ke angkasa. Rakan-rakan sekelasnya akan tahu dia seorang gay dan melayan banyak lelaki.

Dan berita itu akan cepat tersebar sehingga ke pengetahuan guru-guru di sekolahnya lalu sepastinya ibunya pula akan diberitahu akan hal itu oleh guru kelasnya. Di saat itu, Daniel tahu hidupnya secara rasminya sudah musnah.

Jadi sebelum dia mencapai ke fasa yang menakutkan itu, dia akan cuba sedaya upaya menghalangnya daripada berlaku. Namun Daniel mati akal dan buntu tentang apa yang dia harus lakukan terhadap apa yang berlaku sekarang ini.

Hidupnya sudah tak tentu arah sekarang ini. Menyedari seseorang sedang berseronok kerana memegang rahsianya dan mempermainkan emosinya ketika ini membuatkan mental Daniel bagai hampir kritikal.

"Macam budak kecik. Tak malu ke menangis?" Satu suara yang muncul secara tiba-tiba dengan segera mengheretnya ke alam realiti.

Mata Daniel terbeliak. Di saat itu, jantungnya mengepam darah secara tidak normal. Ada orang di luar!

"Daniel... Daniel.. Daniel... Gay malang yang rahsianya hampir pecah. Hahaha," usik suara itu. Di akhir ayatnya dia ketawa gembira.

Daniel menelan air liur. Namun terasa bagai menelan pasir. Kelat.

"Siapa kau? K-kenapa buat aku macam ni?" tanya Daniel dengan suara bergetar. Air matanya makin galak menitis.  Dia menggigil. Entah kenapa dia berasa begitu ketakutan ketika ini.

Suara yang garau itu ketawa lagi. Mungkin seronok mendengar nada suara Daniel yang sedang ketakutan itu. Makin Daniel takut, makin riang hatinya. Umpama ketakutan Daniel adalah makanan untuk hatinya.

"Kenapa buat kau macam ni? Sebab... aku suka tengok macam mana takutnya kau," jawab suara itu.

Daniel terdiam.

"Gay jalang macam kau ni selayaknya dilayan macam ni! Kau mana ada maruah kan, Daniel?" provok suara itu.

Mata Daniel terbuntang luas. Harga dirinya bagai tiada apa-apa makna saat dia mendengar apa yang suara itu cakap. Tiba-tiba Daniel naik berang.

"Aku tak buat apa-apa pun kat kau la sial!" tengking Daniel.

"Diam! Kau naikkan suara kat aku lagi, satu sekolah tau pasal kau!" ugut suara itu.

Daniel mengetap bibirnya yang bergetar tahap maksima itu. Air matanya terus-terusan menitik bagai empangan pecah. Dia rasa hendak menjerit ketika ini.

"Okeylah, aku malas nak lama-lama kat sini. Just nak bagitau kau, kalau kau nak tau siapa aku, jumpa aku kat belakang bangunan blok D lepas habis waktu sekolah," ujarnya.

Daniel terus bangun lalu membuka pintu tandasnya. Namun tiada siapa di dalam tandas itu. Hanya dia seorang. Dia memandang cermin tandas. Dia kelihatan begitu teruk ketika itu. Dia tak rasa dia mampu balik ke kelas buat masa ini.

Dalam masa yang sama, kata-kata dari suara tadi terngiang-ngiang di dalam kepalanya. Dia mengepal kedua belah genggamannya.

Hari ini juga aku nak tau siapa kau!

•●•●•●•

SEPERTI yang dijanjikan, tamat saja waktu persekolahan, Daniel secara senyap-senyap menyusup masuk ke belakang bangunan blok D sekolahnya. Namun yang anehnya tiada siapa di situ.

Dia berasa tidak hati sambil mengerling angka di jam tangannya. Betul ke tindakan aku ni? Macam mana kalau dia tak datang? Macam mana kalau...

Ayatnya tidak sempat dihabiskan apabila mulutnya ditekup dari belakang. Matanya terbeliak besar bersama hentaman kejutan yang merenjat dirinya. Dia menjerit di dalam tekupan itu sambil mencengkam tangan yang menekup mulutnya.

Suara di belakangnya ketawa keseronokan. Suara ini! Suara di dalam tandas pagi tadi. Degupan jantung Daniel bergema dengan kuat di dalam dada.

Beberapa saat kemudian tangan itu terus melepas tekupannya lalu Daniel dengan segera menoleh ke belakang memandangnya.

Mata Daniel terbuntang dengan lebih luas.

"Kau?!"

•●•●•●•

....bersambung.

1+1Where stories live. Discover now