seluruh bilik yang tadinya kemas kini ibarat kapal karam.. Pasu bunga pecah, gitar chanyeol yang berada di atas mejanya habis pecah dihempas ke lantai, katil bertukar tempat akibat ditendang olehnya bunyi pintu diketuk bertalu-talu sedikit pun baekhyun tidak ambil pusing.. Dia terduduk bila kata-kata ji hyo mengelilingi telinganya dia sakit dia tak mahu menangis ya! Memang hakikatnya begitu dia tidak menangis mahu pun berteriak tetapi rasa sakit dihatinya tidak mampu diubat dengan tangisan...
Dia tahu cepat atau lambat ji hyo pasti akan memutuskan tali pertunangan mereka.. Dan semua ini terjadi sejak lay mengambil tugasnya menjaga ji hyo.. Bukan sekali dua dia nampak yang lay dan ji hyo bertentangan mata dia bukan anak kecil yang baru belajar merangkak sampaikan dia tidak tahu apa maksud pandangan mereka.. Dia cuba menyifatkan tanggapannya sebagai serkap jarang. Tapi bila melihatkan layanan lay pada ji hyo dan layanan ji hyo pada lay dia tahu yang telahannya tepat.
Dia nampak semuanya perlakuan lay.. Namja itu sudah acap kali berkunjung ke bilik tunangannya tapi dia diamkan bila dia fikir yang lay betul-betul menjaga ji hyo seperti sahabatnya sendiri tetapi bila melihatkan lay sering mencuri pandang ji hyo di meja makan,terlalu mengambil berat akan kesihatan ji hyo dia sudah dapat Agak yang hyungnya itu ada menyimpan perasaan untuk ji hyo..."Baek kau okay tak? Asal riuh sangat bunyi dalam bilik ni.. Woi!! Bukalah pintu ni"jerit chanyeol dari luar...
Suho, kai, chen dan d.o masing berpandangan sesama sendiri kerana mereka tidak tahu situasi apa yang sedang berlaku sekarang..."Ji hyo... Tolong oppa panggil baekhyun ni.. Dia tak keluar bilik.. Dari..... "Bila melihatkan ji hyo melintasi mereka terniat dihatinya untuk menyuruhji hyo memujuk tunangannya tetapi Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya song ji hyo mengambil langkah menjauhi dia terus naik ke atas dan masuk kebiliknya..
Suho merengus kasar..
"Aish!!! Apa nak jadi dengan budak dua ekor ni pening betullah..."rungut suho, dia hanya menghantar ji hyo dengar ekor matanya. Selepas itu dia menyambung memujuk baekhyun keluar dari biliknya risaunya bertambah bila dia mendengar hempasan demi hempasan dia takut jika baekhyun bertindak bodoh, walaupun dia tidak tahu menahu tentang masalah baekhyun dia tetap juga risau kerana dia tahu sikap baekhyun bila namja itu sedang marah.☆☆☆☆☆
Lee soo man melihat kesepuluh artis yang menjadi junior di syarikat hiburan miliknya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan, dia tahu yang dia sedang tersepit diantara ketegasannya sebagai seorang ceo dan juga sebagai seorang appa.. Bukan dia tidak tahu apa yang terjadi diantara tae joon dan juga exo dia tahu semuanya berpunca dari anak namjanya itu, semua yang dilakukan tae joon pada exo semuanya dia dah hadam tapi dia hanya melihat perkara itu sambil lewa kerana walaupun tae joon dan exo saling membenci mereka tetap memberi kerjasama yang baik. Jadi dia fikir mungkin masalah tak kan jadi sebesar ini...
"Saya selaku leader nak minta maaf pada tuan"....
"Beri saya sebab kenapa semua ini terjadi kenapa kamu semua langsung tak ada rasa hormat pada manager kamu sendiri.. Dia anak saya dan juga bakal menjadi ceo di syarikat ini selepas saya... Kenapa mesti layan manager kamu macam tu.. Apa kamu ingat kamu semua dah dikenali kamu boleh buat sesuka hati kamu ha! "Walaupun lee soo man tidak meninggikan suaranya tetap juga mereka yang mendengar rasa tersinggung apatah lagi suho.. Dia terbeban kerana dia seorang ketua...
"Sebab kami semua berada di sini kerana cita-cita kami... Bukan menjadi hamba abdi pada anak tuan.. Bertahun-tahun kami menjadi pelatih disini disaat rakan seusia kami sedang struggle menelaah buku kami disini bermandi peluh berlatih menari, menguasai segala alat musik, belajar pelbagai bahasa, malah empat orang rakan kami datang dari jauh hanya untuk mengejar cita-cita dan dalam pada yang sama kami kena fokus pada pelajaran kami.. Kami boleh je berputus asa tapi kami tak lakukan itu sebab kami punya cita-cita mengatasi penat lelah kami... Dengan segala usaha kami anak tuan balas kami dengan kata-kata cacian dan hinaan macam kami ni tak berhak dipuji... Ya! Betul kami bekerja untuk syarikat ini.. Tapi pernah tak tuan terfikir yang kami semua ini ada hati dan perasaan... Nak kami lambakan beratus trofi dan kejayaan baru syarikta ini menghargai kami... Dan apa yang ji hyo buat sebenarnya tak setimpal dengan apa yang anak tuan buat pada kami.. Dia mungkin tak mendera kami secara fikiran..sebaliknya dia mendera mental kami... Perlu sebab lagi ke tuan? Saya tak kisah kalau saya terpaksa bermalam disini untuk beri sebab kenapa tae joon berhak mendapatkan itu.. "Disaat tao bersuara tiada satu orang pun yang mampu menahannya kerana semua kata-kata tao itu ada betulnya mereka sangka tao tidak terkesan dengan apa yang terjadi pada mereka.. Tetapi telahan mereka salah kerana tao berani bersuara mewakili hyungnya...Kesemua yang berada dibilik yang berhawa dingin itu mengesat air mata mereka termasuk ji hyo.. Dia menghampiri tao tangan tao digenggam kemas.. Bila tao mengemaskan tautan tangan mereka ji hyo tahu dari mana datangnya kekuatan tao untuk bersuara..
