sedari tadi taehyung cuba mencari ji hyo di merata tempat tapi masih gagal ditemui.. Akhirnya dia bergayut di atas lampu isyarat disimpang yang dekat dengan rumah ji hyo.. Walaupun itu tak membantu pencariannya langsung tetapi dia rasa macam nak cuci mata memandang awek-awek yang semuanya pakat menunjukkan betis masing-masing dengan berpakaian seksi..dalam cuaca yang sejuk...
Kepalanya digelengkan lantas dia terbang meneruskan pencariaannya dia perlu mencari ji hyo sebelum umur gadis itu menginjak 21 tahun tepat 12 malam ini kalau tidak nahas dia..perlu menghadap pengetua pari-pari..
Dalam meneruskan pencariannya taehyung bersiul sambil menyanyi macam pelik kan pari-pari menyanyi.. Itu sebab dia diiktiraf pari-pari paling comel abad ini..
Tiba-tiba tubuhnya melayang dia jatuh diatas rumput berhadapan dengan gym.. Gym?? Taehyung mengangkat mukanya memandang Song gym... Dia merengus kasar bila dia teringatkan sesuatu.. Kenapa? Dia tak pernah terfikir untuk pergi ke gym lama milik keluarga ji hyo selalunya yeoja itu akan pergi ke gym peninggalan keluarganya bila hari jadinya tiba. Taehyung bangun kali ini dia betul-betul kehilangan satu kelebihan yng dia ada sebagai seorang pari-pari iaitu terbang bila seorang pari-pari akan memunculkan diri sebenarnya dia akan kehilangan salah satu kelebihan yang dia ada.. Dan sekarang dia tahu yang dia tidak akan terbang selagi dia tidak memenuhi hajat song ji hyo .
Bila melihatkan jarum jam yang terdapat didinding cafe bersebelahan dengan gym song,taehyung segera berlari sepantas kilat kerana masih berbaki 10 minit lagi genaplah umur song ji hyo 21 tahun.
Keadaan gelap gelita di dalam gym usang itu membuatkan taehyung hilang arah dia tercari-cari di mana agaknya song ji hyo.. Dan langkahnya terhenti apabila dia mendengar seseorang sedang menumbuk panching bag..
Taehyung terus berlari naik ke tingkat dua dimana panching bag itu berada.. Dalam samar-samar taehyung melihat song ji hyo yang sedang membelakanginya sambil menumbuk panching bag.. Taehyung telan air liur ni kalau ji hyo nampak dia silap-silap penumbuk hinggap ni.. Ottokhe..
********
Panching bag ditumbuk sekuat hati song ji hyo tangannya mula bengkak kerana hampir satu jam dia menumbuk panching bag tanpa henti.. Matanya berair dadanya berombak menahan amarah.. Dia boleh saja menumbuk mama lisa tadi tapi bila mengenangkan wanita itu yang menjaganya dia batalkan saja hasratnya itu.. Biar macam mana pun layanan mama lisa padanya dia tidak akan sanggup bersikap begitu pada mama lisa..
Song ji hyo memeluk panching bag yang telah diibaratkan sebagai kawan baiknya disitulah dia menghamburkan segala tangisannya selama 20 tahun dia hidup.. Panching bag inilah yang sentiasa ada ketika dia sedih kerana dia tahu jika dia bercerita pada manusia mereka hanya senyum dan mengutuknya dibelakang sebab itu dia tidak mempunyai teman kerana sepanjang hidupnya dia takut.. Dia takut dengan pertemuan dan juga perpisahan jadi sebagai langkah selamat dia tidak akan memulakan pertemuan dengan sesiapa pun dia mahu menjaga hatinya yang kecil,dia tidak mahu kerana sahabat dam cinta hatinya yang kecil itu akan mati buat selamanya.
Song ji hyo memeluk lututnya sambil menghitung detik di mana dia akan menambahkan lagi usia tuanya..
1....2.....3
"Happy birthday song ji hyo"satu suara garau buat ji hyo tersentak dia lantas bangun dan mengitari pandangan keseluruh pelusuk gym usangnya... Bulu romanya naik bila dia sedar yang gym ini hanya ada dia dan panching bag jadi suara siapa yang mengucapkan kalimat yang selama ini hanya dia saja yang sebut.
Seketika kemudian dari kejauhan dia melihat ada satu cahaya halus yang semakin lama semakin dekat dan song ji hyo setapak demi setapak mengundur kebelakang membersiapkan dirinya jika ada yang mahu berbuat jahat padanga... Penumbuk dikepal.. Kaki membuka langkah jurus hapkido dibuka...
"Siapa?? "Jerit ji hyo..
Ji hyo melihat cahaya yang tadinya berjalan tegak kini seakan mengeletar..
Ji hyo pelik bila diperhatikan macam lampu lilin...
"Cakap siapa... "Jerit ji hyo...
Cahaya tadi semakin dekat dan kini cahaya itu berada didepan matanya..
Kedengaran seseorang sedang memetik jari dan serta merta gym yang tadi gelap gelita kini terang benderang...
Daripada menjerit ji hyo lebih memilih terkejut kerana bibirnya kebas bila dia melihat seorang.. Anni. Seekor eh! Boleh cakap ekor ke? Ah.. Lantaklah dia ni apa sebenarnya...
Mempunyai ketinggian yang sama dengannya memegang sebentuk kek....mempunyai sepasang sayap.. Kecil.. Bermata biru, berkulit putih bertubuh sasa.. Dan...
"Argh............. "Jeritan ji hyo buat taehyung terkejut..
