✘CHAPTER 57✘

318 65 5
                                        

Kaca mata ditanggalkan gincu yang memudar dioles kembali di lihat lay yang sedang sibuk dengan telefon bimbitnya disebelah entah apa yang di sibukkan dia pun tak tahu. Sesekali matanya meliar mengira kereta pelbagai bentuk dan berlainan hala tuju. Hampir satu jam mereka terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas mujurlah konsert mereka akan bermula pada sebelah malam kalau tidak haru jadinya, sepatutnya mereka tiba awal pagi tapi disebabkan penerbangan mereka di tunda akhirnya mereka sampai lewat petang.

Lay menyimpan telefon bimbitnya menyuruh pembantu mereka menguatkan volume radio.

"Ji hyo dengar ni"gesa lay dia teruja..
Ji hyo memasang telinga..
"Petang ini kita diserikan lagi dengan tetamu khas yang cukup istimewa iaitu mixed boyband exo.... Mereka disini khabarnya mahu membuat kejutan pada ahli yang paling muda dan satu-satunya bunga dalam kumpulan mereka"celoteh dari dj radio buat ji hyo tersenyum lebar dia tak pernah meminta sesiapa pun menyambut hari jadinya kerana tiada satu pun ingat tarikh istimewa itu.

Ji hyo bersandar sambil memeluk tubuh..
"Ji hyo yah! Happy birthday semoga kau terus bantut dan tak membesar supaya aku dapat buli kau selama-lamanya"ucapan dari sehun buat dia mengetap giginya kasar betul gurauan sehun.

"Happy birthday my lovely maknae.. Oppa harap ji hyo terus menjadi penyeri dalam kumpulan kita teruskan mengejar cita-cita ji hyo kami sentiasa ada di belakang ji hyo. Ji hyo saranghae"buat pertama kalinya kata-kata d.o kedengaran sweet untuk halwa telinganya.

"Our maknae ji hyo yah! Ji hyo dan besar dah sekarang. rasanya macam baru semalam kita berjumpa. Ji hyo dulu nampak kecil dan comel tapi sekarang ji hyo tumbuh menjadi seorang gadis yang manis dan cantik. Oppa bangga dengan ji hyo dan selalu bangga dengan pencapaian ji hyo. i love you happy birthday"ucap ketua kumpulan mereka suho dia tahu suho sebak kerana dari kata-kata suho jelas kedengaran suho betul-betul sayangkannya kerana dari hari pertama dia di sini suho adalah satu-satunya yang melayannya baik.

"Ji hyo oppa minta maaf sebab berkasar dengan ji hyo selalu bergurau kasar dengan ji hyo. Oppa gembira bila lihat ji hyo semakin matang dalam menyelesaikan masalah ji hyo sendiri. Teruskan menjadi telinga dan bahu untuk kami terima kasih. Selamat menjalani hari tua. Saranghae.!"kata terakhir dari chanyeol berjaya menerbitkan air matanya dia melihat lay yang sedang memegang tangannya.

Lay meramas tangan ji hyo.. Dibawa tangan ji hyo dimulutnya dan dikucup perlahan.

"Happy birthday song ji hyo.. Love you"ucap lay dilihat bola mata ji hyo bergerak-gerak mungkin yeoja itu tidak mahu menitiskan air mata tapi akhirnya yeoja itu tewas bila dia menangis.

Ji hyo membuang pandang keluar tingkap kereta hampir seminggu dia terfikir apa agaknya yang terjadi pada exo bila dia pulang nanti. Adakah mereka akan baik-baik saja.

☆☆☆☆☆

Suho antara makhluk yang paling sibuk menguruskan itu dan ini kerana atas permintaan mereka sendiri mereka mahu menguruskan tapak konsert dan sambutan hari jadi ji hyo sendiri tanpa bantuan staff jadi mereka terpaksa bertungkus lumus merangka itu dan ini.

"Kai hyung kan dah cakap belon tu jangan keluarkan dulu nanti ji hyo perasan.. Dah berapa kali hyung cakap"marah suho dia Agak tegas bila ia melibatkan kerja jadi dia langsung tidak mahu ada kesilapan yang terjadi.
Kai mengikut arahan suho dan menyimpannya semula.

Suho turun dari pentas dan melihat pentas yang dihias dengan ribuan mawar putih.. Konsep konsert mereka ini bertemakan 'dreamland' konsep ini datangnya daripada ji hyo kerana yeoja itu selalu menyatakan hasratnya mahu sambutan hari jadinya kali ini berkonsepkan dunia fantasy seperti di dalam mimpinya, jadi dia hanya menggunakan idea itu untuk merealisasikan impian ji hyo.

DIFFERENT ENDING[remake See You Again]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang