Lepas apa yng terjadi minggu lepas,aku rasa lagi kekok dengan Wonwoo. Jumpa dia kat kaki lima,aku akan pura-pura tak nampak dia. Kadangkala kami terlanggar bahu,tapi aku cuma mengerling dan pergi.
Chanyeol pula,kami mula rapat. Tapi dia selalu puji Hana,katanya dia seorang yang baik. Dia tak tahu ka aku suka Sehun? Mentang-mentang Hana tu rapat dengan kawan-kawan dia,nak puji melangit pulak. Aku selalu ubah topik kalau dia libatkan Hana dalam perbualan kami. Dan tiap kali aku tukar,dia pasti akan selit nama Hana. Dia suka bandingkan aku,katanya aku ni patut contohi dia. Oh no way.
Dan hari ini adalah hari teruk aku sebab ada budak tumpahkan bento atas skirt aku.
Bukan itu sahaja,aku ada kelas sejarah,dan Mr.Hak Yeon dah marah aku,sebab aku tak siap homework. Punya penat aku pujuk Hong Bin dengan kata-kata manis tambah susu pekat,dia still suruh aku duduk kelas detention.
Hong Bin cuma memandang aku simpati,tapi aku tak salahkan dia kalau dia tak rasuah abang dia. Dia kan baik. Dan Mr. Hak Yeon banyak cakap,Hong Bin banyak kali kutuk dia.Jadi aku cuma angguk dan cakap janji. Dia suruh aku duduk tempat.
Tapi haritu tak habis macam tu,aku kena ceramah ketua kelas setan bertopengkan malaikat,iaitu Luhan.
Setakat buang kertas mentos dekat bawah meja pon kena denday? Aku kutip kot nanti.
Siap kata yang tak de bibik kat sekolah ni.
Cakap jela kau jeles aku kaya.
Tapi aku tak balas dan angguk lagi. Nasib baik aku dah putus dengan dia. Kadangkala aku putus dengan perangai orang tu sendiri,menyampah.
Jadi,ya aku disini,di kelas tahanan bersama Mr.Hak Yeon,dan apa yang lagi teruk adalah dia mahu mengajar aku sejarah.
......
"Balik lambat hari ni Sejong?" Omma tanya aku. Aku angguk dan naik bilik aku.
"Sejong,nanti tolong ikut Omma pergi majlis makan malam boleh"
Serius,aku cukup benci apabila diajak ke majlis sebegitu. Dahlah kawan aku semuanya orang kaya,tambah lagi yang aku dimalukan banyak kali hari ni,memang tak membantu langsung. Tapi,aku cuma tersenyum nipis dan naik atas,tanda aku nak.
Aku terserempak dengan Chanyeol dekat bilik bacaan sebelah bilik aku. Aku baru nak dekatinya,tapi langkah aku terhenti apabila aku dengar perbualannya.
"Kerja kumpulan dengan Hana? Boleh je,nanti aku ajak dia datang rumah. Boleh dia rapat dengan Sejong. Mungkin Sejong pun nanti ikut dia"
Shit
"Sejong ok jelah. Lagipon kau bukannya suka Sejong pon. Buat apa nak kisah pasal dia?"
Kau? Sudah pasti itu Sehun apabila melibatkan Hana. Aku masuk bilik aku dan hempas pintu. Nafas aku turun naik sebab marah.
Aku takkan benarkan Hana jejak rumah ni dan duduk dalam bilik tu dengan Chanyeol. Takkan.
Tengok kau nanti Hana..
......
"Cantiknya anak Puan Kim!" Kawan-kawan omma memuji aku dan aku cuma tersenyum.
Buat apa kalau kaya dan lawa kalau kalah dengan Hana tu..geramnya..
Appa pulak sibuk bercakap dengan kawan-kawannya. Aku ternampk juga Mina dan Joohyun,tapi aku abaikan sebab malu.
"Sejong,kawan omma nak kenalkan kamu dengan anak dia,pergila,dia kat taman" aku angguk dan pergi ke arah taman.
Lelaki itu membelakangi aku dan aku tepuk bahu dia. Dia pusing belakang,dan senyuman aku mati.
Lelaki itu Mingyu.
"Se-sejong?" Dia cakap dan aku sedar mata dia merah. Dia menangis ke tadi?
"Ah..Mingyu" aku cakap,cuba untuk jadi tenang. Dia tak bagi reaksi apa. Jadi aku tarik lengan dia dan kami duduk dia atas kerusi taman yang tersedia.
Aku pandang langit yang ada banyak bintang.
"Tak sangka omma awak dan omma saya berkawan. Seoul memang kecil" aku cakap dan pandang dia. Dia cuma senyum nipis.
"Kenapa awak tak senyum dah kat sekolah? Kenapa awak elakkan diri pada saya? Kenapa awak jadi macam ni? Sebab sayaka?" Aku cakap dan pandang dia. Dia menarik nafas dan pandang aku.
"Sejong,perlukah awak buat macam ni?" Dia pandang aku,dan aku nampak dia cuba menahan air matanya.
"B-buat apa?"
"Sakitkan hati awak untuk bercinta dengan Sehun. Awak tahu dia tak layan awak pon. Dia sayangkan Hana. Tapi kenapa awak perlu jadi bodoh untuk teruskan hubungan itu?"
Aku tersentak dan tunduk bawah sambil bermain dengan jari aku. Hubungan bodoh ni aku teruskan untuk kau Mingyu.
"Mingyu,saya tahu apa yang saya buat."
"Sejong,awak tak perlu teruskan semua ini untuk menjadi seorang yang setia. Saya tak tahan tengok awak digunakan depan Sehun. "
"Mingyu,awak sukakan saya kan?"
Amarah dia mengendur. Dia pandang aku.
"Saya sukakan awak juga,saya jujur. Saya tipu awak haritu apabila saya anggap awak kawan. Saya tak nak awak terluka bila sukakan saya. Jadi tolong tunggu. Sya janji,apabila saya dah putus asa dengan Sehun,saya akan datang pada awak"
"Tolong,senyum semula. Jadi Mingyu yang dulu. Awak tahu Wonwoo seorang yang ceria dahulu,tapi disebabkan saya,dia jadi macam tu."
Aku nak beredar,tapi dia tarik lengan aku dan peluk aku. Badan dia bergetar. Bahagian bahu skirt aku basah.
Dia menangis?
"Mingyu.."
Aku balas pelukkan dia.
"Saya minta maaf"
.....
Aku betul-betul penat lepas majls tu. Nasib baik Mingyu reti berlakon depan Ommanya.
Sampai ja rumah,aku tanggalkan kasut tumit tinggi tu dan naik ke bilik.
Rumah dah sunyi. Nampaknya Hana dah balik rumah. Chanyeol kata dia nak ajak Hana datang rumah malam ni untuk buat kerja kumpulan diorang. Aku malas nak ambik tahu dan biarkan omma cakap dengan Chanyeol.
"Night Sejong"
Aku tersenyum apabila omma tegur aku. Aku buka pintu bilik dan ...
Nampak Hana tengah pegang gambar aku.
YOU ARE READING
Unloyal Love // j.w.w
FanfictionNama aku Sejong. Dan ya,aku sangat kaya. Tapi aku ada satu perangai yang tak boleh dielakkan. Aku tak reti setia kalau bercinta. Dan,aku tak akan menyesal apanila aku putus dengan laki itu kerana curang. Tapi,karma sememangnya wujud kan? What you g...