"Kau siapa?? Ha? Mana baju kau... Pergi-pergi.. Pervert... Omma.. Appa.... "Ji hyo menjerit sambil menutup matanya kerana makhluk didepannya itu hanya memakai kain yang melengkari pinggang.. Dan selebihnya terbuka...
Taehyung gelabah dia cuba mendekati ji hyo tapi wanita itu sedang membuka langkah hapkido.. Dia tak nak cari nahas.
"Dengar dulu apa yang saya nak cakap nama saya kim taehyung.. Saya seorang pari-pari.. Minta hajat dan saya akan pergi.. Saya janji"
Ji hyo terdiam bila dia mendengar makhluk itu bersuara...
Dari rasa takut kini bertukar jadi geram... Dia lantas berlari kesudut yang menempatkan besi dan kayu besbol...
Kayu besbol ditarik dan dihayun ke kiri.. Ke kanan...
"Kau tak payah mengarut aku tahu kau nak mencuri kan.. Cakap.. Cepat.. Hahha.. Kau ingat aku percaya ke? mana ada pari-pari dalam dunia ni... Kau keluar sebelum aku hayun kayu besbol ni aku tak kira.... Aku sanggup masuk penjara dari duduk dengan keluarga tiri.. Aku.. "Ugut ji hyo mereka mengelilingi gym mata-mata song ji hyo seakan helang mahu menelan mangsanya.. Dan taehyung mati akal bila kayu besbol itu hampir-hampir mengenai badanya...
Taehyung memejamkan matanya jari telunjuk diarahkan pada ji hyo...
Dalam pada ji hyo ralit menghayun kayu besbolnya tanpa sedar dia sedang terapung..
"Omo.. Yah!! Hantu.... "Jerit ji hyo tangannya terkapai-kapai kayu besbol terlepas dari tangan.. Ji hyo terus memandang makhluk yang sedang menudingkan jari telunjuk padanya.
"Saya bukan hantu.. Saya pari-pari.. Selama ni benda pelik yang berlaku pada awak sebab saya... Saya dah berada disisi awak senjak awak lahir.. Saya ditugaskan memenuhi hayat awak itu je.. Tolonglah percaya"rayu taehyung...
Ji hyo pejamkan matanya takut.. Takut yang dilihatnya hantu atau dia yang gila.. Disebabkan selalu kena pukul dengan mama lisa.. Otak dia jadi tak betul.
Ji hyo menggelengkan kepalanya berkali-kali gila nak percaya benda karut lagi merepek ni... Setahunya pari-paru hanya wujud dalam buku cerita dongeng...
"Ok.. Ok. Aku percaya tapi turunkan aku dulu"ji hyo cuba membuat helah dan ternyata helahnya itu menjadi bila kakinya menyentuh lantai gym..
Tanpa sempat dia menarik nafas lega dia berlari keluar dari gyn sepantas yang dia mampu..
Dan taehyung mengeluh kecil lantas kek yang diletakkan diatas lantas diambil dan ditiup lilin yang hampir separuh...
"Tak pelah lama-lama dia percayalah tu"taehyung pasrah...
**********
Xiumin melihat kemeriahan ruang tamu tanpa niat untuk menyertai mereka yang lain menonton televisyen badanya letih dia perlu tidur sebelum mereka mengadakan konsert tour yang bermula esok dan pastinya itu sangat memenatkan.. Niatnya ke ruang tamu ingin menyuruh ahli exo memperlahankan volume suara mereka tapi bila melihatkan mereka sedang seronok dibiarkan saja...
Kakinya terhenti dari melangkah bila dia tidak melihat kelibat lay ke mana perginya lay..
Xiumin lantas mengius bahu suho yang sedang berbaring diatas sofa.
"Wae hyung? "Soal suho dia bangun dan melihat hyungnya.
"Mana lay? "Soal xiumin.
"Dia dekat bilik"jawab suho..
Xiumin mengangguk disaat kakinya mahu melangkah terasa tangannya digapai.. Xiumin berpaling.
"Hyung... "Panggil suho volume suaranya diperlahan supaya tidak menganggu mereka yang lain.
"Wae? Ada masalah ke? "Soal xiumin.
"Suho rasakan lay macam ada masalah sejak luhan keluar dari exo dia asyik murung je.. Lepas tu masuk bilik melukis.. Bila tanya dia senyum diam je tu yang buat suho risau.. Hyung boleh tolong cakap dengan lay tak? "Soal suho.
Xiumin mengangguk lantas dia menghayun langkah masuk ke bilik lay yang dikongsi bersama baekhyun dan chanyeol..
Tombol pintu dipusing lantas pintu dibuka sedikit meninjau keadaan lay.. Tepat sekali lay sedang melukis...
Dari jauh xiumin melihat lay yang sedang melukis gambar seorang yeoja tiba-tiba dia terimbau kembali kata-kata lay semalam..
"Hyung walaupun ini kedengaran Agak pelik tapi lay nak hyung tahu yang lay betul-betul percaya yeoja ini wujud"
ANDA SEDANG MEMBACA
DIFFERENT ENDING[remake See You Again]
FanficSejarah telah ditakdirkan untuk tidak berubah, tetapi lain pula dengan cerita song ji hyo di mana dia cuba merubah sejarah dengan mengembalikan tiga orang bekas ahli exo, baginya biar dia saja yang merana di dunia ini, asalkan orang disekelilingnya...
![DIFFERENT ENDING[remake See You Again]](https://img.wattpad.com/cover/95052233-64-k769592.jpg)