4

3.7K 214 19
                                    

Danish P.O.V

JANTUNG aku rasa macam nak meletup.

Dia dah tahu ke?

Dia dah tahu ke aku...

...gay?

Tapi...

Dia gay jugak jadi mesti dia tahu. Memang masuk akal, kan?

Mata aku terbeliak. Memang masuk akal! Mesti dia dah lama tahu aku gay in closet. Aku dah risau tahap gaban. Ya Tuhan, dia dah tahu!

Peristiwa hitam di sekolah lama kembali merasuki kotak memoriku tanpa dapat aku mengawalnya.

"Danish gay!"

"Jijik!"

"Aku benci gay!"

"Aku akan buatkan kau terseksa setiap hari sebab tak ada siapa suka GAY!"

"Tolong!" jerit aku tetiba.

Dia bagai tersentak.

"T-t-tolong jangan... bagitau sesiapa please! Aku merayu sesangat. Aku nak mula hidup baru kat sini... A-a-aku tak nak jadi macam dulu!" Aku berkata dengan suara terketar-ketar sambil memegang kedua belah lengannya.

Mataku dah dikaburi air mata. Jantungku berdegup kencang bagai nak gila. Aku menggigil. Ya, aku menggigil.

Tiada siapa tahu betapa aku trauma kerana peristiwa lampau. Tiada siapa dapat memahami perasaanku kerana dibuli dan dibenci oleh semua orang kerana seksualitiku.

Setiap hari...

Setiap hari aku dicaci, ditindas dan dihina. Bukan saja mental tapi fizikal.

Tapi, aku berjaya lari dari neraka itu.

Dan aku takkan biarkan apa-apa pun yang cuba menarikku kembali ke neraka itu.

"D-Danish..."

"Aku tak nak jadi macam dulu! Aku tak nak kena hina lagi! Aku tak nak kena buli lagi...!" Aku dah teresak-esak menangis tapi aku masih memandangnya tepat pada mata.

Lengannya masih kupegang walaupun aku sedang menggigil. Dadaku bagai nak pecah.

"Alex, tolong jangan bagitau sesiapa yang aku ni..."

Aku tertunduk. Terasa sukar hendak menyebut perkataan itu. Segumpal nafas aku tarik lalu aku mengangkat kepala lantas menyambung, "...gay!"

Alex terdiam.

5 saat...

10 saat...

15 saat...

Suasana sepi bermaharajalela. Hanya kedengaran bunyi esakan tangisanku. Alex pula hanya membatukan diri.

Aku memandangnya sambil mengetap bibir yang bergetar.

Dia kelihatan kebingungan campur bersalah. Alex menggaru belakang kepalanya sambil mempamerkan wajah serba salah.

"Err... sorry buatkan kau menangis teruk macam ni tapi..."

Aku menanti kata-kata seterusnya, berharap dia akan berkata, dia akan menyimpan rahsia besar ini.

"...aku tak tahu pun kau gay."

Mataku membulat. Nafasku bagai direntap. Jantungku terasa berhenti berdegup buat sesaat.

What have I done to myself...?

"Danish, kau... Gay?"

Aku secara spontannya menolak Alex sehingga dia terdorong ke tepi dan terkena mangkuk singki lalu aku berlari keluar dari tandas.

1+1Where stories live. Discover now