✘CHAPTER 9✘

749 98 0
                                    

Buku nota ditutup selepas catatan yang di berikan prof sandara selesai ditulis.. Lantas buku nota bercorak exo itu dimasukkan dia dalam. Beg sandangnya... Kepalanya menoleh ke kiri ke kanan mencari chingu barunya itu..
"Taehyung keluarlah orang dah tak ada ni"bisik ji hyo perlahan..
"Yep.. Awak panggil saya ke? "Taehyung muncul dari bawah meja belajar song ji hyo.. Dilihat sekeliling rakan sekelas song ji hyo semuanya sudah pulang jadi dia bebas berbual dengan ji hyo..

Taehyung melabuhkan punggungnya di atas kerusi dan menhadap ji hyo yang sedang tekun menekan papan kekunci di laptop usangnya itu..
"Awak memang nak jadi penulis ke? "Soal taehyung.. Dia mendekati ji hyo dan membaca ayat-ayat yang ditulis di skrin berwarna putih itu.. Berdamping dengan ji hyo sedikit sebanyak membuka fikirannya yelah kalau setiap hati duduk dikelas menemani ji hyo tentu-tentu lah apa yang masuk dalam kepala otak ji hyo masuk juga di dalam kepala otaknya...
"Taklah aku nak jadi tukang kayu"seloroh ji hyo..
"Tukang kayu tu apa? "Soal taehyung dia hanya tahu apa itu penulis sebab setiap hari dia dengar puan sandara asyik mengulang perkataan yang sama iaitu penulis..

Ji hyo menepuk dahinya kuat,lupa pula yang dia ni berkawan dengan makhluk halus tentulah tak tahu apa itu tukang kayu..
Ji hyo menutup laptop berwarna hitam yang dulu milik appa nya kini sudah bertukar milik padanya..
"Nak tahu ke kenapa aku nak jadi penulis? "Soal ji hyo matanya menatap mata taehyung lama..
Taehyung mengangguk tanda dia ingin sekali mahu tahu kenapa agaknya ji hyo memilih menjadi seorang penulis..
"Sebenarnya menjadi penulis adalah cita-cita aku dari kecil lagi.. Bila cikgu tanya ji hyo awak kalau besar nak jadi apa? Aku selalu cakap yang aku nak jadi penulis walaupun aku tak tahu apa itu maksud penulis yang sebenarnya.. Tapi aku yakin itu yang aku nak bila aku dah dewasa nanti sedangkan kawan-kawan yang lain memilih kerjaya yang hebat aku lebih suka cakap aku nak jadi penulis.. Bagi aku.. Menjadi penulis adalah medium untuk aku luah apa yang aku rasa aku nak beritahu pada semua apa yang aku alami melalui penulisan aku.. Kerana aku tahu tak semua mahu mendengar cerita aku.. Tapi sekurang-kurangnya mereka baca cerita aku.. Mereka faham apa yang aku nak.. Apa yang aku rasa.. Aku nak semua orang faham.. Aku akan berpuas hati dengan penulisan aku jika ada seorang kanak berkata.. Mama saya nak jadi macam penulis song.. Dan jika ayat itu yang aku dengar aku akan tersenyum lebar.. Aku nak orang semua kenal aku sebagai penulis hebat.. Itu janji aku pada appa dan omma.. Kau mesti tak faham kan.. "Soal ji hyo bila dia lihat taehyung melopong mendengar penjelasannya..

"Kalau macam tu awak minta lah permintaan untuk jadi penulis terkenal dan saya akan penuhi hajat awak.. Simple kan? "
"Aku nak jadi penulis atas usaha aku sendiri buat apa aku kumpul duit ikat perut.. Makan meggi setiap hari untuk sambung belajar lepas tu free free je dapat jadi penulis.. Tak adil dan tak sihat bagi aku.. Kau jangan nak ajar aku benda yang bukan-bukan ea.. "Ji hyo menunjukkan penumbuknya pada taehyung.. Dan dia bangun dia berkira mahu ke cafe membeli makanan tetapi kata-kata dari taehyung buat dia terdiam...

"Awak tak kesiankan saya ke? Dah 21 tahun saya dekat bumi ni semata-mata nak tunggu awak punya hajat... Saya pun rindukan keluarga saya"taehyung menundukkan mukanya menghadap lantai kelas..

