"JEON WONWOO!!!" Aku menjerit namanya dari luar bilik air tersebut. Dia ni kan,dah tau takle minum soju,janganla minum. Pastu nak minum lagi,alasan sebab rindu Mingyu.
Hei,kau rindu dia ja,tapi susahkan aku beratus kali.
"Se-uekk"
Errgh,jijik.
"Okey tak?"
"...."
"Wonwoo?"
.............
"Arghhh dia gastrik teruk ni. Kamu makan udang ke tadi Wonu? Omma dah pesan,jangan makan benda tu. Siapa yang bagi?"
Ommanya tanya Wonwoo yang terbaring lemah di katil. Aku cuma duduk di birai katil itu dan menunduk memandang lantai.
Akula yang bagi tu.
.....
"KWON SOOYOUNG!!!"
"JEON SOMI"
"CHOI SOO EUN"
"KAMU SATU KUMPULAN!"
Aku gelak terbahak-bahak memandang muka Hoshi yang kecut nak mampus. Dia mana suka sangat Somi tu. Soo Eun? Budak tu kelas depan kot. Budak hot lagi,dak aku lagi hot dari dia. Dan setahu aku, Soo Eun tu pendiam kot. Dia baru je pindah kawasan rumah aku,dan ommanya buat makan malam dengan kitorang. Punyala berbuih aku cakap dengan dia,dia boleh angguk ja?
Nasib kau lawa.
"Tak lawak la...aku tak nak grup tu,kau tak nampak Somi tergedik-gedik nak mampus bila dia dengar nama aku?"
"Jadi kawanla dengan Soo Eun"
"Kau buat lawak?"
"Trust me,she wasn't that bad"
"Ini semua sebab kau,kalau kau tak ajak Wonu makan udang bakar tu dengan minum soju,dia tak akan benarkan aku grup dengan diorang. "
Dia kata dan mengecilkan matanya pada aku. Aku cuma memusingkan mata aku dan memandang kosong ke arah padang. Yala,kalau aku jadi Hoshi pun,aku tak nak buat projek tu dengan diorang. Dan ni pula projek sains terakhir,dana kitorang kena lulus. Kalau tak,tak boleh graduate. Aku grup dengan Jeonghan dan Joshua,Wonu pulak dengan budak kelas mana tah.
"Cubala berkawan dengan SooEun. Mana tau,dia baik"
Aku kata dan meregangkan tangan aku. Kitorang tengah rehat,dan cikgu umumkan nama masa ni. Lepas Hoshi dengar,dia heret aku gi padang sekolah,takut Somi pergi kat dia.
"Kalau tak boleh? Macam mana kalau dia tu tak suka laki? Macam mana kalau dia tu macam Somi? Macam mana kalau...."
"Kalau apa?" Aku tanya apabila dia berhenti.
"Kalau dia macam kau? Playgirl?"
"KWON SOOYOUNG!!!"
......
"Temanla aku,aku seganla"
Kalau bukan Park Chanyeol yang berada di hadapan aku,dah lama aku tersembur air dekat meja bila Hoshi cakap camtu. Chanyeol pun terkejut bila dia dengar Hoshi cakap 'segan'.
Hoshi mana ada rasa malu?
"Kau sakit eh?"
"SEJONGGG"
"Pergi jela. Diorang tak akan bunuh kau. Percayala cakap aku."
"Kau teman hari ni ja. Aku dah tanya Joshua dan Jeonghan,diorang kata kau nak mula esok. Hari ni kau free kan?"
YOU ARE READING
Unloyal Love // j.w.w
FanfictionNama aku Sejong. Dan ya,aku sangat kaya. Tapi aku ada satu perangai yang tak boleh dielakkan. Aku tak reti setia kalau bercinta. Dan,aku tak akan menyesal apanila aku putus dengan laki itu kerana curang. Tapi,karma sememangnya wujud kan? What you g...