Lee soo man diam dia melihat satu persatu artis yang bernaung dibawah syarikatnya.. Dia terduduk...
"Baiklah... Saya terima sebab kamu... Saya akui semua ini berpunca dari anak saya.. Saya akan pecat dia dan gantikan manager baru untuk kamu semua.. Tapi dengan satu syarat... "...lee soo man menggantungkan ayatnya..."Jayakan konsert yang akan datang beri keuntungan pada syarikat ni.. Dan setelah itu baru saya akan percaya yang kamu bukan group yang gagal arreso? Sekarang kamu semua boleh keluar tak payah berlatih saya bagi cuti.. Dan for you ji hyo"jari telunjuknya menuding pada satu-satunya yeoja dalam group exo
"Kamu juga tidak terkecuali... Kamu kena sertai untuk konsert kali ni"
Ji hyo diam mengiakan tidak menidakkan pun tidak,dalam kepalanya macam-macam benda yang dia terpaksa fikir... Dia.. Konsert... Adalah dua benda yang berbeza dia tak pernah ke konsert seumur hidupnya dia tak pernah rasa pun suasana konsert yang sebenarnya dan sekarang ini.. Dia yang kena berada di konsert itu berdiri mengusung nama exo dibelakangnya.. Dunia apakah ini???..
☆☆☆☆☆
"Tunggu.... Kita perlu berbincang"tegur lay bila dia melihat ji hyo mahu menyertai yang lain pulang ke dorm nak tak nak dia perlu bercakap dengan ji hyo secara peribadi..
Ji hyo berhenti dari terus melangkah.. Dia memusingkan badannya menghadap lay dia tidak tahu apa lagi yang dimahukan lay.."Bincang pasal apa ya? "Soal ji hyo..
Lay memaksa song ji hyo mengikutkan masuk ke bilik latihan yang dikosongkan sejak tahun lepas...
Pintu dikunci dia memandang ji hyo lama..
"Kembali pada baekhyun"tiga kata yang berjaya buat ji hyo panas hati. Dia tahu hubungan song ji hyo dan baekhyun sudah pun berakhir dia dengar semua yang mereka gaduhkan walaupun dia ada menyimpan perasaan pada ji hyo dia tetap tak setuju dengan cara mereka berpisah dia tak nak baekhyun terluka.."Sebelum tu saya nak tanya siapa awak? Untuk tentukan hidup saya? "Soal ji hyo dia penat dengan sikap tolenrasinya sekarang masanya untuk dia tunjukkan sikap dia yang sebenarnya.
Lay terdiam dia memandang muka ji hyo lama.. Tiada kata untuk dia membalas kata-kata ji hyo.
"Kalau ji hyo tak nak kembali pada baekhyun... Boleh ji hyo terima oppa.. "
Pang!! Entah kenapa tangannya laju menampar pipi lay kuat sampaikan tangannya mengeletar menahan amarah dia marahkan dirinya kerana dia mahu katakan ya.. Tetapi dalam masa yang sama dia terluka dengan kata-kata lay yang menganggapnya seperti bola yang boleh dibaling ke sana ke sini...... Kenapa nasibnya begini?
"Oppa cakap dengan ji hyo yang oppa tak nak baekhyun terluka kan? Habis tu Dengan cara ini boleh buat baekhyun tersenyum ke?? "Tengking ji hyo suara bergema di bilik latihan..
Lay memegang pipinya yang merah bekas tamparan ji hyo.
"Oppa cintakan ji hyo.. "Jawab lay perlahan dia ikhlas langsung tiada niat nak buat ji hyo marah..
"Diam... Diam.. Diam.... "Pekik ji hyo.. Dia berlari keluar dari bilik latihan....Macam orang hilang akal ji hyo menendang setiap pintu tandas yang tertutup sambil menjerit nama taehyung kuat..
"Taehyung.. Mana kau aku nak balik aku dah tak sanggup duduk sini.. Aku boleh jadi gila.. Tolonglah...."mata ji hyo mulai kabur pintu tandas samar-samar kelihatan dia jatuh terkulai layu di lantai tandas....[Maaf story dah jauh dari sinopsis dan saya selalu hantar lambat setiap chapter...]
YOU ARE READING
DIFFERENT ENDING[remake See You Again]
FanficSejarah telah ditakdirkan untuk tidak berubah, tetapi lain pula dengan cerita song ji hyo di mana dia cuba merubah sejarah dengan mengembalikan tiga orang bekas ahli exo, baginya biar dia saja yang merana di dunia ini, asalkan orang disekelilingnya...