5.

100 13 9
                                    

Entah kenapa,selepas apa yang berlaku semalam,aku rasa tak sedap hati.Macam ada benda yang akan berlaku. Tapi aku abaikan.

Dan seperti aku tahu,satu sekolah sudah tahu aku bercinta dengan dia. Wonwoo dah tak kacau aku,Mingyu pulak asyik senyum kat aku,seram, tapi aku suka.

Chanyeol? Dia masih tak cakap dengan aku, dan aku nampak dia makin cengkung. Bila aku tanya omma,betulka dia akan buang Chanyeol, omma cuma angkat bahu.

Aku malas nak fikir jadi aku terus ke kelas aku,tapi ada tahan yang halang aku,iaitu Wonwoo.

Aku nak tepis, tapi dia genggam kuat,dan tarik aku dekat dengan dia.

Nasib tak ada orang di koridor.

"Kau gila ka?" Dia jerkah aku, dan aku agak tersentak. Aku cuma pandang dia takut. Apa pula salah aku?

"Kau sukakan Mingyu,aku tak larang,kau buat innocent depan Lay,aku tak kisah. Tapi perlu ke kau jatuh cinta dengan Oh Sehun?" Dia jerkah aku lagi,makin kuat. Aku pandang bawah. Aku tak berani.

"Bila aku tahu kau mula sukakkan Mingyu,aku bersyukur yang kau pilih laki yang betul. Dia baik. Dia pandai. Walaupun,aku sakit dapat tahu semua tu. Kau pasti gembira kalau Mingyu suka kau balik."

Aku pandang dia.

"Sejong,jauhkan diri kau dari Sehun. Dia bukan laki yang baik. Mingyu sukakan kau. Dan aku janji aku takkan kacau hidup kau dah."

"Kalau aku taknak?" Aku cakap.

"Dan kau akan lihat cerminan diri kau dalam bentuk lelaki. Dan percayalah,kau takkan sanggup untuk hadapinya. Walaupun kah sendiri tak setia"

.........

Aku berjalan perlahan ke bumbung. Aku tak percayakan Wonwoo. Tapi dia suruh aku datang sini,lihat kebenarannya.

Aku toleh kiri dan kanan,namun tiada seorang pon di atas ni. Aku tersenyum lega dan ingin turun sehingga aku dengar derapan tapak kasut naik ke atas. Aku terus menyorok belakang meja-meja tebiar atas.Dari bunyi kasut,aku tau ada dua orang.

Aku mengintai dan nampak...

Oh Sehun dengan seorang perempuan lain.

Dia kelas sebelah,mungkin diorang berkawan.

Tapi cara dia pandang Sehun,lain sangat.Macam pandangan...tak,aku tak nak fikir.

Sehinggalah Sehun buka mulut. Aku tak dengar,tapi aku boleh agak Sehun sedang menyampah.

Tapi,sesuatu mengejutkan aku.

Perempuan tu cium Sehun.

Dan Sehun balas.

Aku kalih ke belakang,menutup telinga dari mendengar desahan nafas diorang.

Hati aku sakit.

Aku dipermainkan.

Aku dicurangi.

Dia tak set-

Aku tak layak cakap macam tu,sebab aku tak setia jugak.

Aku senyum sinis,memandang langit yang makin gelap.Nampaknya langit mengejek aku. Mereka gelakkan aku.

Baru aku tahu,rasanya dibohongi.

Dan aku tahu lukanya akan kekal sampai bila-bila.

Berapa ramai yang sudah terluka sebab aku?

....

"Kenapa muka kau tak bersemangat ni?" Joohyun tanya aku bila aku duduk. Aku senyum tawar dan pusing belakang,mencari kelibat,Wonwoo.

Tapi apa yang aku nampak adalah Mingyu yang tersenyum manis pada aku.

Aku nak balas,tapi kata-kata Wonwoo membantut pergerakkan aku. Aku abaikan dia dan pusing depan.

Aku tak nak buat dia terluka.

Aku tak nak bunuh senyuman ceria dia.

Seperti Wonwoo.

Unloyal Love // j.w.wWhere stories live. Discover now