"Hey,kau okey?" Joohyun tanya aku bila aku duduk disebelahnya. Wonwoo juga memandang aku sekilas. Serius,aku malu dengan dia.
Dia dah gila? Ka aku yang gila. Muka aku sangat merah. Aku tepuk - tepuk pipi aku.
"Siapa bagi kau plaster? Bibir kau dah nampak okay skit. Kau pergi bilik sakit?" Joohyun tanya dan aku geleng. Dia pandang aku pelik dan tetiba sengih macam kerang busuk.
"Wonwoo bagi?" Dia cakap dan aku bulatkan mata. Dia pegang dahi aku
"Kau dah tak panas,tapi pipi kau merah sangat,ada apa-apa yang aku terlepas?" Dia usik dan aku tepis tangan dia. Dia gelakkan aku,dan telinga aku boleh berdarah dengar ketawa puntianak dia.
"Korang...ehem ehem ka?"
"BAE JOOHYUN!!!"
......
"Cik Sejong, Tuan Chanyeol tak naik lagi." Pemandu aku cakap. Aku dongakkan kepala dari fon dan pandang cermin kecil tu.
"Biar saya cari dia" aku cakap dan keluar. Aku nampak Xiumin.
"Mana Chanyeol" aku tanya, dan dia tetiba terdiam. Pipi tembam dia merah. Ok,ini pelik.
"D-dia.." aku terkebil-kebil tengok dia. Pelajar yang lalu semua gelakkan kami dan ada yang bersiul.
"Xiumin?" Aku layangkan tangan aku depannya.
"Dia dengan Sehun,Baek,Chen,Kris,Luhan, Kai, T--"
"Dan kenapa awak tak ikut sekali."
Dia pandang aku,comel jugak mamat ni.
"Sebab saya sokong awak"
"HAH?"
.......
"Hana kata apa?" Aku tanya. Kami dia cafe berdekatan dengan sekolah,sebab dia kata nak cita sesuatu. Nak tak nak,aku terpaksa. Kesian pemandu aku,kena tunggu lagi lama.
Siapa cakap aku kejam?
"Hana kata yang awak tak suka dia,dan awak ada keinginan nak tampar dia." Dia cakap sambil menguis baozi depan dia.
"Dan?"
"Sehun marah,jadi dia cerita pada kami. Chanyeol juga menyokong,katanya perbuatan awak salah. Hana tak kata apa. Tapi Hana nangis teruk. Dan Sehun kata dia demam panas, jadi diorang ramai-ramai pergi hospital."
Perempuan tu buat lawak? Aku yang demam. Tapi aku taknak pertikaikan tu semua.
"Kenapa awak tak ikut?"
"Diorang tak bagi,walaupun saya sepupu Hana"
Dan air aku tersembur meja dia.
"Hana demam. Demam dia dah lama. Tapi baru semalam Sehun tahu,jadi dia ingat Hana balik dalam keadaan basah dan terus demam. Saya tak percaya sebab Hana balik dengan kereta hitam. Saya tahu itu kereta awak,tengok nombot plat kereta. Tapi awak tak ada. Jadi saya keluar dan nampak awak keluar dari 7-E bawak pad pemanas. Kenapa awak tak beli payung?"
"Duit tak cukup,tinggal dompet"
"Jadi saya cuba cerita pada diorang. Semua tak percaya. Chanyeol pun. "
Macam man Chanyeol nak percaya kalau dia hempas pintu bilik dan kunci dirinya?
"Xiumin,terima kasih"
"Sebab apa?"
"Awak adalah antara orang-orang yang saya percaya. Walapun tu tak mengubah apa-apa" aku senyum ikhlas.
Sekurang-kurangnya dia percaya aku. Walaupun dia sepupu Hana.
.......
"Omma,jom keluar" aku cakap sambil peluk tangan Omma. Dia tersenyum dan usap rambut aku.
YOU ARE READING
Unloyal Love // j.w.w
FanfictionNama aku Sejong. Dan ya,aku sangat kaya. Tapi aku ada satu perangai yang tak boleh dielakkan. Aku tak reti setia kalau bercinta. Dan,aku tak akan menyesal apanila aku putus dengan laki itu kerana curang. Tapi,karma sememangnya wujud kan? What you g...