1.

221 15 12
                                    

"Shit aku benci kau" aku cakap padanya. Dia cuma mendiamkan dirinya sambil memandangku kosong.Serius laki ni,langsung tak de perasaan?

"Bukan salah aku kau jatuh. Kau yang tak nampak mana hala tuju kau. Aku tak berminat lagi dengan kau,jadi buat apa aku perlu langgar kau?" Dia cakap dengan suara dinginnya.Aku tahu apa yang dia maksudkan.

Dia masih ingat kami berdua bertemu buat kali pertama. Situasinya sama,perasaan yang berbeza. Aku bangun dengan hati yang sakit.

"Siapa cakap kau masih berminat dengan aku?Tolong Jeon Wonwoo.Aku tak de masa nak bercinta semula dengan kau,laki tidak guna" aku cakap dan mengumpul semua buku aku dan ingin berlalu pergi.Tapi satu ayatnya buat aku berhenti.

"Kau berlagak kuat Kim Sejong,kau kena sedar yang kau masih perlukan seseorang untuk jaga kau"

.......................

"Dia cakap camtu?"Joohyun cakap dan pandang aku.Aku mengangguk dan pandang ke luar tingkap.Dan aku ternampak rakan dia dan of course dia sekali bergelak ketawa.Aku tak faham betul dengan dia,kejap dingin,kejap gembira.

Nasib baik kawannya,Mingyu baik.

"Hei kau pandang apa?Mingyu?"cepat je pompuan ni baca fikiran aku.Aku gelak dan tersengih malu.Joohyun geleng kepalanya.

"Kau tahu,kalau aku jadi Wonwoo,pilihan aku untuk putus dengan kau memang tepat.Kau tak reti setia.Kalau kau bercinta dengan Mingyu sekali pun,kau masih pandang laki lain.Kau kena---"

"Dahlah membebel Joohyun.Aku tahu diri aku sendiri."Aku cakap dan keluar kelas,untuk melihat Mingyu lebih dekat.Namun aku terlanggar seseorang.Dan sudah pasti aku berada dalam masalah.

"Kau buta?"Dia cakap perlahan,namun semua memandangnya.Satu koridor diam.Aku tunduk bawah,takut bercampur malu.Dia melangkah makin dekat.

"Aku sudah cakap,kau tak layak sekolah disini. Tapi kau masih tak fahamkan?Dan aku masih berlembut hati apabila aku menurut kata omma,dengan syarat jangan muncul depan aku. Nampaknya kau tak faham"

"Maafkan saya,Tuan Park,saya betul mintak maaf.Tolong jangan beritahu omma"Aku cakap.Dia gelak sinis.

"Maaf.Aku tak terima.Melainkan kau jerit dekat semua orang,kau bukan adik kembar aku,cakap kau miskin,dan melutut,oh ya,dengan minta maaf sekali" Dia sengih sinis.Aku kerling sesiapa di situ dan nampak Joohyun,Mingyu dan semestinya Wonwoo disitu.Aku malu namun aku melutut di hadapannya.

"Buat macam biasa kau selalu buat"

Aku tarik nafas apabila dia sebut macam tu.Aku faham maksudnya.

"Saya..Kim Sejong"Nafas aku terhenti sementara.

"Lagi kuat.Dan jangan gagap"

Aku menutup mata dan tahan air mata aku.

"Saya Kim Sejong,anak tiri kepada--"sesorang menahan aku dan memaksa aku berdiri.Aku memandangnya dan terkejut apabila manusia tersebut adalah Wonwoo.

"Kau dah melampau Chanyeol.Kau kena ingat dia masih ahli keluarga kau.Dia juga manusia.Bukan barang mainan.Dan juga bukan hamba abadi kau.Hanya kerana nama ayah kau dan dia lain,tak bermaksud dia anak angkat.Mungkin kau juga anak angkat.Dan rahsia dia?Aku juga tau.Dan aku juga boleh hancurkan dia dalam sekelip mata."Dia cakap.Aku cuma memandang lantai. Tidak berani.

"Kau tahu?"Chanyeol cakap.Dia angguk.

"Setahu aku,kau dah putus dengan dia,kenapa kau masih lindungi dia?"

"Supaya.."Dia lepaskan lengan aku dan pergi ke arah Chanyeol.Dia bisik sesuatu,tapi cukup kuat untuk aku dengar

"Dia tak jatuh cinta dengan laki durjana macam kau.Dia kan tak setia?"

...........

"Thanks"Aku cakap selepas dia bawa aku gi rooftop.Entah kenapa,rooftop sekolah aku tak macam sekolah kat drama tu.Rooftop aku macam tempat pembuangan sampah.Kotor yang amat.Jadi korang takleh nak agenda sweet kat sini.Ok aku dah merapu.

Dia abaikan aku dan seluk poket dia.

"Jujur,aku sendiri tak tahu,kenapa aku selamatkan kau."Dia bukak mulut.Aku pandang dia.

"Mingyu yang suruh aku tolong,sebab kau bekas girlfriend aku.Dan tak perlu senyum gatal sangat.Geli aku tengok"Aku tersentak apabila dia perasan.Aku cepat - cepat tutup mulut.Malunya...

Dia pandang aku dengan muka menyampah dia.Aku pulak balas dengan sengihan.

"Kau pelik"

"Sorry?"

"Selalunya kalau pompuan lepas diselamatkan oleh orang,diorang akan nangis,pastu bila kena peluk,mula la nak luah semua.Cakap dia rindu dan banyak lagi ayat drama"Dia cakap.Aku nak je tergelak.

"Kau banyak tengok drama"Aku gelakkan dia.Dia cuma jeling.

"Biarlah aku banyak tengok drama pon.Apa masalah kau?"Dia cakap dan aku gelakkan dia lagi.

"Asal?Kau harapkan aku peluk kau dan cakap aku minta maaf?cakap aku rindu?"aku cakap dalam tawa.

"Ya"

Dan tawa aku mati.

Unloyal Love // j.w.wWhere stories live. Discover now