Sejong!" Aku nak kemas barang tapi ada orang panggil aku. Aku abaikan dan zip beg aku secepat mungkin. Aku baru nak angkat kaki bila ada tangan kasar yng pegang lengan aku.
Lelaki itu Mingyu.
Aku senyum pahit,dan tolak tangan dia lembut. Dia hairan.
"Ye?"
"Awak..." dia cuba untuk cakap,tapi dia cuma memandang tepi dan garu belakang leher dia.
"Mingyu nak ajak keluar? " Joohyun menyampuk,kebetulan dia ada disitu.
Dia angguk. Aku gelak kecil.
"Maaf,saya tak leh. Ada kelas malam." Aku cakap dan tunduk.Joohyun pandang aku dengan pandangan sejak-bila-kau ada-kelas-malam? Aku abaikan dia dan keluar kelas.
Dan sekali lagi,aku nampak Sehun dengan perempuan tu.
Aku cepat - cepat beredar bila aku nampak Chanyeol. Aku kejar dia dan pegang lengan dia. Dia terkejut tengok aku,tapi pandangan dia lembut,tak seperti sebelum ini.
"Jom balik sekali?"
......
Perjalanan kami sangat senyap. Aku sedar yang dia duduk depan dengan driver manakala aku duduk belakang. Dan nampaknya pekerja tersebut lebih menghormati aku berbanding dia.
Aku berdehem dan menyuruhnya untuk berhenti di sebuah kedai serbaneka. Chanyeol pandang aku pelik tapi aku abaikan.
Apa? Aku nak beli barang perempuan pun salah?
.....
"Nak tanya boleh?"
"Buat apa tu?"
"Jom main pokemon go?"
"Awak suka perempuan macam mana?"
Dan macam-macam lagi aku tanya supaya dia bukak mulut. Nampaknya aku yang bazirkan air liur kat dia. Stress aku. Sampaila aku baling bantal kat kepala dia. Dia pandang aku.
"Robot eh?ke pekak?" Aku jerit. Dia angkat kening dia dan sumpah aku nak bunuh laki ni.
"Kau bercinta dengan Sehun?" Aik?dia tetiba tanya pahal?
"Entah" aku merajuk. Aku nak keluar bilik dia tapi dia tahan lengan aku dan tarik aku dekat dengan dia. Bau dia...aku suka.
Tak,tak. Aku tak suka.
"Nak apa?" Aku tolak dia dan jeling. Dia sengih.
"Aiskrim atau soju?"
.....
Aku nakkan kedua-duanya sekali. Kalau boleh aku nak campur. Tapi aku tak gila lagi untuk buat perkara tu.
Jadi dia bawak aku makan aiskrim amira rosli,baskin robin. Tapi kau tak dapat poster amira kat sini,kau dapat Joong Ki. Aku merapu sekali lagi.
"Nak perisa apa?" Dia tanya aku. Aku nak bukak mulut tapi memikirkan berapa litre air liur aku habis,aku diam dan abaikan dia.
.....
"Tak sedap" aku cakap sambil makan aiskirm teh hijau. Rasanya macam..blekk. Ubat. Dia tersengih dan menikmati aiskrim cookies and cream.
Bila aku pandang dia betul-betul,dia memang kacak. Walaupun telinganya capang. Matanya yang bulat kadangkala menjadi lagi besar apabila dia marah. Sengihannya yang membuatkan ramai yang ingin bercinta dengan dia tapi tak dapat.Aku pon tak pasti apa ciri-ciri wanita idamannya.
Aku?Memang out of the list.
"Sehun masih dengan dia?" Dia tanya aku tiba-tiba. Aku kerutkan kening,tak faham soalannya.
"Kau tak tahu?"
"Tahu apa?"
Dia letakkan sudu aiskrimnya dan pandang anak mata aku.
"Sehun ada girlfriend kat kelas dia. Memang dia seorang playboy tapu dia setia dengan perempuan tu. Kau faham tak maksud aku?"
Aku diam.
"Perempuan tu miskin. Jadi Sehun tak nak orang buli dia kalau diorang dapat tahu yang dia tu miskin. Pemikiran orang sekarang,yang kaya dengan kaya,dan juga sebaliknya" aku mengangguk faham.
"Jadi..aku nak tanya,kau tahu ke tak?"
Aku teringat ciuman mereka dia bumbung. Aku teringat macam mana perempuan tu menangis dia dada Sehun.
"Tahu"
"Kau tak nak buat apa-apa?"
Aku geleng. Dia pandang aku aneh.
"Buat apa? Saya dengan dia serupa,tak setia"
"Tapi dia setia dengan Hana.Kau tak setia dengan Wonwoo."
Jadi namanya Hana?
"Jadi salah sayala sekarang ni? Awak nak saya buat apa? Tampar dia? Atau tampar Hana?"
"Aku tahu kau tak suka. Jadi belajarla setia. Putus dengan Sehun dan mula dengan Mingyu."
Dia tahu?
"Ya aku tahu. Wonwoo bagitau. Sebagai seorang ex,dia agak baik untuk melihat kau bahagia dengan laki lain"
YOU ARE READING
Unloyal Love // j.w.w
FanfictionNama aku Sejong. Dan ya,aku sangat kaya. Tapi aku ada satu perangai yang tak boleh dielakkan. Aku tak reti setia kalau bercinta. Dan,aku tak akan menyesal apanila aku putus dengan laki itu kerana curang. Tapi,karma sememangnya wujud kan? What you g...