4.

82 11 3
                                    

Macam mana dia tahu?

Tapi aku tak kisah sekarang. Dengar je perkataan minum,aku terus angguk. Ya,itulah rahsia aku yang Wonwoo dan Chanyeol tahu. Dia tersenyum.

Malam ni,aku akan jumpa dia.

.......

"Sehun,sejak bila awak reti minum?" Aku tanya dia sambil tuang arak tersebut dalam gelasnya.

"Sejak aku umur 15. Aku kemurungan lepas omma aku meniggal.Jadi, aku belajar minum.Kau?"

"Rahsia" aku cakap dan sengih.Dia mencebik dan tengok sungai yang tengah mengalir tu. Aku yang cadangkan minum kat sini pada waktu malam. Dan aku terpaksa tipu yang aku tidur rumah Joohyun.

Aku pandang Sehun,bibirnya yang merah,mukanya yang putih,memang pelik bila Joohyun kata dia hodoh.

Dan,dia alihkan kepalanya kat aku. Kami bertentang mata.

Jujur,aku tak pernah tertarik dengan dia,aku cuma memujinya kacak. Tapi tak pernah sukakan dia.Memang aku tak reti setia,tapi bila pandang dia,rama-rama yang selalu ada dalam perut aku bila tengok laki kacak,hilang.

Dan,walaupun jarak kami dekat sekarang,aku masih kosong.

Sampailah,jarinya di bibir aku.Dan ya,rama-rama mula menerbangkan sayap.Kenapa bila dia sentuh aku,baru aku rasa macam ni?

"Kau tak macam perempuan lain" dia cakap,dan aku sedar yang dia sudah memasuk fasa mabuk.Aku pegang tangan dia dan letakkan dia rib aku.

"Sehun awak dah mabuk,jom balik" aku cakap,tapi dia peluk aku kuat.

"Kau mengingatkan aku pada omma aku. Sangat-sangat.Aku rindu dia" dan aku sedar dia menangis.

Aku usap belakang dia,dan bisikkan yang semuanya tak apa-apa. Jadi dia minum kerana rindukan ommanya,bukan kerana dia suka dengan aku.

Dia leraikan pelukkan,dan rehatkan dahi nya ke dahi aku.Hidung kami bersentuhan.

"Boleh..aku..cium kau?"

...........

Aku tersedar bila aku berada dia atas katil.Aku melihat sekeliling,dan tahu ini bukan bilik aku.Aku memandang diri aku dan lega yang aku masih berbaju. Aku baru nak bangun,tapi ada tangan yang menarik aku,baring semula.

Ianya Sehun.

"Harini cuti" dia cakap.Dan aku teringat yang dia cium aku.Entah kenapa,aku pon balas. Tapi serius aku tal sedar bila aku habis cium dia.

"Kau mabuk juga semalam" oh. Dia tahu.

Dia bukak matanya dan pandang aku. Pipi aku merah,jadi aku nak alihkan badan aku,tapi dia dekatkan muka aku dan dia.

"Kau blushing"

"Ma--mana ada!!"

Unloyal Love // j.w.wWhere stories live. Discover now