Ji hyo mengeluh lantas dia kembali ke meja belajarnya dan mengeluarkan buku skrap exo yang di simpannya sejak exo debut..
Lantas buku skrap itu diletakkan di depan taehyung..
"Buat sesuatu untuk mereka"
"Buat apa?? "Taehyung binggung adakah song ji hyo sedang membuat hajat... Atau meminta pertolongannya...
Ji hyo mengeluh lantas matanya dipejam tangannya digenggam..
"Aku berharap yang exo kembali 12 orang.. "Dengan sekali lafas ji hyo membuat hajat..
"As your wish"...taehyung tersenyum dia membaca sesuatu dalam ayat yang sukar difahami ji hyo kemudiannya dia mengeluarkan sesuatu dari mulutnya seakan buih mengenai seluruh badan ji hyo..

Ji hyo membuka matanya..
"Aik.. Tak jadi apa-apa pun? "Soal ji hyo bila dia masih di dalam kelas..
"Memanglah.. Permintaan awak akan dipenuhi tepat pukul 12 malam ni.. So bersiap sedia.. Pukul 12 malam ni saya datang.. Anyeong.. "Taehyung hilang bersama kepulan asap yang membuat ji hyo terbatuk..
"Entah zaman bila lah kau lahir.. Gaya kau klise betul.. "Ji hyo ketawa lucu kemudian dia terus keluar dari kelas...

************

Tao meletakkan dua cawan kopi panas di hadapan meja kayu yang terdapat di dalam biliknya yang dikongsi bersama lay.. Dipandang hyungnya yang diam berbaring diatas katil sambil matanya merenung siling bilik mereka..
"Hyung... "Panggil tao perlahan...
Lay diam menjawab tidak memberi respon juga tidak..
"Hyung... Tao faham hyung.. Tao percaya hyung.. Apa yang hyung cakap selama ni semuanya tao percaya"ye betul dia mahu percaya kata-kata hyungnya itu sedangkan yang lain menganggap yang hyung itu berhalusinasi.. Dia pun berfikir begitu bila hyung nya itu sering bercakap benda-benda yang aneh selalu bercakap pasal yeoja yang selalu berada di dalam mimpinya itu..
"Tak payah nak ambil hati hyung.. Semuanya fikir hyung dah gila.. Tao pun sama macam yang lain kan.. "Lay mengalihkan badanya membelakangi tao..

"Hyung... Hyung tahukan kami sayangkan hyung.. Kami tak nak hyung sakit.. "Luah tao dia takut jika lay jatuh sakit kerana kerapa kali lay makan tidak mengikut waktu..

Lay bangun lantas selimut yang membaluti tubuhnya di Baling kasar..
"Sayang?... Sayang?... Tao bercakap pasal sayang? Layak ke tao cakap benda yang berkaitan dengan sayang bila tao dah ambil keputusan nak tinggalkan kami.. "Jerit lay mujurlah kesemua member exo sedang berada di agensi kalau tak mesti kecoh...

Tao terpana matanya tuntas memandang lay yang sedang marah.. Tangannya mengigil..
"Man... Mana hyung tahu semua ni.. "Soal tao gagap..
Lay tersenyum sinis lantas surat yang ditulis tao dibaling di hadapan tao dengan perasaan marah bercampur sedih lay menangis.. Dia termenung bukan kerana yeoja itu tapi kerana isi kandungan surat tao... Nasib baik dia yang baca macam mana kalau suho yang baca berapa banyak gelen air mata lagi yang dia nak keluarkan kali ni...
"Tao kau memang jahat.. Kau tak nampak ke apa yang exo lalui bila kris dan luhan keluar dari exo.. Kau pun nak join sekali ke sakitkan hati kami.. Macam mana dengan hyung bila kau keluar nanti.. Kau nak semua orang salahkan exo atas apa yang berlaku.. "Soal lay dipandang tao yang sedang mengesat air matanya..
"I'm tired i'm just tired i need more rest.... That' it... "Jawab tao..
Lay melanggar bahu tao kemudiannya dia terus keluar dari bilik meninggalkan tao bersendirian.

"Aku juga perlukan perhatian.. Aku sayangkan exo tapi aku juga punya cita-cita"rintih tao bukan niatnya mahu menambahkan lagi luka dihati exo dan juga exo-l tetapi dia perlukan lebih perhatian dari peminat.. Dia mahu berdiri dengan namanya sendiri adakah itu salah??? ...

DIFFERENT ENDING[remake See You Again]Where stories live. Discover now