✘CHAPTER 42✘

417 69 2
                                        

Pintu lif yang hampir tertutup di tahan seseorang. Tuan lee soo man beranjak ketepi dia diam seribu bahasa mulutnya terkunci hatinya rindu namja itu... Dia rindukan anaknya yang membuang dirinya sendiri. Mana mungkin dia sanggup membuang dua anak yang ditinggalkan isterinya dia tak sekejam itu. Malah dia sanggup berkorban masa mudanya demi menyara kedua anak lelakinya tapi anak-anak itu langsung tak nampak usahanya.

"Macam mana dengan exo? "Soal suara garau milik lee soo hyuk walaupun dia tidak memandang papanya dia tahu reaksi orang tua itu. Pastinya dia tertekan mendengar satu persatu ahli exo meninggalkan kumpulan itu. Dia tak perlu susah-susah untuk menjatuhkan exo kerana exo telah jatuh satu demi satu baguskan?.

"Macam mana dengan soo hyuk sihat? "Soal tuan lee soo man suaranya bergetar mata tuanya layu dia rindukan anak yang menghilang diri selama hampir lima tahun. Dan sekarang dia berjumpa dengan anaknya dengan cara begini.

Lee soo hyuk ketawa bersungguh-sungguh sampaikan air matanya terkeluar akibat ketawanya yang terlalu lama.
Lee soo hyuk memusingkan badanya dia menentang muka tua milik papanya. Ya! Dia rindukan namja separuh abad itu malah dia melakukan semua ini hanyalah semata-mata mahukan perhatian papanya.

"Adakah ini tuan lee soo man yang saya kenal? Tanya khabar? Wah!! Nampaknya exo betul-betul akan berakhir tak lama lagi sebab seorang yang egonya terlalu besar menanyakan khabar anak yang dibuangnya... "Lee soo hyuk tersenyum sinis dia enggan memandang muka papanya.

"Boleh papa peluk soo hyuk..... "
Lee soo hyuk tergamam dia tidak menolak dia membiarkan tubuhnya masuk dalam pelukan seorang ayah.. Dia kalah air matanya yang terlalu mahal akhirnya tumbuh hanya kerana sebuah pelukan.

Ting!!!!! Pintu lif terbuka.. Soo hyuk melepaskan pelukan mereka dia meluru keluar sebelum papanya perasan air mata yang tumpah dipipinya...

Tuan lee soo man memejamkan matanya air mata tuanya mengalir dipipi... Dia tak sangka dia memeluk tubuh anaknya buat pertama kali kerana sebelum dia dia terlalu sibuk sampaikan memeluk dan mencium anaknya pun dia tidak pernah punya waktu. Anaknya salah jika mereka fikir dia mementingkan exo,yang sebetulnya kumpulan exo lah menjadi punca dia menubuhkan syarikat ini dan melalui exo dia menemui kepuasan dalam berkerjaya. Dia tak kan senang nak melepaskan exo kerana kumpulan itu terlalu bermakna baginya.

☆☆☆☆☆

Empat cawan teh hijau yang masih panas terhidang atas atas meja kaca yang terdapat di taman yang dikelilingi pelbagai bunga yang berwarna-warni.suasana damai terasa bila bunyi pancuran air kedengaran di cuping telinga mereka. Ji hyo merenung tao yang sedari tadi diam menekur rumput yang dipotong elok....

Pap!! Dua beg kertas bersaiz A4 di Baling dihadapan lay dan ji hyo. Mereka serentak melihat tuan huang yang sedang memandang mereka. Wajahnya tidak bengis tetapi keperibadiannya sangat tegas itu berdasarkan pemerhatian ji hyo. Cuba bayangkan yeoja yang baru saja menginjak usia 20 tahun berada di tempat yang tidak sepatutnya iaitu berhadapan dengan orang yang lebih tua dengannya untuk membuat perhitungan.. Itu bukan sesuatu yang normal yang biasanya yeoja berusia 20 tahun lakukan.

"Berapa banyak duit yang kamu dan syarikat bodoh kamu mahukan dari keluarga kami? Berapa air mata yang saya nak habis kan meratapi anak saya yang dilayan teruk... Berapa banyak ego yang saya perlu runtuhkan demi melihat anak saya selalu berada di samping saya? Kamu berdua tak rasa apa yang saya rasa diusia setua saya saya terpaksa melepaskan rindu pada anak kesayangan saya melalui telefon itu pun hanya 15 minit... Hidup tao di sana bagaikan berada di sangkar emas.. Mewah,popular tapi dia tidak bebas... Itu ke yang di namakan kebahgiaan..... "Soal tuan huang...

DIFFERENT ENDING[remake See You Again]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang